Mesyuarat Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Julai 12, 2024 Add Comment
Mesyuarat Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Wehh lamanya tinggal jurnal kita ni. Berhabuk berdebu semua dah. Rindu la saat-saat ada kesempatan dapat update jurnal tiap-tiap bulan dulu-dulu tu. Agak-agak bila la nak dapat peluang tu lagi. Sekarang ini pun pantang ada kesempatan sikit. Nak lentok, nak rest je rasa. Tak sempat dah nak fikir apa. Letih weii

Masa yang tinggal dah tak lama dah. Tak silap seminggu lebih je lagi. Tapi itulah sepertinya diri ni masih lagi tak sedar la kot, macam rilek dan bertenang je kan. Tapii hakikat sebenarnya tak la..debaran kita dah mula terasa dah. Risau weh !! 

Kalau ikutkan time ini, sepatutnya dah banyak benda dah yang patut settle tapi kali ni 😧😧


Mesyuarat Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Pagi tadi join meeting Majlis APC dekat Bukit Cina. Separuh hari jugalah ia berlangsung. Perbincangannya pun boleh tahan hangaf. 1st time gabungan by ZON Timur diadakan. Tapi kalau ikutkan ianya sama je macam tahun-tahun sebelum ni cumanya tahun ni gabung untuk buat 1 Zon. 

Sebenarnya dah lama dah tak join meeting APC ni. Kali terakhir diadakan pun dah lupa dah tahun bila, ialah ianya bukan tiap-tiap tahun pun diadakan. Ingat-ingat lupa tak silap kali terakhir itupun tak dapat join juga, kena still dekat office 🙆

Majlis APC

Majlis APC


Sebenarnya bila dah masuk meeting camni lagi jelas apa yang patut kena buat. Adoii makin berdebar rasanya..sempat ke tak ye. Tahun ni tak macam sebelum-sebelum ni. Betul-betul kejar masa sikit la, kita settle hal rumah dahulu pastu baru masuk office. Harap tak kacau skop kerja orang lain la. Tapi task kita kali ni macam banyak yang masih sangkut la. Nak kena check satu-satu semula bagi clear. Kan best kalau ada orang tolong double check ke kan. Apapun semoga sempatlah double check semula.


InshaaAllah 2 hari ni kita settle senarai jemputan dan surat dulu. Isnin dah boleh keluar. Tapi baju tak siap lagi ni acamer kerja. Betul ke Mek ni nak jahit sendiri baju ni. Agak-agak korang menjadi tak baju kita ni. 23hb ni dah nak pakai dah ooii jangan buat main

Oklah korang, stop sampai sini dulu. Kita nak settle pelan lantai dan kedudukan AJK dulu malam ni. Pastu slow-slow kita check slide ye. Kalau sempat la









Permainan Atas Talian Paling Popular Semalaya

Mac 20, 2024 Add Comment
Permainan Atas Talian Paling Popular Semalaya

Best pula bila dapat main games camni ! Ralik pula kita jadinya. Nasib baiklah tiada mana-mana kerja yang urgent lagi. Dapatlah slow-slow menyelam sambil minum air kan.

Buka je terus dah boleh play. Tak perlu nak kena download, nak kena install baru nak boleh main. Haa kalau takut orang perasan orang perasan kita mengadap pc tengah main games, kita boleh je main melalui phone. Lagi mudah nak bergerak, orang pun tak perasan apa yang kita buat. 


Jimat ruang jimat space, tak perlu install, tak perlu download! Kira on dan terus main, tak semestinya nak main tu kena cukup orang ataupun kena buka melalui komputer. Dengan phone pun boleh, sambil-sambil sembang ataupun menunggu orang pun boleh main. 



culinaryschools.org

Kalau nak tahu, culinaryschools.org juga lebih dikenali dengan culinaryschools.org games (permainan atas talian) takpun culinaryschools.org/kids-games ! Kenapa 'kids games' mungkin sebab games kita lebih terarah kepada kanak-kanak ataupun budak-budak walapun sebenarnya bukan budak-budak aje yang berminat dengannya tu. Kita yang dah besar panjang pun sebenarnya turut tertumpu kepada games tu kan.

Tapi yang bestnya culinaryschools.org mempunyai beratus-ratus koleksi permainan berlainan dalam talian. Dari yang paling asas hingga yang mencabar, semua ada janji kita ada masa je untuk terokainya. Mudah, simple dan jimat. Tak perlu bayar, tak perlu nak daftar, tak kena install, free je nak main. Satu lagi yang penting tiada iklan-iklan yang tiba-tiba muncul tu. 


