Sedih juga cerita ni! Kisah tentang kehidupan 2 budak, Mia dan Kasih yang tertukar sejak kecil. Gara-gara kehidupan Aminah yang serba kekurangan, cuma penjual nasi lemak menyebabkan orang pandang rendah keupayaanya dan haknya ingin dirampas.
Satu Hari Di Bulan Februari
Sedih masa kehidupan dia macam di perlekehkan camtu. Memanglah dia tak mampu beri kemewahan dan kesenangan macam yang Lia berikan tapi dia mampu berikan perhatian dan tumpuan yang tak diberikan oleh Lia dan suaminya. Orang sibuk dengan kerjaya, dari kecil anak dah terpaksa berdikari, semua terpaksa di lakukan sendiri. Camtulah lebih kurang jalan ceritanya pun 😅🤭
Menampilkan pelakon hebat Sazzy Falak sebagai liz aka mama, Aida Aris sebagai Aminah aka mak, Esma Daniel, Geof Andre Feyaets, Fifi Laura Olivia, Heidi Aleesya, Aidit Noh dan ramai lagi.
Sinopsis Satu Hari Di Bulan Februari | Lakonan Hebat Sazzy Falak dan Aida Aris
Mengisahkan 2 wanita iaitu Aminah (Aida Aris) dan Liz (Sazzy Falak) yang dilema apabila terpaksa berpisah dengan anak yang dibela sejak kecil setelah mengetahui status anak mereka yang tertukar ketika dilahirkan.
Situasi kehidupan dan cara hidup Mia dan Kasih dibesarkan cukup berbeza, Mia dibesarkan dalam kehidupan cukup mewah dan serba mencukupi berbanding dengan Kasih yang serba sederhana, cukup makan dan penuh perhatian. Setelah kebenaran terbongkar, mereka akan diserahkan semula kepada keluarga kandung masing-masing tetapi konflik timbul apabila Liz tidak mahu menyerahkan Mia kerana tidak mahu anak jagaanya hidup susah. Dia berhasrat merebut hak penjagaan Mia dan Kasih dan perbalahan antara mereka berakhir apabila mahkamah memutuskan anak-anak mereka itu perlu diserahkan kepada ibu kandung masing-masing.
Perhatian dan kasih sayang Aminah menyebabkan Mia mudah menerimanya berbeza dengan Kasih, yang sering menangis kesunyian disebabkan kesibukan Liz dan suaminya. Teringat dan rindukan Aminah, menyebabkan dia melarikan diri ke rumah maknya. Walaubagaimanapun perbalahan berterusan diantara Liz dan Aminah menyebabkan kedua-dua anak itu (Mia dan Kasih) melarikan diri dari rumah. Ini sekaligus menyedarkan kedua-dua ibu itu.
Tapi hujung-hujung tu, Liz akhirnya dapat juga hak penjagaan ke atas Mia dengan izin ayah Mia setelah Aminah meninggal. Tapi sedih la masa Liz berkeras nak juga Kasih dalam masa yang sama taknak lepaskan Mia. Tapi Henry, suami Si Liz tu baik betul, memahami isi hati seorang ibu. Tak macam Liz, tamat ! Kesian budak-budak berdua tu. Terpaksa menurut. Sedih saat mereka nak dipisahkan tu ..
Hi..saya singgah sini
BalasPadam