Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
Kali ke-2, office buat jamuan ! 1st sempena birthday boss bulan Januari hari tu dan kali ini sempena persaraan akak office bawah - Kak Siti Noor yang dahpun mula bercuti aka menghabiskan cuti rehat sebelum bersara wajib bulan April ni. Selamat bersara kak. Semoga akak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam semua urusan, aamiin.
Penangan lambat kot, sampai tak sempat nak snap gambar ramai-ramai geng office ! Terus serbu sebaik je selesai bacaan doa. Ialah mana tak berdondang sayang perutnya kalau plan pkl 10 dekat 11 lebih-lebih kot baru nak mula. Itu yang terus lupa semua benda. Cuma menu ajelah masing-masing sempat snap awal-awal tu.
Hadiah hasil collection bersama pun tak sempat nak snap walaupun sebenarnya dah beberapa hari ianya kat meja belakang kita ni. Kira aci ajelah snap masa penyerahan camtu kan ππ Apapun terima kasih kepada semua yang sudi sponser menu ni dan terima kasih juga pada yang hadir. Tak silap sorang anak buah ciktie takde tadi. Taktau nape.. hari tu pun takde jugak πΆπΆ
Apapun, jom tengok menu hasil collection bersama dan juga yang di sponser hari ni. 1st kot hikhik ciktie dapat rasa semua sekali! Eehhh ada juga yang tak sempat tapi apapun semua sedap-sedap belako. Perghhh kenyang walaupun cuma try sikit-sikit je semuanya tu
Menu potluck
Nasi komok by all ! Sedap ayam dia. Ingat nak makan lagi lepas lunch tu tapi perut tak bagi kerjasama lagi.
Mihun penang by kak ani cinonet ! Why cinonet ?? Entah la mungkin empunya dia kecil molek kot π π mihun dia sedap ! Siap minta tapau bawa balik
Makaroni goreng and bakar by Abdullah Zawawi ! Selalu tak puas makan yang goreng tapi kali ni, yang bakar tu macam lagi sedap la. Adakah disebabkan ianya dah tak banyak
Last, air koktail by zamri ! Koktail dia memang tak pernah mengecewakan lagi setakat ni. Sedap !! Terima kasih sebab asingkan aiskrim tu.