Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Template Blog Kena Removed

Februari 26, 2024 Add Comment
Template Blog Kena Removed

Alahaii banyak pula nak kena buat ni. Baru terasa nak rajinkan diri tengok blog. Nak kena postpone lagi ke macamana ni ye. Soodihh betul la 

Terasa macam nak minta tolong korang je settle benda alah ni. Dari tahun lepas lagi nak tukar template blog tapi tak jadi-jadi lagi. Ada juga tanya-tanya seorang dua blogger tu last sekali, lupa pulak dah. Macam la banyak sangat kerjaan hakiki tu  kan tapi sebenarnya boleh tahan juga la 😅😅. Try juga usha-usha si Mai tu tapi dia dah lama tak buat. Nak harapkan kita buat sendiri hmm camni lagilah kot. Blog pun auto closed ! Bukan closed juga ia auto link ke alamat blog yang kita guna template tu dah tak ada. Dah kena removed. 


Template Blog Kena Removed 

Blog has been removed

Konon buka blog tapi dia auto keluar camni. Blog yang kita guna template tu dah takda !

Blog has been removed

Lagipun tak daya la nak hadap coding ni lagi. Terakhir tengok pun dah lupa tahun bila dah tu.. sekarang ini lagilah macam-macam nak kena tengok dengan Google Analytics 4 (GA4) la. Nak kena tengok betul-betul. Baca, study dulu bagi faham tak boleh nak main terus buat je macam sebelum ni. 


Google Analytics 4 (GA4) | Apa yang Patut Blogger Buat

Pasal GA4 tu ada juga la tanya siinurul tapi last-last sampai sekarang tak faham lagi. Mungkin sebab tak betul-betul mengadapnya itu yang tak faham-faham tu. 

Google Analytics (GA4)

Site Income | Macamana nak jana income Adsense 

Yang ini pun satu hal juga, nampak macam menari-nari aje iklan adsense tu keluar dekat blog tapi bila check so sad !! Korang setting macamana ye. Please help me 

Tapi income adsense ni ada kena mengena dengan GA4 tu juga kan? Kalau GA4 k.o maknanya yang lain pun akan k.o juga la. Alahhh..bila nak free ni nak tukar template blog, nak kena setting semula akaun adsense. Tapii GA4 tu kena buat dulu 😰😰


Tukar Page Fb CiktieDotCom kepada KitaDokSohor

Jun 17, 2022 3 Comments
Tukar Page Fb CiktieDotCom kepada KitaDokSohor

Gara-gara tersalah tekan button dan set tetapannya punya pasal 🤦‍♀️🤦‍♀️ melayang page facebook blog #CiktieDotCom ni !  

Jadi kat sini kita nak bagitau kita dah tak guna page itu lagi.


Tukar Page Fb CiktieDotCom kepada KitaDokSohor

Dah tukar kepada page CIktieDotCom @KitaDokSohor 

👩‍💼Https://www.facebook.com/KitaDokSohor

👩‍💼Https://www.facebook.com/KitaDokSohor

👩‍💼Https://www.facebook.com/KitaDokSohor


So, sudi-sudikanlah jari jemari korang like dan follow page ini. Kesudian korang amatlah ciktie hargai.

CiktieDotCom KitaDokSohor

Simple ajelah.. nak sempat upload background page tu lagi.


Kenapa Tukar Dan Dah Guna Page CiktieDotCom 

Sebenarnya selepas set tetapan dan tersalah tekan button tu, adalah juga kita cuba cari macamana nak dapatkan semula page tu. Tapi sepertinya tiada jalan penyudah. Mungkin bukan rezeki dah nak dapatkan  semula. 

Ciktiedotcom ciktie dot com


So, nak tak nak create page baru ajelah. Tapi kalau korang tahu macamana cara untuk dapatkan semula page facebook ni, bagitaulah ye.. sayang sebenarnya nak dibiarkan macam tu je ☺☺








Cara Renew / Perbarui Domain

Disember 28, 2018 8 Comments
Cara Renew / Perbarui Domain
Cara Renew / Perbarui Domain | Wahhh !! Macam tak percaya dah hampir setahun dah rupanya berblog menggunakan domain sendiri. Kira  ini pengalaman pertama ciktie renew domain guna rangkaian Netkl la. Senang je rupanya walaupun sebelum ini macam teragak-teragak je  nak buat hikhik. Patutlah ramai yang gtau senang je caranya  ye. Selagi tak buat sendiri memang tak percayalah. Tapi yang bestnya guna domain netkl ni sebelum expired domain kita, diorang dah hantar notification siap-siap untuk ingatkan kita. Jadi tiada isu domain tak renew sebab terlupa ke apa la. 



Kebetulan pula malam tadi mata tak mengantuk jadi terus ajelah renew. Sekejap je buatnya lepas tranfer duit, emailkan resit pembayaran, terima nombor tiket yang mengesahkan pihak Netkl dah terima e-mail yang dihantar kemudian tunggu pengesahan yang menyatakan diorang sudah renew domain kita. Dah siap.. mudah je kan?? Dan sekiranya kita ada masalah boleh je terus berhubung dengan pihak Netkl. Diorang sedia membantu 24 jam 7 hari seminggu. 
Hotline : +6019-248 3858 (Call Only) (No.SMS/Whatsapp)
Fax: +603-7966 5675
Email: sales@netkl.com or support@netkl.com
Website: http://www.netkl.com
Working Days : Monday to Sunday (including Public Holidays)
Working Hours : 10am - 12 midnight (Email & Phone Support)

Pembayaran pula bukan dalam talian je boleh buat tau, tranfer melalui mesin ATM, Deposit Tunai, Kredit Tersedia, Pembayaran Happy, Billplays atau PayPal pun boleh. Memang bestlah tidak terikat dengan satu-satu kaedah/ cara je. Cepat pula tu.

