Alhamdulillah, tahniah Cah !
Dah selamat bergelar isteri orang dah dengan sekali lafaz tengahari raya haji ke-3 hari tu. Nasib baik juga majlis akad nikahnya dibuat dekat rumah..sempatlah join sama gara-gara nak berkejar sebelah petangnya tu untuk menghadiri kenduri kahwin anak kawan tempat bekerja pula.
Selamat Pengantin Baru Ecah
Jemputan Kenduri Raya Haji Ke-3
Selamat Terima Menantu
Sebelah petangnya tu pula bertolak ke Pauh Lima. Lokasinya Kg Aril, atas sikit dari masjid Pauh Lima tu. On the way tu tiadalah jem sangat jalannya berbanding nak patah balik cumanya disebabkan sedikit salah faham yang dekat jadi jauh sikit. Biasalah musim-musim perayaan, cuti sekolah camtu kan tak sesak bukan ianya namanya nak-nak dalam Kelantan ni.
Tapi kesian 2 beradik anak officemate tu lama menunggu kita pula 😔😔
Cantik kan pelamin dia tu ?? Tapi sebenarnya bukan pelamin je. Hiasan meja beradab dan apa ke bendanya ni namanya, bootch weding untuk snap gambar pun lawa. Cantik kan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.