Hello November

November 04, 2021

Malu-malu aje nampaknya cik matahari menampakkan diri awal pagi tadi. Setelah beberapa hari memberi peluang kepada cik mendung..cik hujan membasahi bumi. Hari ini nampaknya dia kembali mengambil alih. Alhamdulillah, sampai ke petang juga panasnya hari ni walaupun macam malu-malu je nak menampakkan diri kan.


Hello November

Tak sihat 

Penangan musim terkujuh dah kot ni hehe takdalah angin musim terkujuh ni best cumanya kita ajelah yang tak tahan sejuk. Gara-gara terajin mengemas bilik cuti umum Maulidul rasul hari tu ditambah pula anak tekak teringin nak makan nenas. Haa jawabnya dah 4 hari dah masih tak sihat lagi. Mula-mula tu cuma sakit tekak je pastu bawa ke batuk terus demam dan sekarang ni selsema pula. Yang selsema ni memang ambil masa sikit. Dah berhari-hari still k.o lagi. Risau jugalah sebabnya majoriti sekarang ni ramai yang tak sihat. Batuk, selsema dan demam tapi harapnya mereka-mereka sekeliling kita ni antibodi masing-masing kuatlah yer. 


Nampak gayanya permulaan dan pengakhiran minggu ni kena juga ambil cuti. Tak daya asyik bersin dan selsema aje camni. Kita rest ajelah dulu..dah betul-betul ok baru boleh masuk semula. Dah lama sihat sesekali nikmat sakit diberikan. Camnilah kan 🤧🤧


Musim tengkujuh 

Dah bermula dah musim terkujuh di pantai timur. Macam biasa apabila dah hujung tahun camni. Kita sentiasa diingatkan supaya berhati-hati dan berwaspada terutamanya mereka-mereka yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai. Tapi sebelum ini pun kita telah dikejutkan dengan kejadian kepala air di Pekan Yan, kaki gunung jerai, Kedah dan banjir kilat di Melaka tu. Takziah kepada semua mangsa yang terlibat dan takziah juga buat keluarga arwah bomba tu. Sedih tengok video dan baca berita mengenai kehilangan camni. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman. Aamiin


Apa-apapun,   dimana-mana sahaja kita berada diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Semoga kejadian yang tak diingini dapat dielakkan. In Shaa Allah. 


Musim tengkujuh pantai timur

Hmm.. nampaknya dah kering dah kain kita diampaian bawah ni. Boleh dah slow-slow ambil ni sebelum jatuh ke tanah ditiup angin.















Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. gws ciktie, mmg musim org tak sihat sekarang

    BalasPadam
  2. Permulaan november cuaca tak menentu. Kesihatan pun kena tempiasnya juga. Semoga cepat baik..Aaminn...

    BalasPadam
  3. lagi beberapa hari nak masuk december dah

    BalasPadam
  4. Kena siap siaga skrg ni sbb ramalan kaji cuaca kata akhir thn ni akan banjir d kelate.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com