Monday blues ! Hari pertama masuk kerja setelah hampir seminggu tak masuk kan π
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Tak terlambat lagi kita nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Mohon maaf segala salah dan silap tersegaja mahupun tidak. Kecil hati ke apa ye.
Dalam bercakap ibarat kereta sesedap tekan minyak hingga tak sedar rupanya dah terlanggar bumper orang. Jadi sama-samalah kita saling memaafkan. Tak bercakap, tak bertegur bukan bermakna kita bermusuh cuma kadangkala biasalah kita kan pemalu ππtakpun mungkin perlukan sedikit masa lagi untuk redakan geladak rasa hati tu.
Nikmatnya dapat cuti apabila tiada gangguan apa-apa tapi itulah ada juga sebenarnya gangguanya. Rasanya macam dah settle dah semalam. Program yang dirancang malam ni pun insyaallah semoga semuanya berjalan lancar. Aamiin
Bahang Panas
Sakit rasa kepala ni gara-gara dua-dua econ tak berfungsi hari ni. Masuk-masuk berbahang rasa. Rimas campur belengah walaupun dah buka kipas dan hala dekat kita seorang. Camnilah jadinya bila kita dah jarang-jarang sangat terpaksa berpanas. Puteri lilin la sangat tapi memang panas pun tengahari tadi tambah pula berada dalam bangunan semua tertutup, lagilah terasa.
Kononnya nak cabut lari balik awal sekali awallah juga setengah jam. Nasib baik dapat lepak bilik fail. Tiadalah terasa terseksa sangat walaupun econ dekat situ slow kan.
Tapi harapnya esok econ tu dah ok sikit la.. aduan dah buat tapi adakah ianya akan diambil tindakan segera? Huhu kita tunggu ajelah, dugaan puasa 6 kali ni. Korang ada yang dah raya ke?
Next Post »
0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.