Tinggal beberapa hari je lagi sebelum tirai 2018 dilabuhkan dan tirai 2019 dibuka. Ini bermakna domain ciktiedotcom juga bakal memasuki tahun yang ke-2 ! Tahniah ciktiedotcom. Semoga lepas ini ciktie berjaya naikkan kembali pv blog dengan cerita dan info terkini seperti awal-awal tahun hari tu. In Shaa Allah, aamiin.

Cara Renew / Perbarui Domain 

  • Kemudian klik Saving Account-i > Tranfer Funds > Transfer To > Other Accounts > Maybank and other bank > New Transfer > pilih Maybank 
  • Masukkan details berkenaan
MAYBANK   
Nama Akaun: Rangkaian NetKL
Nombor Akaun: 5644 0900 2675
E-mel penerima: sales@netkl.com
Rujukan penerima: [nyatakan Invois No. atau Nama Domain di sini]

CIMB Bank

Nama Akaun: Rangkaian NetKL
Nombor Akaun: 8000 7552 26
E-mel penerima: sales@netkl.com
Rujukan penerima: [nyatakan Invois No. atau Nama Domain di sini]


  • Klik Transfer > Request > isi nombor TAC XXXXXX diruangan yang disediakan.
  • Confirm 
  • Save Receipt


Kemudian kita akan terima email daripada Netkl mengatakan diorang dah renew domain blog kita. Dah siap !!

Amacam?? Tak susah kan renew domain ni..


Tiada Mood Nak Update Blog

November 13, 2018 9 Comments
Tiada Mood Nak Update Blog
Tiada Mood Nak Update Blog | Iya, bila sesekali datang tiada mood nak update apa-apa dekat blog ataupun tiada mood nak buat apa-apa. Macam inilah jadinya - Blank. Blur juga jadinya !! Tak tau nak buat apa haha. Maaflah korang tiba-tiba ketandusan idea. Apapun sempat juga taip beberapa perkara yang menyebabkan terjadinya kehilangan mood. Kali ini ciktie share pasal penyebab ajelah esok-esok kalau sempat kita cerita pasal penyelesaian dan impaknya pula okays.

7 Penyebab Terjadinya Kehilangan Mood terutamanya semasa bekerja 
  • Penat - Memang sah-sahlah penat! Nak-nak lagi kalau kalau kerjanya kena berfikir, berdiri, berjalan atau buat apa-apa sepanjang masa. Lagipun mana ada kerja tak penat. Goyang kaki duduk saje pun penat apa? 
  • Tak cukup tidur atau rest - Yang ini memang betul !! Tak cukup tidur siapa-siapa pun tiada mood nak buat apa-apa. Rasa mengantuk dan menguap je rasanya itu.
Blog ciktie
  • Stress - dah tak cukup tidur, penat memang stress lah jadinya tambah pula kalau banyak kerja. Itu yang terjadinya migrain. Bila migrain ubatnya tak lain tak bukanlah - tidur.
  • Suasana tempat kerja - yang ini tak sangat rasanya. Biasa-biasa ajelah. Tapi sebab nak cukupkan juga 7 penyebab kita tolong tambah je cukupkan 7 hehe.
  • Malas - Haa kalau ada yang ini memang sah-sah tak dapat nak tolong. Jadi sebelum ia timbul baik elak, tepis awal-awal ye
  • Putus asa - Hmmm yang ini nampak sangat kita tak sabar hahaha baru buat sikit dah sibuk nak tengok hasilnya dah. Sabar ye !! Orang kata susah dapat susah juga nak buang. Take your time ok !
  • Tak sihat - Yang ini memang sudah semestinya ! Kalau tidak sihat bukan setakat nak buat. Nak tengok, nak buka pun tak sanggup rasanya.

Wahhh tak sangka ! Dalam tiada mood siap juga satu entri malam ini. Apapun malam ini ciktie nak jejalan blog korang ajelah sambil-sambil cari idea baru. Korang ada apa-apa idea tak apa lagi ciktie boleh update dekat sini?? 






Tersenarai dalam carta top 5 pengomen tegar

Oktober 14, 2018 14 Comments
Tersenarai dalam carta top 5 pengomen tegar
Tersenarai dalam carta top 5 pengomen tegar | Edisi September !! Tak sangka tersenarai dalam top 5 ni. Biasanya nak masuk ranking pun bukan main susah. Tapii kali ini tersenarai sebagai pengomen tegar untuk 2 blog ini. Rasanya dah lama juga kita tak bergelar top 5 dekat mana-mana blog ni. Thanks ye kak Mia dan thanks juga buat rabia sebab dah berjaya kongsikan sesuatu yang cukup bermakna dekat blog memasing seterusnya membuatkan kita tersenarai ni.


