Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Januari 27, 2024

Mashaa Allah.. lamanya kita tak bersiaran dekat sini. Dah hampir sebulan dah memasuki tahun 2024 tapi entrinya masih lagi sama, kosong tiada apa-apa catatan terbaru pun.


Jamuan perpisahan dan birthday boy - Januari Birthday

Baru-baru ini office ada buat sambutan birthday untuk mereka-mereka yang lahir bulan Januari sekali dengan jamuan perpisahan sorang staf yang bertukar keluar ke IPG tapi yang sedihnya cuma 2orang je diraikan birthday tu hadir. 2orang lagi hmm sibuk sangat kot. Itu yang susah nak join tu.


Posting Ke IPG

Tahniah tau kalau betul la naik ke gred yang lebih tinggi. Good luck dan semoga akan lebih berjaya di tempat baru. Aamiin

Satu-satu keluar kan




January Birthday

Untuk birthday boy tu pula, semoga masing-masing diberikan kesihatan yang baik, ceria dan gembira selalu disamping keluarga tersayang. 

Sambut birthday sekali tapi sorang je dapat hadiah ek 🙆🙆 apapun semoga cepat sembuh boss




Bila dah lama tak menulis ni. Kekok pula rasanya. Ialah dah lama sangat rasanya tak menaip ni. Inipun nasib baik memori full 🤭🤭 nak kena transfer gambar dalam phone. Kalau tak rasanya masih tersimpan kemas dalam phone lagi gambar-gambar semua ni.


Walaupun jamuan kali ini masih mengekalkan nilai Ringgit Malaysia yang sama, menu jamuan kali ni terarah kepada menu sihat sikit la. Bukan apa sebabnya salah seorang yang diraikan ni tak berapa sihat. Macam tak best pula kita macam bagai nak rak dia terpaksa pilih-pilih kan.

So, menu utama kali ni adalah Nasi Ayam! Gedabok besar ayamnya tu. Cumanya ialah menu sihat, kuranglah sikit rasanya tu di anak tekak ciktie ni kan





Yang ke-2, mihun soto ! Sedap nak-nak sambal dia tu. Siap tapau bawa balik lagi 🤗🤗 Mestilah tapau dah tak habis kan. 

Soto


Roti jala tepung barli 

Then, kitorang ada roti jala. Ada 2 versi, satu guna tepung gandum macam biasa, satu lagi  guna tepung barli. Nasib baik member kita tu terima tempahan kalau tak hmm tak merasa la roti jala barli tu.

Sedap juga makan roti jala barli macam tu je. Memang takda rasa lemak-lemak macam tepung biasa. Rasa macam makan barli je bezanya ini versi tepung la. Kenyal-kenyal gitu

Roti Jala Barli, tepung barli

Roti jala jelita

Yang satu ni memang permintaan, makaroni bakar ! Sedap macam selalu dan tak pernah mengecewakan. Terima kasih encik Abdullah. Dah nak pencen dah dia.. Alhamdulilah dokumen pun kita dah submit ke HQ dah. Semoga tak kena kuiri dekat mana-mana la ye 🤲🤲

Sedap pula rasa kek marble tu 😘😘

Makaroni bakar

Kek marble

Yang ni pula koktail tapi kita tak sempat nak try pun. Ramai peminat ni. Cukup laju.. cepat je habis 


Untuk air pun kita tukar juga. Buat air barli tapi bukan kita yang buat la. Kita tukang beli je.. akak kesayangan ramai tu yang masakkan. 


Haa itu ajelah untuk permulaan ni. In Shaa Allah, semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Dan ciktie lebih rajin menghiasi ruang kosong jurnal ni ye. Aamiin.. aamiin.. doakan ye.


Free Palestine

Ohh ya satu lagi, jangan lupa selalu doakan saudara kita di Gaza sana tu. Semoga mereka semua dilindungi-Nya, selamat, terus kuat..kuat dan kuat. Dan semoga gencatan senjata segera yang telah memasuki hari ke-112 ini berakhir dan semestinya kemenangan sentiasa berpihak kepada kita. Aamiin 

#freepalestine







Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com