Tapi selain permainan, culinaryschools.org ini juga ada tool lain yang lagi best sebenarnya tau. Mungkin ada dikalangan kita yang lebih tertarik padanya antaranya jeng.jeng.. tapi yang ni korang explore sendiri la ye sebabnya kita cuma nak certa pasal games dekat yang kita suka ni je. Pinjam ayat susanti tu kejap, Asyik gitu !!

Tool lain selain culinaryschools.org/kids-games antaranya :-

https://www.culinaryschools.org/blog/weight-loss/

https://www.culinaryschools.org/blog/body-fat-calculator/

https://www.culinaryschools.org/blog/workout-calories/

https://www.culinaryschools.org/career-info/conversion/

https://www.culinaryschools.org/tip-calculator/


3 permainan atas talian paling popular semalaya

Tom & Jerry Picture Jumble

Mencabar sikit la sebabnya ada timeup ! 30saat je.. kalau kita tak berjaya selesaikan puzzle tu ia akan back ke games 1st !! Seronok tu memang seronok cumanya rasa geram je sikit hehe

Asyik tak sempat nak siap tu



Onet Fruit Classic

Ok, yang ni biasa je tapi yang ni la yang kita suka..cari antara 2 mana yang sama. Tapi yang ni la yang kita suka.. Onet Fruit Classic ia bagi kita 5 kali peluang utk tukar posisi ataupun kedudukan buah tu. Kita nak terus tukar atau nak tunggu boleh klik simbol sebelah kanta pembesar tu 


Yang ni yang last, best juga la layan terutamanya sambil-sambil mengadap kerja dekat pejabat. Tak boleh mencabar sangat nanti kan ralit sangat tak peka dengan sekeliling pula.

Main-main juga kerja tetap kena jalan kan. So, kena pandai-pandai ye la


Candy Jam 

Sama aje cara main candy tu, ia akan bagitau nak yang mana. Kemudian kita kena cepat-cepat siapkan task tu. Tak boleh bazirkan masa sebabnya masa yang tinggal tu akan diguna untuk level seterusnya. Kira sambung je masa dari 1st game tu next level dan masa diberi cuma 3 minit untuk selesaikannya.

Mencabar juga la nak kena kejar masa kan. Kalau nak cuba korang boleh tekan << sini >>


Ok inilah antara 3 permainan atas talian yang menjadi pilihan ciktie setakat ini. Kalau untuk korang pula yang mana jadi pilihan ya ?? Mungkin boleh kongsi bersama sementara masih ada masa ni nak explore.


Template Blog Kena Removed

Februari 26, 2024 Add Comment
Template Blog Kena Removed

Alahaii banyak pula nak kena buat ni. Baru terasa nak rajinkan diri tengok blog. Nak kena postpone lagi ke macamana ni ye. Soodihh betul la 

Terasa macam nak minta tolong korang je settle benda alah ni. Dari tahun lepas lagi nak tukar template blog tapi tak jadi-jadi lagi. Ada juga tanya-tanya seorang dua blogger tu last sekali, lupa pulak dah. Macam la banyak sangat kerjaan hakiki tu  kan tapi sebenarnya boleh tahan juga la 😅😅. Try juga usha-usha si Mai tu tapi dia dah lama tak buat. Nak harapkan kita buat sendiri hmm camni lagilah kot. Blog pun auto closed ! Bukan closed juga ia auto link ke alamat blog yang kita guna template tu dah tak ada. Dah kena removed. 


Template Blog Kena Removed 

Blog has been removed

Konon buka blog tapi dia auto keluar camni. Blog yang kita guna template tu dah takda !

Blog has been removed

Lagipun tak daya la nak hadap coding ni lagi. Terakhir tengok pun dah lupa tahun bila dah tu.. sekarang ini lagilah macam-macam nak kena tengok dengan Google Analytics 4 (GA4) la. Nak kena tengok betul-betul. Baca, study dulu bagi faham tak boleh nak main terus buat je macam sebelum ni. 


Google Analytics 4 (GA4) | Apa yang Patut Blogger Buat

Pasal GA4 tu ada juga la tanya siinurul tapi last-last sampai sekarang tak faham lagi. Mungkin sebab tak betul-betul mengadapnya itu yang tak faham-faham tu. 

Google Analytics (GA4)

Site Income | Macamana nak jana income Adsense 

Yang ini pun satu hal juga, nampak macam menari-nari aje iklan adsense tu keluar dekat blog tapi bila check so sad !! Korang setting macamana ye. Please help me 

Tapi income adsense ni ada kena mengena dengan GA4 tu juga kan? Kalau GA4 k.o maknanya yang lain pun akan k.o juga la. Alahhh..bila nak free ni nak tukar template blog, nak kena setting semula akaun adsense. Tapii GA4 tu kena buat dulu 😰😰


Cik Hitam | Jom Pi Mandi

Februari 13, 2024 Add Comment
Cik Hitam | Jom Pi Mandi

 Setelah seminggu .. 

akhirnya kita bawa mandi juga si hitam ni.