Sebenarnya sebelum ini dah pernah tersenarai dalam top 5 ataupun top 10 blog kak Mia tu dah. Lepas tu asyik keluar masuk keluar masuk carta je. Sekarang ini masuk balik. Agak-agak boleh kekalkan ranking ni tak lepas ni 🤔🤔

Oklah dah alang-alang tersenarai ni, kita review sikit tentang 2 blog ini. Dah alang-alang korang bw ke mari apa kata korang terjah sekali blog diorang berdua ni. Yang mana belum berkenalan bolehlah pelan-pelan berkenalan juga.


Nama sebenar pemilik blog ini adalah Juliana Ngahdirin. Seorang Penolong pegawai teknologi maklumat di salah satu agensi kerajaan. Pemegang Ijazah sarjana muda dengan kepujian Teknologi Maklumat dan penerima anugerah Commonwealth Educational Media Centre For Asia (CEMCA) dari  Universiti Open Malaysia.

Mula berblog awal tahun 2007 ! Ahli team blogger Jdt. Dah lebih dari 10 tahun dah blog ini wujud. Blog berkisarkan kerjaya, hobi, keluarga, isu semasa dan banyak lagi. Nak tahu tentang apa boleh singgah blog kak Mia. Pencapaian blognya pun cukup-cukup membanggakan tu. 

Merupakan Ratu contest !! Kalau korang perasan Rabia ni suka join contest. Daripada sebelum buat blog sampailah ada blog, boleh dikatakan semua contest, GA, segmen atau apa-apa peraduan lain yang dianjurkan mesti dia join tak kisahlah dekat blog ke FB ke IG ke majoritinya  mesti dia join sebagai tanda sokongan penganjuran contest tu. Dan kebanyakan contest tu pula memang rezeki dia. Alhamdulillah, banyak hadiah yang dia menang. Nak tahu apakah hadiah yang dia menang tu, korang boleh singgah blog Rabia ye.


Masih lagi belajar dan merupakan ahli team Blogger Pantai Timur #teambpt paling muda rasanya setakat ini. Berasal dari Terengganu. Bakal bergelar pendidik lepas grad nanti. In Shaa Allah, aamiin. 

Dan buat Rabia semoga terus sukses dalam pelajaran ye.



Ranking Alexa Ciktie.com #10Okt

Oktober 10, 2018 2 Comments
Ranking Alexa Ciktie.com #10Okt
Ranking Alexa Ciktie.com #10Okt| Nak  try jugalah update ranking alexa dekat sini. Paling tidak tahulah juga turun atau naik  perkembangan ianya nanti.  Hmm sebenar dari dulu lagi nak up tapi mungkin banyak main sangat kot itu yang tak terbuat 😅😅


Global Rank : 4,245,895

Rank in Malaysia : 76,607

Sumber : Sini 

3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog

Mei 31, 2018 5 Comments
3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog
3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog | Hai, assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Tengah buat apa tu?? Masih duk terfikir-fikir lagi ke nak masak apa untuk berbuka petang nanti ke?? Atau hari ini korang berbuka kat luar je. Wahhh seronoknya sesekali dapat berbuka kat luar tu kan. Dapatlah rehat sekejap untuk hari ini tu. 

Tapi tengahari ini ciktie taknak cerita pasal menu berbuka atau buffet ramadhan ke apa. Cuma nak kongsikan 3 website popular yang banyak digunakan oleh ramai orang untuk menguji tahap kelajuan blog ataupun website. Selain menguji kelajuan, ketiga-tiga website ini juga memberikan kita cadangan untuk memperbaiki tahap kecekapan blog kita tu. Iyalah kalau kita sendiri tengok loading slow mulalah kita nak tekan button close tu. Jadi dengan adanya platform camni sedikit sebanyak kita pun boleh memperbaiki apa yang patut sekaligus ia mampu meningkatkan kehadiran pengunjung mengunjungi blog kita.

3 Website Popular Untuk Menguji Kelajuan Blog yang dimaksudkan itu adalah seperti kat bawah ni. Hanya dengan memasukkan url blog kemudian klik button sebelahnya itu untuk dapatkan keputusan. Senang je kan ?? Selamat mencuba korang
GTMetrix

Pingdom Tool

Google Pagespeed




Kenapa keluar perkataan berulang-ulang

Mei 29, 2018 6 Comments
Kenapa keluar perkataan berulang-ulang
Kenapa keluar perkataan berulang-ulang | Alahaii stress pula awal pagi ni. Penat menaip entri pun belum habis. Tup-tup masa preview banyak perkataan berulang-ulang pula yang keluar nasib baik juga belum publish lagi. Dah jadi berantai-rantai perkataan itu pula. Habis semua perkataan lain jadi perkataan itu !!

Sape pernah alami masalah camni ye?? Camne nak buat ? Atau memang perkataan ini tak boleh guna?? Kalau tak boleh nak tukar dengan ayat apa mewakili perkataan ni?? Dah la masuk kali ini dah 3 kali taip entri yang sama ni huhu 


Terpaksalah screen shot perkataan ni ! Tak sanggup nak biarkan entri dengan ayat berantai ni



Bagaikan Mimpi

Mei 23, 2018 7 Comments
Bagaikan Mimpi
Bagaikan Mimpi | Ia dah muncul ! Dah pun keluar ! Alhamdulillah, rasa macam tak percaya 😄😄 cuba kelip-kelip mata sekali lagi haah la betul. Memang dah ada, bukan lagi mimpi.

