Ahad, 30 Oktober 2022

Semak Lokasi Mengundi

Semak Lokasi Mengundi | Ok, dah tahu dah lokasi mengundi PRU 15 tu nanti. Masih lokasi yang sama pada PRU 14 yang lalu. Cuma adakah masih sorang lagi menbuang undi dekat sana?? Itu tak confirm lagi. Nak kena semak, check untuk orang lain juga ni.


Ehhh korang pun tak semak lagi ke?? Ooo.. tak tau tersenarai atau tak dalam senarai yang layak mengundi. Ok-ok tak pe. Korang boleh semak dekat >> SINI << Pastikan maklumat betul ye



Semak Lokasi Mengundi

Cara semak lokasi mengundi 

Klik pautan ini https://mysprsemak.spr.gov.my/

Semak Lokasi Mengundi

Pilih Semak Daftar Pemilih

Masukkan no.kad pengenalan & Captcha

Semak Lokasi Mengundi

Paparan maklumat akan dipaparkan


Semak lokasi yang dipaparkan dengan lokasi di pdf untuk mengetahui lokasi tempat tersebut.



Semak Lokasi Mengundi Mengikut Dun


Sebelum tibanya hari mengundi 19 November 2022 tu, macam biasa ada beberapa perkara yang perlu diambilkira dan dikemaskini. Nanti tiadalah haru biru dan kalut bagai bila menjelang hari tu.

Pastikan dokumen diri dibawa bersama semasa mengundi aka menbuang undi. 

Kenapa membuang undi ye ?? Siapa ada jawapan..jawab²


Benda yang paling penting bila PRU ni, pastikan kita kenalpasti siapa calon yang akan berkhidmat di kawasan kita tu. Takdelah menyesal dikemudian hari. Nak tunggu 5 tahun pula tu nak mengubah bukan satu jangkamasa yang pendek. Boleh tungang terbalik jugalah kan. Jadi buatlah pilihan dengan bijak.


Oklah nak sambung semak lokasi mengundi kejap ye.


Update **

Ehhh ehhhh sekarang auto ia keluar lokasi tempat kita mengundi tau ! Guna phone je taak perlu nak cari-cari dah lokasi dekat pdf tu. 

Klik https://mysprsemak.spr.gov.my/ kemudian pilih Semak Daftar Pemilih 

Tak pun direct pilih Semak Daftar Pemilih


PRU 15, Semak Lokasi Mengundi, Tempat Mengundi




3 ulasan

  1. Dah semak cuma tak dapat balik mengundi.. Kos nak balik je pun nak sampai 1k huhu

    BalasPadam
  2. ala.. mama tak sempat nak tukar address

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.