Ke sini lagi kita kali ni.. dah tak sanggup nak dengar bunyi mengaum lagi dah ! Bising sangat nak dengar radio pun dah tak boleh dah.
Si Hitam Dah Bising
Selain lining ! Minta diorang settle pasal minyak bocor tu sekali. Tiadalah nak kena datang lagi kan. Sebenarnya ini bukan kali pertama datang sini. Selepas diperkenalkan oleh suami officemate dulu. Memang kerap juga la datang sini. Bukan apa, mudah tak perlu nak kena buat temujanji. Kira datang terus je cumanya bayarannya tu. Member kata lebih sikit tapi owner dia baik. Mudah kita nak tanya apa-apa pun.
Sejak adik yang biasa ciktie minta tolong tengok-tengokkan si hitam ni tak sihat. Ni masuk kali ke-3 dah kot si hitam ni minta perhatian. Yang mula-mula tu ia langsung takmau hidup. Dah terpaksa minta orang datang menjemput menghantar bagai. Yang ke-2 penangan bateri dah out dan yang kali ni
Hahaha Ciktie ni bab kereta ni bukannya tau mana. Tau drive je gan isi air je. Pam angin pun masih minta tolong dengan staf kedai tayar dekat traficlight sana tu. Tapi nasib baik sekarang kita dah ada pam angin bergerak. Bab kata officemate ada Transformers ! Jadi tak risau sangatlah nak pam angin tu. Mana-mana boleh je nak pam.
Oklah dah siap dah si hitam kita tu. Dah terbang dah rm540 petang ni. Tak sempat juga nak bawa mandi petang ni..datang tadi tak sempat nak mandikan siap-siap. Banyak pula kereta tempat biasa kita mandikan si hitam ni. Konon sempatlah balik ni kan..rupanya tak juga. Kena postpone lusa atapun lusa la kot mandikan si hitam ni..balik je terus singgah kedai tapau nasi goreng. Lapar wehh dari pagi tak makan apa-apa ni. Memang berkeroncong sangat dah bunyi cik perut ni.
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.