Mesti korang pun pelik sebenarnya apa yang ada ?? yang tetiba muncul ini. Korang perasan tak apa yang lainnya dekat blog ciktie dua tiga menjak ni?? 

Hahaha oklah tahu korang pun tengah puasa ni. Jadi ciktie bagitau ajelah ye. Kesian pula tengok korang terkebil-kebil camtu kan. 

Sebenarnya blog ciktie dah lulus AdSense dah. Orang lain punya dah lama lulus, kita pula baru je dapat. Tapi tak kisahlah itu yang kalau korang perasan iklan itu sedang menari-nari dekat blog ini sekarang. Lulus tak sampai seminggu pun lepas ciktie masukkan kod ia. Mula-mula ingat ko sebab masukkan kod itu melalui phone hari itu lepas itu phone pula tiba-tiba buat hal. Tapi alhamdulillah, tak sangka kalau dah rezeki kan. Tapi kalau bukan rezeki buatlah macamanapun tetap camtu juga hasilnya. It's ok sekurangnya kita sudah berusaha ke arah itu kan 😆

Btw terima kasih adsense sebab dah muncul dekat sini. 




CikguAyu.My Bloglist

Mei 13, 2018 6 Comments
CikguAyu.My Bloglist
Ciktie

Selamat berhujung minggu korang !! Alhamdulillah, hari ni ciktie cuti lagi. Korang pun sama kan?? Tapi ada juga yang dah masuk kerja kan hari ini?? In Shaa Allah, kalau tak sambung cuti esok dah masuk kerja cam biasa dah. Lagi 2 je lagi dah hari Rabu. Bermakna lagi 2 hari je lagi kita akan berada di bulan Ramadhan al-Mubarak. Sekejap je masa berlalu. Rabu minggu lepas baru je kita keluar sama-sama mengundi. Dan Rabu ni kita juga akan keluar sama-sama untuk tunaikan solat terawih pula. In Shaa Allah, moga setiap langkah kita dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. Aamiin.

Dua tiga hari ni, media sosial hangat memperkata serta mengulas tentang pru14 yang dah pun berlalu tu! Negara masih lagi hangat dengan berita perlantikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Tahniah Tun 😄😄 Semoga Tun dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik bagi membolehkan Tun mentadbir negara sebaiknya. In Shaa Allah, amiin. Cuma itulah ciktie tak sempat lagi nak update keputusan penuh pru14 tu. Blogger-blogger lain semuanya dah update siap-siap huhu. Slow-slow ciktie kejar ye hehe

Cuma untuk petang ni ciktie nak wish welcome back kepada cikgu ayu! Moga cikgu ayu boleh aktif balik seperti sebelum ini. Kejap on kejap off tu biasalah kan hehe. Ciktie tak pastilah sebelum ni pernah blogwalking atau tak dekat blognya tu. Tapi rasa macam familiar je nama cikgu ayu tu 🤔🤔 tapi tak apa. Kita follow balik ye.. Semoga ukhwah jalinan persahabatan alam maya ini dapat kita teruskan lagi ke alam realiti. In Shaa Allah, amiin.

Oh ye, sekarang ni cikgu ayu sedang mengumpulkan semula rakan-rakan blogger untuk dimasukkan dalam bloglistnya. Jadi kalau korang berminat nak masuk bloglistnya tu klik je banner atas tu je. 



Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018

April 10, 2018 8 Comments
Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018
Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018 | Hai, assalamualaikum korang. Sibuk ke? Hari ni ciktie nak kongsikan Blog Popular Dan Terbaik Malaysia MAC 2018 untuk team blogger pantai timur. Sebenarnya semua blog dalam team ni semuanya popular dan terbaik. Tiada yang tak popular ke apa cuma ciktie diberi pilihan untuk memasukkan 10 blog je dulu. Inipun ciktie guna khidmat random ! Kalau ikutkan nak je masukkan kesemua senarai blog dalam team tu #macamtamaklapula tapi tak apa mungkin lepas ni ye. Jadi blog sape yang tak terpilih ni jangan sedih-sedih ye.

Setiap blog dalam #teambot ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sama juga macam pemiliknya yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kerjaya tersendiri. Ada yang cikgu, bakal cikgu, pembantu perpustakaan dan tak kurang juga surirumah sepenuh masa. Dan kebanyakannya ciktie kenal bila dah join #teambpt ni 😄😆 Oklah tak moh taip intro panjang-panjang kita tuju kepada 10 blog popular dan terbaik #teambpt Mac 2018


https://masturanasarudin.blogspot.com/

Ni blog Mas ! Ciktie kenal Mas pun dalam #teambpt. Tak pernah jumpa lagi orangnya. Kalau tengok dekat blog tu, dia mula berblog pada tahun 2013 dan apa yang ciktie suka dengan blognya ini dia banyak kongsikan entri bersifat kerohanian. Memang berjaya jugalah memberi sedikit kesedaran kepada ciktie yang seringkali leka ni 😥

Dan kalau korang nak tahu lagi Mas sekarang ini tengah sambung belajar ambil master ! Tahun akhir dah. So, all the best Mas! Gud gud untuk final projek. Teringat pula zaman kita buat final projek dulu. Memang penat tapi berbaloi !!


