Hii assalamualaikum dan selamat tengahari korang. Apa cerita, sihat ke?? Lamanya kita tak bersiaran dari sini. Kali terakhir rasanya sebelum Majlis APC hari tu. Lepas tu 😒😒😒
Bersawang dah blog kita ni.. mau berhabuk juga kalau terus dibiarkan camni. Sebenarnya kita ada aje cumanya mood berblog itu aje ke laut dalam. Jenuh nak timbulkan semula. Tapi sempatlah kita jadi silent reader satu dua blog tu. Biasalah sambil-sambil nak dapatkan rentak dan idea berblog semula katakan. Idea dah ada tapi mood mengarang pula tenggelam. So nak buat camner. Ikutkan ajelah 🤭🤭
Sekarang ni kita tengah enjoy layan sinetron Indonesia, Takdir Cinta Yang Kupilih. Lakonan Randy Pangalila, Jonathan Frizzy, Dinda Kirara dan Alisa Rininta. Sebelum ini tengok dekat youtube je tapi sekarang dah beralih ke vidio dah 😍😍
Sinopsis | Takdir Cinta Yang KuPilih Lakonan Randy Pangalila, Jonathan Frizzy, Alisa Rininta, Dinda Kirara
Sinopsis Takdir Cinta Yang Kupilih (TCYK)
Mengisahkan Novia (Alisa Rininta) yang sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai seorang chef di hotel terkemuka di Bali dan menjadi seorang guru di Kinder School, Jakarta semata-mata ingin berbakti kepada kedua ibubapanya. Dia berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya yang juga merupakan anak sahabat baik kedua ibubapanya. Dia yang dipadankan pertama kali selepas bertemu Hakim (Jonathan Frizzy) telah memilih berkahwin tanpa cinta. Mengharapkan cinta akan berputik diantara mereka selepas kahwin tetapi tanpa disedarinya Hakim telah memintanya menandatangani persetujuan perjanjian terlebih dahulu bagi membataskan perhubungan mereka sebelum berputiknya cinta di hati diantara mereka.
Walaupun sedih dan terkilan, Novia berjanji akan berusaha mencintai suaminya, menjadi isteri yang baik, yang taat serta memahami kesibukan dan suaminya berkerja. Dan sememangnya Hakim seorang yang hard working ! Masanya banyak dihabiskan di pejabat sehinga larut malam. Kesian Novia .
Kehadiran Tammy (Dinda Kirara) yang menumpang di rumahnya sedikit sebanyak menceriakan harinya. Tammy merupakan kawan baiknya semasa di rumah kebajikan. Tanpa disedari, terjadi sesuatu perkara yang tidak sepatutnya diantara Tammy dengan suaminya tanpa sengaja. Angkara mabuk dan apabila kedua-duanya sedar, mereka cuba untuk menidakkan apa yang sebenarnya telah berlaku.
Tidak mahu terus dihantui rasa bersalah dan risau akan melukakan hati Novia sekiranya perkara yang tidak disengajakan itu diketahui. Baik Tammy ataupun Hakim, mereka berusaha menjarakkan diri. Tammy mengambil keputusan keluar dari rumah Novia dan menyewa di luar walaupun dihalang oleh Novia. Tapi lain pula pada Hakim, tanpa sedar semakin memberi perhatian dan memdekati Tammy. Ini menyebabkan Tammy bertambah rasa bersalah dan kurang senang kerana mereka seringkali berselisih dan dibantu oleh Hakim di saat memerlukan.
Walaupun telah meminta Hakim menjauhi dirinya serta berpura-pura tidak mengenali sekiranya bertemu ianya tidak berhasil memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama.
Setiap kali Tammy berusaha menjauhi seringkali mereka bertemu dan berselisih diantara satu sama lain. Begitu juga novia dengan jefri. Keprihatinan dan kedekatan hakim terhadap Tammy semakin bertambah setelah mengetahui Tammy mengandung. Untuk keselesaan Tammy, dia turut menyewakan rumah yang Tamny diami tanpa pengetahuan Tammy sebenarnya. Sebenarnya Hakim telah jatuh cinta pada Tammy. Hatinya telah terdetik pertama kali melihat Tammy dirumahnya. Itu yang menyebabkan dia bertindak melindungi sahabat baik isterinya itu.
