Last November This Years

November 30, 2022 7 Comments
Last November This Years

Cepatnya masa berjalan ! Dah pukul 1 lebih dah. Malasnya rasa nak bersiap masuk kerja petang ni. Cuaca kat luar pun bukan main terik lagi. Tidur sedap ni tapiii tak boleh..tak boleh. Kejap lagi dah nak kena masuk kerja. Setelah hampir 3 minggu kerja camni, agak² esok #Disember akan diteruskan camni tak? 

Seronok juga kalau diteruskan camni. Tak kisahlah walaupun haru sikit hidup ni dek perubahan kecil ni. Suasana kat office pun rilek-rilek je. Tak ramai orang kan 😃😃 so, hujung² tahun ni nak rilek je sikit.


Last November This Years

November terakhir tahun ni ! Hmm nampak gaya tak sempat nak karang panjang-panjang ni. Tengok gambar ajelah ye. Sempat nanti kita update semula.

Tapi kalau ikut ramalan cuaca, mula esok hingga 3hb ni hujan. Tapi harapnya tak lebat la. Risau juga dibuatnya air bertakung .. banjir ke. So, untuk persediaan awal, kita cuci dan jemur semua kain dulu.





Ehhh cukup dulu la. Dah lewat ni











Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda

November 28, 2022 3 Comments
Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda

Bestnya tengok life akak sorang tu sekarang ni. Memang jauh sangat bezanya banding masa masih dalam perkhidmatan. Asyik travel je sana sini. Seronok sangat tengok. Bertuah kan bila sudah bersara tiada komitmen lain macamtu. Itulah untungnya jika kita bijak merancang kewangan. Ehhh korang dah merancang pelan persaraan untuk masa hadapan?  Kalau belum tu, jom ketahui langkah menguruskan pelan persaraan agar hidup kita lebih terjamin.


Pelan persaraan, persaraan berhemah, menabung konsisten setiap bulan, Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda, Takaful Ikhlas, simpanan, kewangan,


Pelan Persaraan Berhemah

Sekarang ini nampaknya ramai yang dah mula bersedia untuk merancang pelan persaraan pada masa yang akan datang. Ada yang sudah mula menyimpan, ada yang mengkaji semula pelan awal dan ada juga yang menambah wang simpanan! 

Namun, masih terdapat ramai orang yang tidak tahu cara untuk bermula merancang. Hal ini amatlah penting atas kerana ia akan menentukan kehidupan kita setelah meningkat usia nanti. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita ikuti untuk pelan persaraan anda, teruskan membaca untuk mengetahuinya.


Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda

Menabung setiap bulan dengan konsisten

Kebanyakan orang mengeluh kerana selalu gagal untuk menabung. Kita seharusnya berdisiplin dengan menyimpan wang secara konsisten setiap bulan. Apabila kita sudah terbiasa menyimpan, secara tidak langsung ia memupuk amalan menabung dan menjadi tabiat dalam diri kita. 

Sebulan tak menyimpan terasa semacam sangat. Percayalah, tabiat ini pasti akan membantu kita selepas kita bersara nanti.


Mulakan dari sekarang

Mulakan dari sekarang ! Janganlah nak tunggu apabila hendak bersara baru mula menyimpan. Kita boleh memulainya dari sekarang. Lebih awal kita mula, lebih banyak yang boleh kita simpan, walaupun dengan jumlah yang kecil. Apa orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Bukan itu aje, kita juga boleh melabur agar ia boleh berkembang dan menjana pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa yang panjang. 


Utamakan pelan persaraan 

Ramai yang terlepas pandang akan perancangan persaraan atas komitmen-komitmen lain antaranya, beli rumah ataupun simpanan melanjutkan pelajaran untuk anak-anak. 


Tujuan utama pelan persaraan ini sebenarnya untuk membuat pelan simpanan agar kita dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk kegunaan kita setelah bersara nanti. Kiranya macam simpanan persaraan hari tua la macam kwsp.

Mampu mengekalkan gaya hidup serta bebas daripada kekangan kewangan semestinya menjadi impian setiap orang setelah bersara. Kehilangan sumber pendapatan bulanan yang stabil sedikit sebanyak membimbangkan untuk menjamin keselesaan hidup kita setelah bersara. Oleh itu, utamakan persaraan agar kita dapat membantu memudahkan  pengurusan kewangan apabila sudah tua nanti. Hal ini tidaklah sesukar mana sebenarnya cuma kita kena berdisiplin untuk melakukannya. 