http://www.airanasrin.com/

Ni blog Aira ! Masa ciktie join #teambpt dia dah ada dah dalam team ni dan ciktie pernah jumpa dia sekali masa sama-sama join event Domino's hari tu. Orangnya nampak macam pemalu hehe Kalau korang nak tahu Aira ni student lagi. Kalau tak silap dia student UKM rasanya untuk jurusan apa ciktie tak tahu. Nak tahu kenalah terjah blog dia ye.


http://www.cikash.com

Ini pula blog cikash ! Ciktie kenal cikash pun sebelum join #teambpt lagi! Tapi bila dah join #teambpt baru ciktie tahu yang rupanya cikash ni antara sorang kawan adik ciktie masa kat sekolah. Kecilnya dunia ni, seluas-luas alam dalam team ni juga kita jumpa ye hehe. 

Oklah, ciktie suka baca blog cikash ni terutamanya bab-bab review tu. Bersahaja je rasa 😆😄  lagi satu dekat blog cikash ni suka kongsikan resepi yang dia masak. Macam-macam jenis resipi dia share. Kalau korang tak tahu nak masak apa boleh singgah tengok resepi dekat blog dia ye


https://dilparoza.blogspot.my/

Yang ini pula blog Dilparoza! Dilparoza Kayum Khan unik kan nama tu. Dan ini juga adalah nama sebenar pemilik blog Dilparoza ! Lawa orangnya pemilik blog ni. Asal Selangor masih lagi baru dalam bidang berblog. Kalau dilihat dari nama tu ciktie rasa dia mesti berdarah kacukan hindustan. Sebabnya belakang tu ada khan..Khan kan?? Tapi kalau tak betul ciktie minta maaf ye Dee.


http://huseinrider.blogspot.my/

Ini pula blog Husein Rider ! Mula-mula ciktie ingatkan blog dia berkaitan motor ke apa hehe tapi rupanya bukan. Travelog rupanya ni. Ciktie pernah jumpa sekali dengan dia masa event Domino's Kubang Kerian hari tu tapi masa tu dia belum join #teambpt lagi.

Ciktie pernah juga sesekali singgah blogwalking dekat blog dia. Best baca entri dekat blog dia ni sebab kebanyakannya berkaitan pengalaman pengembaraannya kat tempat orang. Jadi kalau korang nak dapatkan tips berkaitan travel atau apa-apa info berkaitan travel tu boleh singgah blog Husein ye.

Lagi kalau korang nak tahu Husein ni sebenarnya berasal dari Terengganu. Mula berblog pada Mac 2011 ! Graduan lepasan Universiti Al-Azhar sebelum melanjutkan pelajaran dekat Kias dan pernah dianugerahkan Winners Of Most Entertaining blog in MSMW 2014.


http://www.husnieyhusain.com/

Ini pula blog Husniey Husain! Ciktie tak pernah lagi jumpa dia tapi kalau ada event dekat terengganu, dia dengan Sis Gee la  yang selalu attend mewakiki team kat sana 😘

Ciktie mula follow blog dia selepas join satu GA yang dia buat. Ciktie suka sangat warna header blog dia tu. Bukan header je tapi warna latar ia tu sekali. Lembut je.. terasa tenang setenang air di lautan. Dan kalau korang nak tahu Husniey dan suaminya suka travel tau. 

Dah banyak tempat dah diorang pergi antaranya macam Krabi, Osaka, Batam, Medan, Pulau Perhentian dan banyak lagi la. Kalau korang terasa nak travel area pulau-pulau atau nak dapatkan info lanjut berkaitan Pulau Perhentian ke boleh terus ke blog Husniey ye


http://www.leaazleeya.com/

Yang ini pula blog Lea Aleeya ! Merupakan seorang isteri dan juga seorang ibu. Berasal dari Pahang, mula berblog pada Jun 2013. Ciktie suka tengok gayanya tu, lembut je orangnya pun lawa. Entri pertama dia ' Sweety Cupcake Cherry Pie' cuma ada gambar je tapii lawa juga la. Clear betul ! Ratu review ni tau sebabnya  dia antara blogger yang banyak share pasal review produk ! Tahniah Lea ! Moga terus sukses ye..

Korang jangan tak tahu Lea ni sebenarnya obses pada buku. Banyak koleksi buku-buku dia tau tapiii kalau korang nak hadiahkan dia buku lagi pun tiada hal rasanya 😄😅 


https://nicknashram.blogspot.my/

Ini pula blog Nick !  Ciktie tak tau sangat pasal pemilik blog ni. Yang ciktie tahu dia seorang Cikgu Bahasa Inggeris di sekolah menengah.  Sekolah mana itupun ciktie tak tau 😅😅 Apapun ciktie suka baca entri kat blog dia. Blog dia ni ada banyak info tau macam-macam ada. Dan yang paling ciktie suka blog dia ni banyak share pasal tutorial. Nak tau tutorial pasal apa kenalah singgah blog dia dulu ye 


http://www.sheilainspire.com/

Ini pula blog kak Sheila. Ciktie kenal kak Sheila dalam #teambpt tapi tak pernah jumpa pun lagi orangnya. Ciktie suka blog kak Sheila ni ! Gabungan kuning hitam menyerlah sangat. Gaya penyampaiannya pun ciktie suka. 