Walau bagaimanapun, perhatian dan keprihatinan Hakim terhadap Tammy kerap kali disedari oleh Jeffri (Randy Pangalila) yang menyebabkan Jeffri mencari jawapan disebalik semua tindakan Hakim termasuk sanggup berkorban untuk Tammy. Ini menyebabkan Hakim risau sekiranya Jeffri membongkarkan rahsianya. Dia turut tidak membenarkan isterinya menerima tawaran pekerjaan sebagai chef di VSTv setelah mengetahui siapa pemiliknya walaupun pada mulanya dia telah mengizinkannya.
Sebenarnya Jeffri ini seorang yang baik. Dia juga mempunyai perasaan terhadap Novia sebelum Novia berkahwin lagi, masa pertama kali dia berjumpa semula Novia di Bali awalnya dia cuma ingin membantu memenuhi keinginan Novia yang yatim piatu. Sentiasa ada walaupun Novia telah berkahwin. Dia mempunyai seorang anak saudara, Bryan yang sangat manja dan merupakan pelajar Novia sendiri.
Seperti mana Hakim ada disaat Tammy memerlukan begitu jugalah dia. Bezanya setiap pertolongannya itu disebalik topeng orang lain. Dia berusaha memenuhi keinginan dan membantu Novia. Tetapi sebenarnya disebalik semuanya bantuan dan pertolonganya itu, tersembunyi rahsia besar. Dialah sebenarnya penyebab kematian bapa kandung Novia 18 tahun lalu dalam satu kemalangan. Rasa bersalahnya menginginkan dia bertanggungjawab tetapi disebabkan bapanya dia terpaksa menurut untuk menjaga nama baik keluarga. Bermula dari situ, dia selalu mengikuti novia..berusaha memenuhi keinginan untuk menebus rasa bersalahnya.
Mengharapkan supaya kebenaran mampu dilahirkan sendiri dibibirnya.
Walaupun pelbagai cara telah di lakukan untuk membantu Novia. Dia tetap merasakan ianya tidak sepadan dengan apa yang telah terjadi. Dia bertambah resah apabila diancam bekas pemandu ayahnya, En. Samsul yang telah keluar penjara (mengaku bersalah bagi pihaknya 18 tahun dulu) akan menbongkarkan rahsianya yang sebenarnya.
Tidak mahu kebenaran terbongkar melalui orang lain, dia memasang strategik dengan menawarkan jawatan chef dengan gaji yang cukup lumayan dan masa yang fleksibal untuk menjauhkan novia dari En. Samsul yang juga merupakan penjaga kepada salah seorang pelajar Novia, Kinara. Walaupun Novia betul-betul berminat dengan tawaran itu, dia terpaksa melupakannya kerana suaminya tiba-tiba berubah fikiran.
Best sintron ini tau. Lain dari yang lain. Jeffri walaupun telah memgetahui novia telah berkahwin sentiasa ada disampingnya. Sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan Novia selamat, tidak menghadapi sebarang masalah apatah lagi bersedih. Rupanya dia jugalah yang membantu Novia memiliki keluarga angkat yang sempurna selepas yatim piatu. Mencadangkan namanya sekaligus meminta ustaz mencarikan keluarga angkat yang baik untuknya.
Tammy pula memang seorang sahabat yang baik. Tak sanggup meluahkan perkara sebenar semata-mata akan melukakan hati sahabatnya cumanya ialah benda nak jadi. Nak patah balik tak boleh dah.. bertambah parah, bila disahkan mengandung. Nak elak dari terus didekati Hakim yang telah jatuh cinta padanya, dia terima je pelawaan Ikhsan.
Kemudian dia putus dengan Ikhsan sebab tidak mahu Ikhsan terus mengharap dan salah faham dengan hubungan mereka. Dia berhenti kerja dan berkerja di tempat Ben (Benjamin) bekerja tanpa mengetahui syarikat itu sebenarnya milik Jeffri. Pendek kata pusing-pusing jumpa orang yang sama je.
Dah namanya cerita, mesti Novia akan tahu juga semuanya dan agaknya macamanalah Jeffri nak handle tu bila Novia juga tahu sebenarnya dia yang menjadi penyebab kematian ayahnya. Nak jadi penawar tapi hakikatnya dialah racun berbisa awalnya. Dapatkah Novia memaafkan dia dan redha terima takdir hidupnya. Kena tengok sampai habis la.
Sebenarnya suka tengok scene Jeffri itu je. Curi-curi pandang.. diam-diam memerhati dan menyembunyikan rahsia hati. Macam sweet sangat.