Kesimpulan

So, sudah tiba masanya untuk kita mengkaji semula pelan persaraan kita. Walaupun waktu persaraan kita masih jauh, jangan lupa untuk ikuti langkah-langkah ini untuk persediaan kita mengharungi zaman persaraan kita kelak. Rancanglah pelan persaraan anda berhemah, dengan matlamat yang betul kita pasti akan dapat hidup dengan selesa dan tenang bersama keluarga setelah bersara nanti.


Selain itu, jangan lupa untuk mendaftar pelan simpanan dengan Takaful IKHLAS sekarang! Takaful Ikhlas sedia membantu. Layari laman web https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/saving untuk ketahui dengan lebih lanjut.



4 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Yang Baru Bekerja

November 26, 2022 Add Comment
4 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Yang Baru Bekerja

Terasa boros? Risau simpanan yang tidak mencukupi kerana perbelanjaan harian? Adoii siapa yang tak risau kan. Dah la sekarang ni semua harga naik. Terlebih perbelanjaan sikit, memang sabar ajelah nak tunggu gaji bulan seterusnya. Tapi jangan risau ciktie ada cara dan tips menyimpan duit. Jom ketahui cara-cara & tips menyimpan duit dengan mudah bagi yang baru bekerja. 


Seperti biasa, setiap kali menerima duit gaji semestinya komitmen-komitmen penting akan cuba diselesaikan terlebih dahulu antaranya seperti bayaran rumah, kereta, makanan dan duit belanja untuk keluarga. Wang balance yang selebihnya memang cukup-cukup makan ajalah untuk bulan yang seterusnya. Ini betul-betul menyebabkan duit perbelanjaan kita yang tidak mencukupi.


Tips Kewangan, Pengurusan Kewangan, Kewangan Tips, simpan duit


Tips Kewangan, Pengurusan Kewangan, Kewangan Tips, simpan duit

Tapi jangan risau, dengan cara pengurusan kewangan yang betul kita pasti pasti dapat menguruskan perbelanjaan bulanan dengan bijak. Hanya memerlukan disiplin dan cara yang betul je. Antara cara untuk menguruskan perbelanjaan adalah :


4 Tips Pengurusan Kewangan Untuk Yang Baru Bekerja

Menyimpan baru belanja

Setelah menerima duit gaji, pastikan kita asingkan duit simpanan dengan segera sebelum kita membelanjakannya. Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan dengan had limit yang tertentu. 


Berbelanja tidak melebihi kemampuan

Ramai di kalangan kita yang memandang remeh tentang hal ini. Namun, kita haruslah sentiasa ingat untuk berbelanja sekadar yang mampu. Perbezaan antara keperluan dan kemahuan mestilah diutamakan. Bak kata pepatah “ukur baju di badan sendiri”. 



Simpan lebihan pendapatan

Apabila kita mempunyai wang lebihan daripada duit gaji, hendaklah kita menyimpan untuk masa yang akan datang. Contohnya, duit lebihan bulan ini boleh dibawa ke bulan yang akan datang untuk hal-hal yang tertentu. Namun, lebih baik untuk duit tersebut dimasukkan ke dalam tabung simpanan. 


Kawal risiko dengan pelan Takaful

Untuk tips yang ini, banyak kebanyakan orang yang terlepas pandang atas segala kebarangkalian yang mungkin terjadi baik pada diri sendiri atau keluarga. Sekiranya berlaku musibah yang menyebabkan kita terpaksa berhenti kerja, sudah semestinya pendapatan kita akan terjejas. Oleh itu, jangan lupa untuk sertai pelan takaful yang bersesuaian dengan keperluan kita untuk melindungi diri dan keluarga.


Kesimpulan

Mudah aje kan? Cara pengurusan kewangan tidaklah sesukar yang disangka jika kita berdisiplin. Dengan cara pengurusan kewangan yang betul, kita tidak perlu risau lagi dengan masalah-masalah yang akan ditimpa kerana kita bersedia untuk menyelesaikannya. 


Jangan lupa untuk mendaftar takaful simpanan dengan Takaful IKHLAS sebagai persiapan kesejahteraan diri dan keluarga kita. Layari https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/saving  untuk ketahui tentang pelan tersebut! 




Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog

November 17, 2022 4 Comments
Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog

Dah lama sangat rasanya tak join giveaway ni. Untuk tahun ni tak pasti ada ke tak. Tapi yang pasti kali ni kita nak la. Syarat dia pun mudah sangat. So, tak payah nak tunggu lama-lama jom kita support segement ni.


Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog


3 pemenang akan dipilih secara undian rawak, dan akan menerima

- 1 kotak misteri! 

- Backlink dalam setiap entry yang akan SR post sepanjang bulan Disember 2022 ini!


