Ahad, 25 Disember 2022

Sinopsis Telefilem Skrin TV9 Esok Masih Ada

Wahhh bertuah sangat kalau siapa dapat kawan macam Khalisya tu. Ada saat-saat kawannya tu amat-amat memerlukan. Sentiasa bagi semangat dan dorongan supaya tak down


Tapi ada ke orang camtu sekarang ni? Kalau ada pun mungkin dalam drama tak pun satu dalam sejuta ajelah kot 😀😀


Esok Masih Ada, TV9, Beto Khusairy, Sara Ali, Uqasha Senrose

Sinopsis Telefilem Skrin TV9 Esok Masih Ada 

Telefilem Skrin TV9 Esok Masih Ada Lakonan Uqasha Senrose, Beto Kusyairy, Sara Ali

Telefilem TV9 ini mengisahkan Zulia (Uqasha Senrose) yang meminta sahabat baiknya, Khalisya (Sara Ali) untuk berkahwin dengan suaminya Hisham (Beto Kusyairy) sebagai permintaan terakhir selepas disahkan menghidap kanser tahap 2. 


Walaupun telah berkali-kali dipujuk oleh sahabatnya itu, dia yang risau tiada siapa yang boleh diharapkan dan yakin akan meninggalkan puterinya, Naomi menyebabkan dia bertindak demikian. Demi memenuhi hasratnya, Hisham akhirnya mengawini Khalisya. Dia (Zulia) juga bersetuju untuk menjalani pembedahan membuang barah dalam ususnya. Bagaimanapun, selepas selesai menjalani pembedahan, dia tidak sedarkan diri dan koma. 


Beberapa bulan kemudian, Hisham dan Khalisya telah menjalinkan rasa cinta, namun keduanya tidak pernah melupakan Zulia yang koma di hospital. Dengan kuasa dan keajaiban dari Allah, Zulia akhirnya sedar dari koma dan bebas dari kanser.  

Berita itu cukup mengembirakan Hisham, Khalisya dan juga Naomi. Bagaimanapun, Zulia sepertinya terasa tak puas hati dengan setiap perubahan yang telah berlaku. Terasa seperti haknya dirampas, sukar berdepan dengan realiti hidup bersama sahabatnya sehinggalah dia tertengok rakaman yang telah dibuat.


Haa lebih kurang camtulah ceritanya. 

Moral of the story, sabar dan jangan cepat melatah dalam setiap tindakan kita. 

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.