Kalau korang nak tahu kak sheila ini menetap di Kedah dan yang buat ciktie respect sangat-sangat walaupun dah kahwin dan dah ada anak tapi dia masih bersemangat untuk sambung belajar. Kalau ciktie mau tercicir salah satu tu hehe
  

http://www.vitaminwawa.com/

Ini pula blog kak Wawa ! Pemilik blog ini pun sama ciktie tak tau sangat tentangnya kecuali dia menetap kat Johor. Dekat blog dia banyak share pasal produk Shaklee.  Jadi kalau korang nak dapatkan produk Shaklee atau nak daftar sebagai ahli ataupun nak dapatkan apa-apa maklumat berkaitan produk ini korang boleh terus ke blog dia ye.


http://www.ciktie.com

Dan akhir sekali blog ciktie sendiri la pula. Nak  juga tersenarai kan 😄! Tiada apa yang istimewanya blog ciktie ni. Biasa-biasa je. sekadar blog picisan tapi sekarang ni ciktie  dalam proses belajar bagaimana cara nak update entri yang berkualiti. semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. In Shaa Allah dan sekiranya kalau korang nak gunakan khidmat ciktie untuk review apa-apa produk ciktie amat mengalu-alukannya. Boleh hubungi ciktie terus melalui e-mail ye 😄😆

Ok, inilah antara 10 blog popular dan terbaik #teambpt Mac 2018. Kita tengok blog siapa pula yang terpilih bakal menghiasi ruangan entri ciktie pula lepas ini ye. Sementara itu jemput blogwalking ke blog-blog yang ciktie dah senaraikan ini ye.. 



Terpilih sebagai top commentor di Blog Fiezasani

Mac 28, 2018 8 Comments
Terpilih sebagai top commentor di Blog Fiezasani
Alhamdulillah, berpeluang lagi sekali ciktie bergelar top commentor untuk bulan Februari! Kalau bulan Januari yang lalu dah  terpilihsebagai top komentator untuk blog Starlavenderluna.Blogspot dan Seindahcerita.blogspot tapi kali ini peluang itu datang dari blog www.fiezasani.xyz pula. Terima kasih kak Fieza! Hadiah tu dah selamat sampai ke tangan ciktie dah. Ciktie suka sangat!


Tak sangka boleh terpilih sebenarnya ni! Sebabnya bermula bulan Februari hari tu sampailah sekarang ciktie tak berapa sihat dan asyik sibuk je. Blogwalking pun mana-mana blog yang tinggalkan komen jelah..itupun tak sempat nak scroll bloglist yang banyak-banyak tu. Dah alang-alang korang dah baca entri ni apa kata singgah blog kak Fieza pula..


Kalau nak tahu kak Fieza ni sukakan sesuatu yang Beauty!  Itulah sebab kenapa dekat blog kak fieza banyak bercerita tentang kecantikan. maCam biasa ciktie pinjam header ye kak fieza !! 







Menang Giveaway Doodle By Fazz

Februari 28, 2018 15 Comments
Menang Giveaway Doodle By Fazz
Menang Giveaway Doodle By Fazz | Alhamdulillah, rezeki pertama ciktie dekat IG pada tahun ini  Terima kasih banyak Safni Resources sebab bagi hadiah doodle notebook yang comel ni. Dah selamaat sampai dah dan ciktie suka sangat! Terasa sayang pula nak guna hehe. Terima kasih korang ! Terima kasih juga pada penganjur sebab telah memilih ciktie sebagai salah seorang pemenang ni.


Sebenarnya giveaway ini adalah sambungan daripada giveaway dekat blog fazz. Disebabkan ada yang tiada blog tapi nak join. Makanya terhasillah giveaway ini. Alhamdulillah, giveaway dekat blog ciktie tak sempat join jadinya join dekat IG je.


Amacam comel tak doodle notebook yang ciktie menangi ni? Comel kan!! Cute sangat pada pandangan mata ni. Kreatif dan berbakat betul empunya tangan orang yang mendesign ni. Kalau tunggu ciktie buatkan hmmm memang kesudah la tiada. Dah la tak kreatif tak berbakat pula haha

Kalau nak tahu banyak lagi design doodle yang comel-comel dekat Ig Safni Resources ni. Korang boleh klik sini je kalau nak tengok lain-lain design tu ye. Sampaikan rambang mata la nak pilih mana satu design untuk hadiah doodle notebook ni. Pinjam gambar ye fazz




Doodle notebook ni kalau kita buat hadiah pun ok juga kan. Nanti kita mintalah Safni Resources tu masukkan nama orang yang kita nak bagi hadiah tu dekat design doodle ni. Mesti orang yang terima hadiah kita tu happy. Benda comel siapa tak nak kan!

Kalau korang teringin nak dapatkan doodle notebook yang comel ni juga. Boleh je order dekat Safni Resources. Whatsapp je dia dekat no.phone ni 0196141973.

In Shaa Allah memang tak menyesal punya la!!

