Redupnya cuaca petang ni.. apoo ku lupa dah 6 lebih dah ni. Memang patut pun camni rupanya pun kan. Kejap lagi matahari pun dah nak terbenam dah.
Welcome September
Permulaan yang entahh.. its ok la. Sepatutnya dah lama sebenarnya ambil keputusan yang satu ni. Nekad tak pernah bulat cumanya kali ini. Semoga tuhan mengizinkan semuanya. Aamiin.
Mereka yang terbaik..mereka yang sempurna..mereka yang tak pernah silap dan takkan pernah buat silap cumanya kita ni yang susah nak hadam.. silap menilai. Terasa diperlukan tetapi sebenarnya jauh panggang dari api. Tak wujud lagilah orang suka sebenarnya. Bodoh kan
Buatlah apa yang kita nak..kita suka.. sekatlah rezeki orang semampu yang boleh andai itu yang mengembirakan. Tapi ingat dunia ni selalu berputar dan akan terus berputar. Mungkin bukan hari ni..bukan juga esok. Siapa tahu lusanya tu semuanya berbalik. Bertepuk tamparlah seisi rumah seceria segembira matahari pagi selepas ini. Tiada siapa yang akan menghalang. Dan semestinya in shaa Allah, musim-musim cuti persekolahan ataupun cuti umum selepas ini akan lebih meriah. Semeriahnya kenduri kahwin.
Selamat Pengantin Baru
Congrats tuk kedua-dua pengantin baru semalam. Maaf tak dapat hadir walaupun depan ini je. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Aamiin i'm happy for you 😘😘
Begitu juga buat korang-korang yang bergelar raja sehari tu ye. Masing-masing cantik je. Sepadan bagai pinang dibelah dua 😊😊
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.