Cik Hitam | Jom Pi Mandi

Car wash, Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka

Asyik terlepas waktu aje minggu lepas. Sedar-sedar dah time to back! Car wash yang dah biasa tu pun dah tutup dah. Bukan tiada yang tepi jalan tu tapi rasanya tak daya nak menunggu dah. Direct seminggu kita buat taktau memang bedak habis la si Hitam tu. 

Nasib baik car wash yang ni buka. Tempat biasa tu masih bercuti lagi rupanya. Dan nasib baik juga masa sampai tu kebetulan kereta tak banyak. Terus diorang minta bawa masuk parking untuk cuci. Takla kita nak kena menunggu giliran kan 😅😅 tapi lepas tu 2/3 biji kereta yang baru sampai. So, kena tunggu turn la. Nak kena settle 3biji tu dulu tapi car wash ni memang cepat la. Diorang ada dalam 3/4 orang staf tak termasuk owner dia rasanya yang akak cashier tu. 

Car wash, Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka


Kenapa sini 

Cara buka penutup tangki minyak tak boleh buka

Beza car wash ni dengan tempat yang biasa tu selain yang ni cepat. Diorang cuci juga dekat dalam area tangki minyak tu. Tapi ialah liat sikit la nak buka penutup tangki minyak tu. Lepas tarik lock dia tu, picu tangki minyak ke apa kat dalam kereta tu. Pastu kita kena tekan dekat penutup tangki tu dari arah mana ia terbuka. Kalau tak memang tak boleh buka. Tapi kali ni ia ngada pula nak kena serentak tarik picu tangki minyak dengan tekan penutup tangki tu. Sebelum ni ok je. Inipun tau disebabkan nasihat sorang adik yang kerja shell tu. Kita nak isi minyak tapi penutup tu tak boleh buka. 

Beza masa isi minyak dekat petron sebelum ni.. diorang cungkil je. Ialah tak salahkan diorang juga kita-kita pun bukannya tau pun kan. Ni bila dah tau..kira oklah tapi still lagi la gelabah la bila nak kena isi minyak cik hitam tu.


Haa harga dia pun beza sikit, macam yang ni cuci luar dengan dalam rm14 je. Kira murah sikit tapi hasilnya memang puas hati cuma yang buat kita tak memilih tu disebabkan ia bukan di laluan kita je. Tapi kalau tiada pilihan sampai juga sebenarnya kan. Alasan je semua ni..buktinya ini bukan 1st cik hitam dekat sini.


Okla untuk hari ni kita cuma cerita pasal cik hitam tu aje la. Taktau nak tulis pasal apa lagi sebenarnya ni..idea dok mari lagi eteknya ni 🤭🤭 tapi hari ni kita ada 2 audit tau. Wakil HQ turun itupun bukan lekeh² yang datang, selalunya pun bukan lekeh-lekeh juga kan big boss juga kot tapi kali ni sekali datang serentak, kewangan dengan integriti.

Ok la sampai sini dulu..

Si Hitam Dah Bising

Februari 04, 2024 Add Comment
Si Hitam Dah Bising

Ke sini lagi kita kali ni.. dah tak sanggup nak dengar bunyi mengaum lagi dah ! Bising sangat nak dengar radio pun dah tak boleh dah. 


Si Hitam Dah Bising

Selain lining ! Minta diorang settle pasal minyak bocor tu sekali. Tiadalah nak kena datang lagi kan. Sebenarnya ini bukan kali pertama datang sini. Selepas diperkenalkan oleh suami officemate dulu. Memang kerap juga la datang sini. Bukan apa, mudah tak perlu nak kena buat temujanji. Kira datang terus je cumanya bayarannya tu. Member kata lebih sikit tapi owner dia baik. Mudah kita nak tanya apa-apa pun.


Kereta bunyi mengaum atau bising

Sejak adik yang biasa ciktie minta tolong tengok-tengokkan si hitam ni tak sihat. Ni masuk kali ke-3 dah kot si hitam ni minta perhatian. Yang mula-mula tu ia langsung takmau hidup. Dah terpaksa minta orang datang menjemput menghantar bagai.  Yang ke-2 penangan bateri dah out dan yang kali ni

Hahaha Ciktie ni bab kereta ni bukannya tau mana. Tau drive je gan isi air je. Pam angin pun masih minta tolong dengan staf kedai tayar dekat traficlight sana tu. Tapi nasib baik sekarang kita dah ada pam angin bergerak. Bab kata officemate ada Transformers ! Jadi tak risau sangatlah nak pam angin tu. Mana-mana boleh je nak pam. 