Menang top commentor di Blog Seindahcerita.blogspot

Februari 17, 2018 10 Comments
Menang top commentor di Blog Seindahcerita.blogspot
Menang top commentor di Blog Seindahcerita.blogspot| Alhamdulillah, terima kasih Nieyl! Semoga bertambah murah rezeki Nieyl dan blog Seindah Cerita lepas ini. Ini adalah kemenangan ke-2 ciktie sebagai top commentor untuk bulan Januari. Pinjam gambar ye Nieyl 😄


Sebelum ini ciktie dah terpilih sebagai pemenang dekat blog Starlavenderluna.blogspot. Entri ianya ada dekat sini.

Rezeki bulan pertama tahun 2018. Semoga bertambah-tambah lagi rezeki ciktie dan blog ini selepas ini. Insyaallah, aamiin. Dah alang-alang korang dah baca entri ni, jom la terjah blog Nieyl pulak. Mana tau rezeki korang jadi top commentor dekat situ pula lepas ini.



Hampir seminggu tak sihat. Dalam tempoh itu juga blog sepi tanpa entri terbaru. Banyak jejak tak sempat nak reply lagi. Task pun masih ada yang tak sempat siap lagi. Apapun terima kasih kepada yang sudi singgah dan bertanya khabar tempohari.


Menang Top Commentor Dari Blog Starlavenderluna.Blogspot

Februari 15, 2018 11 Comments
Menang Top Commentor Dari Blog Starlavenderluna.Blogspot
Menang Top Commentor Dari Blog Starlavenderluna.Blogspot| Terima kasih akak sebab pilih ciktie sebagai pemenang dalam ramai-ramai tu. Terharu sangat. Semoga ukhwah alam maya ini berterusan terjalin. Insyaallah, aamiin.



Hadiahnya pun dah selamat sampai kemarin. Cantik bungkusan pink tu. Suka anak buah ciktie sorang tu. Berebut nak buka hehe. Oklah dah alang-alang korang dah baca entri ni apa kata terjah blog beliau sekali.

Pinjam header ye kak :)






Tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.com

Januari 26, 2018 6 Comments
Tersenarai dalam 100 Blog Pilihan 2018 HasrulHassan.com

Alhamdulillah, macam tak percaya tersenarai dalam 100 blog pilihan Hasrul Hassan 2018! 

Tersenarai dalam bloglist Hasrul Hassan 

Iyalah blog Ciktie Dot Com inikan tak sampai sebulan lagi menggunakan domain sendiri. Entri-entri yang diterbitkan pun baru berapa kerat. Banyak lagi perlu belajar bertatih ini. Lepas tu tersenarai pula dalam 100 blog pilihan pula. Siapa percaya kan?? Percubaan hari itupun sebenarnya sekadar mencuba nasib! Alhamdulillah, untung sabut nampaknya blog ciktie ini. Macam mimpi pun ada. Apapun semoga ciktie diberi kesihatan yang baik begitu juga blog ciktie ini supaya ianya dapat memaparkan perkongsian yang bermanfaat untuk kita semua. Insyaallah, aamiin.


Ikutkan senarai dekat blog HH, blog ciktie berada dekat no.60! Alhamdullillah, tersenarai jugakk.. kalau korang nak tengok senarai itu boleh tengok dekat sini ye! 

Sementara bagi korang yang bukan blogger tu, kalau nak tahu siapa sebenarnya HasrulHassan itu. Kat sini ciktie dah buat research dah sikit ye pasal HH tu. Kalau nak tahu lebih lagi korong kenalah singgah dekat blog beliau ye!

Siapakah Hasrul Hassan?

Merupakan blogger dan house husband sepenuh masa. Seorang ayah, mempunyai seorang isteri dan 3orang anak. Berasal dari Perak dan kini menetap di Pulau Pinang (Nibong Tebal). Merupakan graduan Sains Komputer, USM.

Sebelum HasrulHassan.com beliau sebenarnya sudah memiliki beberapa blog lain. Masa tu beliau dah banyak menulis mengenai soal dakwah dan teknik pemasaran online. 

Lepas tu, barulah beliau wujudkan blog HasruHassan.com ni. Tapi awal kemunculannya ia dikenali dengan nama Bangku Kosong. Ada sesiapa pernah singgah blog ni tak dulu-dulu?? Awal-awal dulu beliau banyak berkongsi tentang gambar yang beliau ambil masa tu.. 

Btw sekarang ni Bangku Kosong dah tiada dah! Yang ada HasrulHassan.com! Kat blog beliau banyak kongsikan tips dan panduan menulis blog, bagaimana nak  menarik orang untuk datang ke blog kita, bagaimana nak kekalkan kunjungan dan banyak lagi la. Kalau nak tahu lagi dekat blog tu juga beliau ada kongsikan pasal kekeluargaan, percutian, shopping, gaya hidup.

Lebih dikenali dengan HH! Pakar SEO, Sifu blogger, Sifu SEO Malaysia. Apa lagi ekk 😄. Apa yang pasti beliau memang seorang yang tak sombong! Tak kedekut ilmu, sudi jawab pertanyaan kita kalau ditanya. Tak tanya camne nak jawab kan??? Dan blog beliau memang menjadi rujukan terutamanya pada mereka yang baru nak berkecimpung dengan dunia blogger ataupun SEO.

