Selamat berpuasa

Assalamualaikum wbt dan selamat berpuasa korang ! 

Lamanya ciktie tak bersiaran kan. Last pun dah tahun lepas. Amacam cantik tak baju baru jurnal kita ni. Lama ambil masa ni akhirnya berjaya juga gantikan dengan bantuan siinurul. Terima kasih banyak layan kerenah kita yang macam-macam ni 🥰🥰  

Tukar template blog


haa korang siapa yang teringin nak tukarkan background blog, tukar template blog, check iklan adsense atau seangkatan dengannya tu. Bolehlah dapatkan khidmat blogger sabahan siinurul ni ye. 


Selamat berpuasa

Hari ni dah masuk hari ke-4 kita berpuasa. 

Alhamdulillah, anak buah sorang ni pun dah mula belajar berpuasa dah tahun ni. Cumanya hari 1st tu tak tahan sangat kot, balik sekolah minum air. Rugi sangat ! Dah pukul 5 lebih dah. Hahaha hari ke-2 siap nangis nak buka puasa tapi nasib baik tak buka. Hari ke-3, nampak macam stabil dah sikit tapi hari ni dah makin ok dah tu. Takda drama apa-apa lagi ni. Semoga berterusan la sampai habis puasa ni. Aamiin

Ramadhan kali ni kita balik awal tau. Kalah budak-budak sekolah rasanya. Ialah mana tak menang budak-budak tu semua ada kelas kafa kan. Keluar sekolah pun dah pukul 3 lebih. Sampai rumah sedih je muka sorang-sorang. Penat campur panas. Tapi memang cuaca panas pun sekarang ni. Bahang je.. Dekat office tu, dibuatnya 2/3 kali berulang ke bilik sebelah dah tak rasa dah aircond tu. Nak-nak kalau memang tak hala ke kita tu 😂😂 

Nampak je ada 2 biji aircond tapi nak sampai tempat kita 😫😫. Nasib baik ada kipas atas tu. Sejuk la juga


Puasa musim panas

Itu yang kadang-kadang malas je nak bertapak ke situ tapii kena juga la. Dah semua failnya dah beralih ke sana. Kalau tak hmm timbun lagilah dokumen taruh bawah meja..tunggu mood rajin datang. Tapi setakat ni tak datang-datang lagi mood tu. Kena kerahkan macam korang juga la kan mood tu. Tak semak, tak mohon, tak masuk folio, tak failing kan tak jalan pula kerjaannya tu. Apapun nasib baik ianya masih terkawal lagi. Mana yang urgent kita jalan dulu. Alhamdulillah, selepas 1 task hari tu, dah takda kejar deadline lagi tapi bawah meja tu dah tak serupa bawah meja dah tu nampaknya kan. Dah penuh dengan kotak 🤭🤭


Ishh apa nak jadi ni. 

Oklah korang, stop sampai sini dulu. Inipun dah panjang lebar mukadimahnya. Ingat tadi cuma nak bagi ucapan selamat berpuasa selamat berbuka je ✌ 

By the way hingga jumpa lagi ye



Latest
Next Post
Next Post »

Catat Ulasan

0 Ulasan