Sinopsis Nusyuz Berkiblat Cinta Astro Ria Lakonan Hebat Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar & Shaza Bae

April 16, 2022

Ushh baru 2 episode layan drama siri Nusyuz Berkiblat Cinta arahan Hadith Omar ni. Ada lagi 5 episode.. agaknya macamanalah sambungannya lepas ni. Memang boleh bikin stress la.


Mula ditayangkan 3 April hari tu di Astro Ria. Apapun nasib baik ada juga dekat YouTube. Memang tak sempat tengok dekat tv kita tengok dekat situ je 🤭🤭..


Sinopsis Drama Nusyuz Berkiblat Cinta Astro Ria Lakonan Hebat Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar & Shaza Bae

Siri mini drama Nusyuy berkilat cinta ini mengisahkan kes penderaan, penindasan dan keganasan rumah tangan yang melibatkan dua pasangan suami isteri dalam situasi yang berbeza tetapi permasalahan yang sama, Adam dan Hawa serta Erfhan (Nadhir Nasar) dan Safiana. Sorang psiko dan seorang lagi baik. Sayang punya pasal sabar ajelah.


Ok, Apabila Hawa (Emma Maembong) mendapat tahu yang kawannya, Safiana (Shaza Bae) menjadi mangsa keganasan rumah tangga dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya supaya dia tidak menjadi mangsa dera. 

Jadi sebelum berkahwin dia telah menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam (Fikry Ibrahim). Disebabkan Adam tidak dapat menyempurnakan 7 syarat yang diberikan ialah dalam masa 4 bulan macam-macam nak. Hantaran 80K tak boleh buat loan pula tu. Dengan majlis nak buat hotel 5 star !! 3 sekali tu.. tak daya jugalah Si Adam tu kan dan terasa geram dengan sindiran kakak si Adam kepadanya, dia kembali mengenakan 3 syarat lain kepada Adam sebagai tanda kesungguhan Adam untuk milikinya dan juga syarat untuk dia setuju percepatkan majlis diorang.


Aiii macam-macam si Hawa tu. Kesian family Adam. Walaupun tak setuju dan terkilan, nak tak nak terpaksalah mereka menerima keputusan yang telah dibuat. 


"Behenti kerja, cari kerja yang lagi better or kerja je dengan dia. Jual rumah yang diduduki keluarganya dan cari rumah lain untuk diorang - rumah idamannya. Then namakan rumah tu dengan namanya juga ! "


Rentetan kelewatan Adam menghadiri majlis perkahwinan mereka, sebenarnya ayah si hawa dah minta dah si Adam untuk membatalkan perkahwinan ni. Itu yang Si Adam lewat tu, dia konpius bercampur panik ! Taktau nak buat keputusan apa .. Hawa kembali mengenakan lagi syarat sekiranya ingin dia meneruskan perkahwinan sehingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya. 


Tanpa disedari, Adam akhirnya dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Tapi malangnya, keadaan masih tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. 


Yang ni satu kes juga..sayang sangat dekat laki dia tu. Betullah, tak sanggup nak bawa kesnya ke makahmah. Terima ajelah apa laki dia nak buat kononnya nak bagi peluang..nak jadi isteri solehah, taat pada suami. Memang boleh stress kita yang nengoknya pun.


Apapun-apapun, agak-agaknya Adam dan Safiana akan terus kekal ke dalam perkahwinan diorang tu? Dan adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik? Setakat ini belum lagilah kan.

Sama-samalah kita tengok macamana kesudahannya nanti ✌


Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. x koser nak tgk citer ni. kat TT pun duk lalu kat fyp, akak klik 'not interested'. haha. tgk sedutan sikit-sikit tu pun bikin stress..malas lah nak layan drama yg bgi stress-stress ni wpun byk pengajaran cerita ni.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com