Oklah dah siap dah si hitam kita tu. Dah terbang dah rm540 petang ni. Tak sempat juga nak bawa mandi petang ni..datang tadi tak sempat nak mandikan siap-siap. Banyak pula kereta tempat biasa kita mandikan si hitam ni. Konon sempatlah balik ni kan..rupanya tak juga. Kena postpone lusa atapun lusa la kot mandikan si hitam ni..balik je terus singgah kedai tapau nasi goreng. Lapar wehh dari pagi tak makan apa-apa ni. Memang berkeroncong sangat dah bunyi cik perut ni. 





Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Januari 27, 2024 1 Comment
Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Mashaa Allah.. lamanya kita tak bersiaran dekat sini. Dah hampir sebulan dah memasuki tahun 2024 tapi entrinya masih lagi sama, kosong tiada apa-apa catatan terbaru pun.


Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Baru-baru ini office ada buat sambutan birthday untuk mereka-mereka yang lahir bulan Januari sekali dengan jamuan perpisahan sorang staf yang bertukar keluar ke IPG tapi yang sedihnya cuma 2orang je diraikan birthday tu hadir. 2orang lagi hmm sibuk sangat kot. Itu yang susah nak join tu.


Posting Ke IPG

Tahniah tau kalau betul la naik ke gred yang lebih tinggi. Good luck dan semoga akan lebih berjaya di tempat baru. Aamiin

Satu-satu keluar kan




January Birthday

Untuk birthday boy tu pula, semoga masing-masing diberikan kesihatan yang baik, ceria dan gembira selalu disamping keluarga tersayang. 

Sambut birthday sekali tapi sorang je dapat hadiah ek 🙆🙆 apapun semoga cepat sembuh boss




Bila dah lama tak menulis ni. Kekok pula rasanya. Ialah dah lama sangat rasanya tak menaip ni. Inipun nasib baik memori full 🤭🤭 nak kena transfer gambar dalam phone. Kalau tak rasanya masih tersimpan kemas dalam phone lagi gambar-gambar semua ni.


Walaupun jamuan kali ini masih mengekalkan nilai Ringgit Malaysia yang sama, menu jamuan kali ni terarah kepada menu sihat sikit la. Bukan apa sebabnya salah seorang yang diraikan ni tak berapa sihat. Macam tak best pula kita macam bagai nak rak dia terpaksa pilih-pilih kan.

So, menu utama kali ni adalah Nasi Ayam! Gedabok besar ayamnya tu. Cumanya ialah menu sihat, kuranglah sikit rasanya tu di anak tekak ciktie ni kan





Yang ke-2, mihun soto ! Sedap nak-nak sambal dia tu. Siap tapau bawa balik lagi 🤗🤗 Mestilah tapau dah tak habis kan. 

Soto


Roti jala tepung barli 

Then, kitorang ada roti jala. Ada 2 versi, satu guna tepung gandum macam biasa, satu lagi  guna tepung barli. Nasib baik member kita tu terima tempahan kalau tak hmm tak merasa la roti jala barli tu.

Sedap juga makan roti jala barli macam tu je. Memang takda rasa lemak-lemak macam tepung biasa. Rasa macam makan barli je bezanya ini versi tepung la. Kenyal-kenyal gitu

Roti Jala Barli, tepung barli

Roti jala jelita

Yang satu ni memang permintaan, makaroni bakar ! Sedap macam selalu dan tak pernah mengecewakan. Terima kasih encik Abdullah. Dah nak pencen dah dia.. Alhamdulilah dokumen pun kita dah submit ke HQ dah. Semoga tak kena kuiri dekat mana-mana la ye 🤲🤲

Sedap pula rasa kek marble tu 😘😘

Makaroni bakar

Kek marble

Yang ni pula koktail tapi kita tak sempat nak try pun. Ramai peminat ni. Cukup laju.. cepat je habis 


Untuk air pun kita tukar juga. Buat air barli tapi bukan kita yang buat la. Kita tukang beli je.. akak kesayangan ramai tu yang masakkan. 


Haa itu ajelah untuk permulaan ni. In Shaa Allah, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Dan ciktie lebih rajin menghiasi ruang kosong jurnal ni ye. Aamiin.. aamiin.. doakan ye.


Free Palestine

Ohh ya satu lagi, jangan lupa selalu doakan saudara kita di Gaza sana tu. Semoga mereka semua dilindungi-Nya, selamat, terus kuat..kuat dan kuat. Dan semoga gencatan senjata segera yang telah memasuki hari ke-112 ini berakhir dan semestinya kemenangan sentiasa berpihak kepada kita. Aamiin 

#freepalestine







My Ping in TotalPing.com