So, tunggu apa lagi. Nak join klik banner atas tu ye ..


Asal Hujan Air Bertakung Isu Sama Setiap Tahun

November 15, 2022 4 Comments
Asal Hujan Air Bertakung Isu Sama Setiap Tahun

Alhamdulillah, keluar pun sinar mentari hari ni. Dapatlah jemur bantal, toto, selimut tu. Tiadalah sejuk sangat tidur malam nanti. Kain pun banyak yang dah kering. Tinggal karpet ajelah yang tak sempat nak cuci lagi ni. 


Asal Hujan Air Bertakung Isu Sama Setiap Tahun

2/3 hari dah hujan, belakang ni pun dah banyak kali air bertakung. Nasib baik kali ni airnya cepat mengalir turun kalau tak memang harulah. Macam 2/3 hari yang lepas. Baru semalaman hujan, dah bertakung air tepi belakang ni. Memang kalau dibuatnya sehari semalam memang lagi haru, langsung dah tak boleh lalu. Orang lain memanglah tak risau, laluan diorang masih ada. Kita yang memang yang dekat sini ni. Nak tak nak terpaksalah hadap.



Bukan nak merungut ataupun apa cumanya agak terkilan sikit la. Benda yang sama saban tahun nak kena hadapi. Mungkin disebabkan kami ni semua perempuan, kaum yang kuat. Jadi apalah sangat orang nak ambil tahu kan. Apa orang kata, dari ambil tahu masalah kami dekat sini lebih baik ambil tahu benda yang pastinya akan lebih menguntungkan.


Isu sama setiap tahun 

Gara-gara air bertakung hampir berbulan jugalah tak sihat hari tu. Terpaksa kuatkan semangat dan nekad dengan my sis yang tengah pegnant masa tu. Hujan-hujan pun redha ajelah buat alur air sendiri aka pederas air tengah-tengah jalan tu. Ialah dah terkepung air di tengah-tengah ni. Laluan ni manalah ada longkang besar. Harapkan parit sebelah sana ajelah. Siapa lagi nak tolong kalau tak buat sendiri kan. Jangankan nak tolong, orang nak tengok pun tak. Jenguk lagilah jauh.


Tapi yang musykil bila jalan ni dah ok, air pun dah jarang nak bertakung pandai pula masing-masing guna laluan ikut sini. Bukan setakat motor, kereta je lalu.. siap masuk lori lagi. Jahanam alur air kita tu, dari kecil air boleh mengalir terus berlubang. Tak mustahil tayar kereta pun boleh tersangkut dekat sini. Belum masuk dahan pokok gajus tu. Patah giut tau. Masa nak lalu tu tak fikir ke benda orang ? Main jalan je 


Boleh ke tinggikan jalan 

Terfikir jugalah kita ni, sememangnya jalan belakang ni memang tak layak ditinggikan ke?? Asal hujan je bertakung..belum lagi masuk musim terkujuh. Dah sah-sah tak boleh masuk. Tenggelam terus tengah-tengah ni. Ialah dulu kan kawasan ni kawasan bendang kan. Macam tahun lepas, semalaman baru hujan lebat, penuh semua dengan air. Jenuh fikir macamana nak keluarkan si hitam yang memang dah parking dekat belakang ni. Nak tak nak terpaksa juga redah air yang makin meninggi tu. Tapi tak boleh nak salahkan sesiapa la. Syok sangat tidur sampai tak sedar air dah penuh malam tu.


Tapi kalau boleh tinggikan tu..teringin jugalah nak mohon kan








Kadang-kadang cemburu juga dengan tempat officemate. Ada je bantuan yang diterima. Sebenarnya bukan kadang-kadang la tapi memang jealous dah. Wakil tempat dia tu take care sangat dengan penduduk diorang kat situ. Tak kiralah dari mana-mana parti, pembangkang ke kerajaan sama-sama membantu hulurkan bantuan sama rata. So, merasalah bantuan yang sepatutnya diorang dapat kan. Kita hmmm tengok ajelah. Lepas dia tu..dia tu ajelah yang dapat. Nak buat macamana pemilihannya camtu kot kan. 


Tapi rasanya mesti tempat korang tak camni kan ..



Pilihan Hotel Mewah Di Kuala Lumpur Dengan Harga Berpatutan

November 02, 2022 2 Comments
Pilihan Hotel Mewah Di Kuala Lumpur Dengan Harga Berpatutan

Di Kuala Lumpur, terdapat banyak pilihan hotel terbaik yang anda boleh cuba dengan harga yang berpatutan. Sekali sekala bolehlah anda merasa pengalaman menginap di hotel mewah. Sudah pasti ia akan memberikan anda pengalaman bercuti yang luar biasa. 


