Sedut Tangki Septik Bawah Rumah

Disember 14, 2024 Add Comment
Sedut Tangki Septik Bawah Rumah

Masyaallah lamanya kita tinggalkan jurnal ni. Keinginan nak tukarkan baju dia pun tak kesampaian lagi. Nak kata sibuknya kita sampaikan nak belek-belek contoh template pun tak sempat. Aiii nasib la jurnalku ye

Sebenarnya banyak sangat benda yang kita nak share dekat sini tapi itulah dah taktau nak mulakan dari mana. Inipun kebetulan tengah tunggu lori tangki sedut kumbahan najis dari tangki septik bawah rumah ni.


Sedut Tangki Septik Bawah Rumah 

Semua urusan my sis yang urusan, dari usha, whatsapp sampailah datang rumah. Kita cuma turn tunggu dan bayarkan je. Mula tu ingatkan diorang ni dari Majlis Bandaran KB tapi rupanya majlis bandaran dah tak sediakan perkhidmatan sedut tangki najis. 

Sekejap je rupanya proses penyedut ni, tak sampai setengah jam pun sedut 2 tangki. 

Dua-dua tangki ini memang untuk buangan najis je cumanya ketika bina tandas ke-2  depan tu saluran air mandiannya tersalur sama ke tangki ni. Itu yang jadi cepat penuh.

Sedut Tangki Najis

Bayaran sedut tangki najis kota Bharu 

2 tangki rm600 ! Tak kisahlah janji episod gaduh nak melabur dapat berakhir. 

Kalau ikutkan 1 tangki diorang caj rm400 tapi disebabkan tangki ni cuma sebelah menyebelah, tak jauh dan memudahkan kerja la kot. Diorang ambil rm200 je untuk tangki ke-2. Kira oklah dari kena rm800 tu kan 😂😂

Sedut Tangki Najis

Tak silap rumah mak saudara depan ni pun kena rm400 juga 1 tangki. Tapi tak ingat dah bila tu. Tapi ketika itu bawah bandaran.


Sebenarnya ini pertama kali sedut tangki septik. Sebelum ini tangki ini tersedut secara alami je, terakhir 2014. Datang banjir..kita cuma buka lubang kecil tangkinya itu je. Maksud banjir tu banjir betul bukan air hujan. Paras air tinggi, banyak bukan setakat betis atau paha camtu. 


sedut tangki najis

perkhidmatan sedut tangki najis kota bharu

My Ping in TotalPing.com