Itu je kot!! Nak tahu lebih-lebih lagi singgah je www.hasrulhassan.com






Terima Award Certificate Of Awesomeness By Cikash

Januari 10, 2018 5 Comments
Terima Award Certificate Of Awesomeness By Cikash
Terima Award Certificate Of Awesomeness By Cikash

Terima kasih cikash! 
Tak sangka terselit nama ciktie diantara 7 orang yang bertuah terima award tu. Semoga lepas ni ciktie lebih rajin lagi la tinggalkan jejak kat sana ✌️

Nak tau siapa lagi 6 orang tertuah selain ciktie dapat award tu? Ok jom singgah sini.
Perkenalan cikash dengan ciktie bermula apabila ciktie menang GA cikash hari tu. Boleh baca kat sini. Kemudian ianya berlarutan bila kami terlibat dalam team iaitu #bloggerpantaitimur! Ok, jom berkenalan dengan cikash sambil-sambil tu boleh bw sekali  



Blog Colour Of Life K sudah bertukar domain

Januari 02, 2018 9 Comments
Blog Colour Of Life K sudah bertukar domain
Hai, assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru #2018 semua. Dari kemarin kita boleh tengok ramai duk post azam baru untuk tahun ini kan? Macam-macam azam baru keluar tapi tak kurang juga yang kena forward azam tahun sebelum ni. Apapun jua azam yang kita bawa tu semoga ianya dapat kita lakukan dengan sempurna yang boleh! Insyaallah, amiin.

Untuk tahun ni kita pun ada azam kita tersendiri! Nak lebih serius dengan berblog.  Jadiii sebagai langkah pertama, dengan rasminya nak bagitau blog Colour Of Life K #ColourOfLifeK sudah berdomain! Dah berubah dari https://colouroflifek.blogspot.com kepada WWW.CIKTIE.COM


Simple je kan domain blog ni? Senang dan mudah nak ingat. ColourOfLifeK pun simple juga cuma rasanya adalah lebih baik kita bawa nama sendiri. Nampak ia lebih beridentiti pun ada. Sebenarnya dah lama teringin nak ada domain sendiri. Tapi keyakinan tu baru timbul nampaknya. Harapanku selepas ini selalulah kita update blog. Dah ada domain sendiri ni umpama kita dah terikat dengan komitmen la kan??



By the way terima kasih kepada SisHawa sebab tolong uruskan pemasangan domain ni. Siapa yang teringin nak tukar domain daripada blogspot kepada dot com bolehlah refer SisHawa nanti.






Back to normal

Disember 23, 2017 8 Comments
Back to normal
Back to normal dah! Setelah 13 hari rumah ni dikunjungi pasangan twin -Aira dan Adam. Sunyi pula rasanya tak mendengar bebelan dari mulut si kecil berdua tu. Naufal gan adiknya pun dah balik pagi tadi. Nasib baik la si akak Fatma sorang ni masih disini. Masih lagi menjadi penyeri rumah ni..

ciktie
Kami dah 5 bulan

Dalam tempoh yang singkat singkat ke?? kita dah dapat 5 anak buah. 3 lelaki 2 perempuan. Semoga semuanya sihat-sihat belaka dan membesar menjadi insan berguna bukan sahaja untuk diri sendiri tapi juga pada orang lain. Aamiin.

Ciktie

Ingatkan hari ini tiada sebarang catatan nak diterbitkan tapi rupanya siap juga satu yang ni. Memandangkan hari ini hari minggu. Kita nak berblogwalking ke blog kekawan je lahh. Selain untuk mengikuti perkembangan diorang, ini juga sebagai tanda penghargaan buat mereka yang tak jemu memberi sokongan pada ciktie. Jangan ingat memberi sokongan tu hanya perlu join GA, segmen je tau. Ini juga salah satu daripadanya. Maaflah kalau ada mana-mana blog  kekawan yang tak sempat ciktie kunjungi tu. Nanti kita usahakan supaya tiada yang tertinggal ya.

Hmm ok juga kan kalau dalam seminggu tu ciktie set sehari dua kalau free la untuk berblogwalking ke blog kekawan. Ataupun mungkin juga untuk tahun baru tu nanti kita boleh buat kelainan sikit pada mereka-mereka yang sudi  tinggalkan jejak kat sini ke kan 






3 Syawal yang istimewa

Julai 11, 2016 1 Comment
3 Syawal yang istimewa
Hari Jumaat lepas bersamaan gan 03 Syawal 1437H dan bersamaan juga gan 08 Julai 2016 kan..kan hikhik.. Sebenarnya bermula hari tu genap setahun usia ciktie bertambah. Hmm..banyak pula angka kat belakang ni ya hahaha jangan kata ciktie dah tua pula tau. Kawin pun dok lagi nii hikhik apala ciktie melaluk time-time camni. Syawal pun baru masuk hari-5 nih


Cam tahun2 sebelum ni juga ciktie harap ciktie boleh capai apa yang ciktie impikan selama ni. Tak dapat capai, gengam pun boleh la hikhik. Doakan ciktie ya.. semoga ciktie sukses selalu. Korang2 pun ciktie doakan sama, aamiin

Eeehh..ehhh sebelum terlupa ni ciktie nak ucap selamat berpuasa tuk korang2 yang tengah berpuasa sunat ni. Tak kisah la yang baru nak mula ke..dah nak habis ke. Selamat berpuasa dan selamat hari raya





My Ping in TotalPing.com