Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman | cabaran bisnes selepas pandemik dan 2022

Februari 12, 2022

Menginjak ke tahun 2022 bukanlah sesuatu yang mudah buat kita semua. Setelah hampir 2 tahun pandemik covid-19 melanda negara, banyak benda yang sudah berubah. Bukan sekadar kita terpaksa membiasakan diri memakai topeng muka untuk menjalani kehidupan dalam normal baru tetapi kita terpaksa menerima hakikat kekurangan dan kenaikan harga barang. Dari satu barang ke satu barang. Dan sekarang ini kecoh pasal bekalan dan harga telur dan ayam. 

Adoiii Stress memang stress! Memang terasa sangat. Kononnya nak berjimat jarang-jarang keluar beli barang tapi nampaknya tinggal niat ajelah. Kadang-kadang tu bukan kadang-kadang dah kot tapi terpaksa fikir panjang untuk membeli satu persatu barangan keperluan pun. Memang nak kena buat kira-kira beberapa kali. Tapi rasanya bukan ciktie seorang aje yang rasa camni , tapi ramai lagi yang turut merasainya di luar sana. 

Agaknya sampai bilakah ianya ini akan berlanjutan camni kan? 


Tapi... bukan itu yang kita nak kongsikan kali ni. 


Ini dia >>10 Cabaran Bisnes Live Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman << hanya melalui saluran telegram RichWorks


Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman | cabaran bisnes selepas pandemik dan 2022

Haa sesiapa yang ada bisnes ataupun baru nak berjinak-jinak memulakan bisnes ni memang patut sangat join program ni. Selain untuk mengetahui apakah itu " Cabaran Bisnes Selepas Pandemik ! " ia juga dapat membantu mengukuhkan lagi semangat dalaman kita supaya tidak mudah rapuh dan terus utuh untuk terus bersaing. Ciktie pun tak sabar sebenarnya nak sama-sama join program ni nanti. 


Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022


Datuk Wira Dr Azizan Osman 

Siapa yang tak kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman ni. Rasanya ramai yang pernah dengar dan cukup familiar terutamanya di kalangan usahawan. Pengasas Richworks International Sdn Bhd ini merupakan seorang motivator yang mampu menbangkitkan semangat / perubahan positif dalam diri seseorang. 

Memulakan karier secara sederhana dan kini beliau diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia International Coach Guild (ICG). Sehingga kini, beliau telah banyak membantu melahirkan ramai usahawan melalui program anjuran syarikat yang diterajuinya, RichWorks.


RichWorks ! 

Ok entry sebelum ini pun ciktie ada share mengenainya 

RichWorks ataupun RichWorks International yang ditubuhkan 13 Jun 2008 merupakan sebuah syarikat penganjur seminar keusahawanan terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai kepakarannya dalam industri latihan keusahawanan merangkumi pemasaran, jualan, Perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi, perniagaan, Pengurusan Sumber serta kepimpinan ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan turut memecah rekod menghasilkan paling ramai usahawan berjaya di Malaysia. 


Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah!! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang! 

Ok, ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi.

Banyak perkara yang saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya, sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang yang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk semua ada kesedaran bukan mudah terutama mereka yang sedang jalankan bisnes pada tahun ini. 

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa yang perlu dibuat, selain tak pandai mengenai pemasaran. Saya juga sedar sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah apatah lagi bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? 


Dan buat pertama kalinya Datuk Wira Dr Azizan tidak tahu memberikan jawapan apa kepada soalan tu. Tapi beliau sedar sekiranya mereka yang mempunyai bisnes ketika ini dan terus kekal melakukan perkara yang sama seperti biasa, maka bisnes orang itu akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja secara agresif seperti sebelum ini. Jika kita masih kekal dengan usaha normal, maka ia akan mati dan jika kekal kecil ia juga akan pupus. 


Cabaran Bisnes Selepas Pandemik 2022


Ujarnya lagi, sebagai Titanium di bawah bimbingannya, tak bersyukur jika seseorang itu tidak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. Beliau turut mengulangi pasaran kini perlahan dan orang ramai lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau kita terlalu pelahan  dari pasaran maka kita juga akan 'mati'. 


Hargai apa yang kita ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika kita sendiri terpaksa memulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, kita sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka kita perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, kita akan ketinggalan. 


Jadi, jangan ketinggalan bersama dengan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam sesi live yang akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini. 

Tak join memang rugi..

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi

Saluran :  Telegram Azizan Osman Official 

 



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Perkongsian yg bukan calang-calang dari dr azizan. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang ni kan

    BalasPadam
  2. terbaik sesi dr azizan, boleh tgk next session pula nanti

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com