McDonald's Malaysia membayar zakat korporat RM200,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Julai 30, 2022
Hii, selamat hari raya korang. Tak terlambat lagi rasanya walaupun dah nyata-nyata hari ini dah berapa haribulan. Semua dah masuk kerja semula selepas pulang beraya dekat kampung minggu lepas. 

Alhamdulillah, ada rezeki lebih nampaknya tahun ini. Dapatlah sama-sama melaksanakan ibadah korban. Seronok sebenarnya bila kita sendiri berpeluang turut melaksanakannya. Bertambah seronok saat pengagihan daging tu dilakukan dari satu rumah ke satu rumah. In Shaa Allah, semoga diberi peluang lagi melaksanakannya di masa hadapan. aamiin. 

Zakat Perniagaan

Dah lama sebenarnya tak join mana-mana event ! Minggu lepas berpeluang join event McDonald's bersama team blogger lain di Kubang Kerian. Sebenarnya kita pun tak tau McDonald's dah ada cawangan baru dekat Kubang Kerian ni. Kiranya ini first time la singgah McD yang baru beroperasi Mac hari tu. Lokasinya memang cukup strategik..berhampiran jalan besar dan berdekatan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.  


Kalau tak silap akan ada 5 cawangan McDonald's lagi yang akan di buka dekat Kelantan. Wahh bertambah maju, semua tempat ada cawangan masing-masing. Memang terbaik. Lepas ini tak perlu susah-susah nak fikir McD kat mana lagi ada. Peluang pekerjaan pun semakin banyak dan terbuka luas.  

McDonald's Malaysia membayar zakat korporat RM200,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 

Dalam majlis pembayaran zakat korporat dan sumbangan korban baru ini, McDonald's Malaysia telah membayar zakat korporat berjumlah RM200,00 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Ini merupakan nilai tertinggi yang dibayar kepada Negeri Kelantan sejak McDonald's Malaysia mula membayar zakat korporat sejak diambil alih Lionhorn PTE Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada tahun 2017. Ianya telah diserahkan sendiri oleh Dato' Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz sebagai penerima sumbangan zakat korporat McDonald's Malaysia.  

Sehingga tahun ini McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM 9.85 juta kepada negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak ianya mula membayar zakat 6 tahun lalu.  

Peluang Pekerjaan Seluruh Kelantan

Laksanakan ibadah korban dan agihkan daging korban kepada keluarga asnaf 

McDonald's Malaysia turut menyumbangkan 22 ekor lembu di beberapa negeri sebagai ibadah korban tahun ini. 12 ekor darinya di khususkan untuk Negeri Kelantan, kiranya yang terbanyak setakat ini dan pembahagian dagingnya telah diagihkan kepada golongan asnaf telah dikenalpasti oleh MAIK.  

Sumbangan Daging Korban


Sumbangan Daging Korban Duit Raya

Dan dalam majlis ini juga, McDonald's Malaysia turut meraikan dan mengagihkan daging korban dan sumbangan duit raya kepada keluarga asnaf yang telah dikenalpasti.  

Alhamdulillah, terima kasih McDonald's Malaysia. Semoga bertambah-tambah maju lagi perniagaannya dan semoga dapat membantu lebih ramai lagi warga Kelantan setempat. Aamiin 


12 keluarga asnaf yang menerima sumbangan McDonald Malaysia


Kerjasama JAKIM dan Halal Development Corporation 

Selain membayar zakat, McDonald's Malaysia sebenarnya turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Development Corporation untuk terus mendukung komitmen halal dan melibatkan diri dalam aktiviti halal dalam semua aspek perniagaan serta terlibat secara aktif dalam pelbagai program halal termasuk Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), HALFEST dan World Halal Conference. 

       

Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com