Wehh lamanya tinggal jurnal kita ni. Berhabuk berdebu semua dah. Rindu la saat-saat ada kesempatan dapat update jurnal tiap-tiap bulan dulu-dulu tu. Agak-agak bila la nak dapat peluang tu lagi. Sekarang ini pun pantang ada kesempatan sikit. Nak lentok, nak rest je rasa. Tak sempat dah nak fikir apa. Letih weii
Masa yang tinggal dah tak lama dah. Tak silap seminggu lebih je lagi. Tapi itulah sepertinya diri ni masih lagi tak sedar la kot, macam rilek dan bertenang je kan. Tapii hakikat sebenarnya tak la..debaran kita dah mula terasa dah. Risau weh !!
Kalau ikutkan time ini, sepatutnya dah banyak benda dah yang patut settle tapi kali ni 😧😧
Mesyuarat Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Pagi tadi join meeting Majlis APC dekat Bukit Cina. Separuh hari jugalah ia berlangsung. Perbincangannya pun boleh tahan hangaf. 1st time gabungan by ZON Timur diadakan. Tapi kalau ikutkan ianya sama je macam tahun-tahun sebelum ni cumanya tahun ni gabung untuk buat 1 Zon.
Sebenarnya dah lama dah tak join meeting APC ni. Kali terakhir diadakan pun dah lupa dah tahun bila, ialah ianya bukan tiap-tiap tahun pun diadakan. Ingat-ingat lupa tak silap kali terakhir itupun tak dapat join juga, kena still dekat office 🙆
Sebenarnya bila dah masuk meeting camni lagi jelas apa yang patut kena buat. Adoii makin berdebar rasanya..sempat ke tak ye. Tahun ni tak macam sebelum-sebelum ni. Betul-betul kejar masa sikit la, kita settle hal rumah dahulu pastu baru masuk office. Harap tak kacau skop kerja orang lain la. Tapi task kita kali ni macam banyak yang masih sangkut la. Nak kena check satu-satu semula bagi clear. Kan best kalau ada orang tolong double check ke kan. Apapun semoga sempatlah double check semula.
InshaaAllah 2 hari ni kita settle senarai jemputan dan surat dulu. Isnin dah boleh keluar. Tapi baju tak siap lagi ni acamer kerja. Betul ke Mek ni nak jahit sendiri baju ni. Agak-agak korang menjadi tak baju kita ni. 23hb ni dah nak pakai dah ooii jangan buat main
Oklah korang, stop sampai sini dulu. Kita nak settle pelan lantai dan kedudukan AJK dulu malam ni. Pastu slow-slow kita check slide ye. Kalau sempat la
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.