Betul ke dah ambil suntikan dos booster ??

Februari 01, 2022

Bismilahirahmanirohim

Hii.. assalamualaikum semua. Lamanya kita tak bersiaran dekat sini. Hampir 2 bulan dah kot gara-gara penangan tak sihat penghujung tahun lalu bawa ke awal tahun ni. Boleh dikatakan lama jugalah ambil cuti hari tu. Kebetulan pula banyak cuti yang akan burn. Dari hangus macam tu baik guna. So, 2 in 1 ajelah terus.


Betul ke dah ambil suntikan dos booster ??

Alhamdulillah, dah hampir seminggu dah rasanya kita terima suntikan booster (dos penggalak). Nasib baik tak ada apa-apa yang teruk berlaku berbanding dos pertama dan ke-dua sebelum ini. Cuma kali ni terasa bengkak dekat tempat suntikan dan lenguh-lenguh tangan ajelah. Yang bengkak tu memang terasa terus la sebaik kena cucuk. Yang lenguh-lenguh tu ambil masa sikit. Tapi tak lama la dalam sehari dua camtu je. Itupun disebabkan nasihat doktor suruh makan ubat terus sesampai je kat rumah gara-gara dos ke-2 sebelum ni dah k.o kan. 


>>Pengalaman Terima Suntikan Vaksin Dos Ke-2 Vaksin Pfizer <<


Apapun malam pertama selepas kena cucuk tu memang tak selesa betul nak tidur. Tak boleh nak terbalikkan badan.


Lambat Cucuk Booster 

Walk In | Triple Pfizer 

Kali inipun kita terima vaksin pfizer. Kiranya triple pfizer (Dose Booster Pfizer) la cuma yang bezanya ini first time cucuk vaksin dekat klinik swasta. Sebenarnya bukan taknak join member office drive-thru terima sama-sama hari tu di Kok Lanas. Cumanya ketika itu tak dapat nak pergi. Masih lagi tak berapa nak sihat. Kena pula tak cukup tidur, tak daya rasanya nak drive ka sana. 


Booster | Hubungi dan tetapkan temujanji dahulu 

Oohh ya lupa pula nak bagitau, untuk dapatkan suntikan dos booster dekat mana-mana klinik swasta tu kita kena buat temujanji dulu yer. Jangan main serang je..nanti kalau terus pergi je dibuatnya kat sana tak sediakan perkhidmatan vaksin booster ataupun untuk suntikan dos booster dah ditetapkan hari-harinya kan lagi susah. Kena datang lagi sekali. 


Tapi ok jugalah cucuk vaksin dekat klinik swasta tu, layanan diorang pun baik, mesra, kita pun tak perlu nak menunggu lama ataupun pergi jauh-jauh. Walk-in je terus, lagi mudah. Dekat pun dekat ! Lepas isi borang di kaunter, tunggu diorang panggil panggil ajelah.


Sebelum kita terima suntikan tu pula, doktor akan check tekanan darah kita, oksigen dalam badan pula macamana untuk membolehkan kita betul-betul sihat terima suntikan booster ni. 



Kalau ikutkan siapa tak risau bila macam-macam cerita dan macam-macam benda yang tak berapa baik kita dengar tentang vaksin booster ni. Sampaikan my mom pun kalau boleh kita taknak bagi dia terima vaksin ni. Tapi bila dah terima tarikh dan dia sendiri pun dah beria nak terima, nak buat macamana lagi kan. 


Kesan sampingan vaksin

Kesan dose booster (dos penggalak)

Lain orang lain kesannya. Bila tengok mak-mak saudara dan my mom sendiri yang dah terima ok je, sedikit sebanyak ia melegakan hati untuk terima juga la. Tak dinafikan ada juga dikalangan kawan-kawan yang mempunyai kesan lain dan tak kurang ada juga kesannya biasa-biasa je macam dos pertama.

Kesan Booster


Antara kesan dos booster yang biasa ditemui

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Lenguh-lenguh 
  • Sakit pinggang 
  • Sakit di bahagia ketiak
  • Mengantuk 
  • Lemau a.k.a letih a.k.a tidak semangat (terasa malas)
  • Badan terasa panas tapi bukan demam
  • Bertambah selera makan
  • Degupan jantung dan rasa berdebar lebih kuat 

Jarak Masa Booster (Dos Penggalak)

Oo.. memang dah dipendekkan yer. Jika sebelum ni yang kita tahu jarak masa untuk membolehkan kita terima booster antara dos ke-2 tu, 6 bulan untuk pfizer dan 4 bulan untuk sinovac.

Jarak dos ke-2 dengan booster


Sahut saranan hentikan penularan pandemik 

Macam-macam benda dan perkara yang berlaku sekarang ini. Makin rancak dan hangat diperkatakan. Sedikit sebanyak ia terkesan juga di hati tapi.. tak kisahlah siapa nak cucuk siapa tak nak cucuk. Tak usah gaduh-gaduh tak perlu nak bertelingkah. Kata mengata sesama sendiri. Badan kita.. kita sendiri yang tanggung. 


Kalau nak boleh terus walk-in mana-mana klinik premier yang terpilih jika tarikh temujanji tak keluar dekat mysejahtera lagi la. Taknak diam-diam sudah la sementara ianya tidak diwajibkan lagi ni. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar semampu yang boleh terutamanya menyahut saranan untuk menghentikan penularan pandemik ini. Selebihnya kita hanya bertawakal kepada-Nya supaya usaha kita tidak sia-sia. 


In Shaa Allah, aamiin


Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com