Oleh itu, berikut kami kongsikan pilihan hotel mewah yang terbaik di Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan untuk anda pertimbangkan. Tunggu apalagi, jom baca!


Pilihan Hotel Mewah Di Kuala Lumpur Dengan Harga Berpatutan

1. DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur

DoubleTree KL adalah merupakan salah satu hotel yang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Hotel ini terletak betul-betul di Menara Intermark dan bersambung dengan pusat beli belah. 


Kemudahan yang disediakan cukup lengkap bagi memastikan keselesaan pengunjungnya terjamin. Terdapat beberapa jenis pakej bilik yang ditawarkan termasuklah bilik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas.


DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur


Bukan sahaja kemudahan yang lengkap, servis perkhidmatan dan layanan yang diberikan kepada setiap tetamu juga sangat istimewa dengan layanan bertaraf antarabangsa.  Memang terbaik!

2. Dorsett Kuala Lumpur

Terletak di lokasi yang menjadi tumpuan ramai, Dorsett Kuala Lumpur menawarkan anda penginapan bertaraf 5 bintang dengan harga yang berpatutan. Setiap unit bilik di hotel ini dihiasi dengan dekorasi moden dan nampak mewah. 


Dorsett Kuala Lumpur


Selain kemudahan dalam bilik, hotel ini juga lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan lain seperti kolam renang, pusat kecergasan, restoran in-house dan sebagainya.  Anda juga boleh mendapatkan servis kereta limousine untuk membawa anda ke tempat yang anda ingin tuju. Memang wow sangat!


3. Pullman Kuala Lumpur City Centre Hotel & Residence

Pullman Kuala Lumpur Hotel & Residence juga adalah merupakan hotel yang sering menjadi pilihan ramai kerana fasiliti dan servisnya dijamin terbaik. Hotel mewah dengan harga berpatutan ini terletak berdekatan dengan pusat beli-belah terkemuka, Pavillion. 


Hotel ini turut menyediakan bilik mainan kanak-kanak yang dikenali sebagai The Zone. Jadi anda tak perlu risau, anak anda tidak akan merasa bosan selama menginap disini. Terdapat 5 pilihan restoran yang ada di hotel ini dengan berpuluh-puluh variasi makanan yang anda boleh pilih. 

4. Concorde Hotel Kuala Lumpur

Concorde Hotel Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan terutamanya buat individu yang mempunyai urusan kerja. Hotel ini juga menawarkan keseronokan untuk anda bercuti bersama keluarga. Kemudahan dan servis yang diberikan memang terbaik, tak perlu anda ragukan lagi. 


Di hotel ini juga terdapat ruangan dan barisan kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti spa, salon, kedai serbaneka dan juga kedai menjual pakaian. 


Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

Kesemua hotel yang disenaraikan di atas terletak di lokasi yang strategik dan membolehkan anda untuk akses ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Kuala Lumpur dengan mudah. Antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi adalah seperti berikut:


  1. Menara Berkembar Petronas: Menara ini adalah merupakan bangunan pencakar langit yang menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia dengan reka bentuk yang menarik dan unik.


  1. Aquaria KLCC: Terletak di bangunan KLCC, ia menawarkan anda pengalaman berinteraksi dengan pelbagai hidupan marin. Di oceanarium ini, anda boleh melihat variasi jenis hidupan marin dengan melalui terowong lutsinar. 


  1. Petrosains: Petrosains adalah salah satu tempat terbaik untuk anda bawa anak-anak bagi mendedahkan dunia sains kepada mereka. Di sini, anak-anak anda boleh merasai pengalaman belajar sains dengan penuh keseronokan. 


  1. Sky Bridge KLCC: Jambatan atau SkyBridge KLCC ini membolehkan anda merasai pengalaman berada di jambatan penghubung Menara Berkembar Petronas KLCC yang terletak di tingkat 41 & 42. Kemudian, anda boleh  naik ke tingkat 86 untuk ke observation deck bagi melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. 


  1. Taman Tema Sunway Lagoon: Sunway Lagoon merupakan taman tema air yang dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan dan juga kawasan rekreasi khusus untuk aktiviti keluarga.



Untuk merasai pengalaman menginap di hotel mewah sekitar Kuala Lumpur, anda boleh buat tempahan melalui Traveloka dan nikmati pengalaman percutian terbaik anda. Untuk mendapatkan tawaran hebat, jangan lupa buat tempahan awal okay!

My Ping in TotalPing.com