Sekejapnya masa berlalu ! Dah penghujung bulan Oktober dah kita. Orang lain hello Oktober awal-awal bulan lagi, kitanya dah hujung-hujung baru nak hello. Apapun sekarang dah musim LNPT dah bagi semua penjawat awam di Malaysia.
Hello Oktober
Musim Markah LNPT - Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
Maksud lnpt ?? Agak-agak berapalah 1st dan 2nd boss nak bagi markah tuk prestasi tahun ni yer? Banyak tak drop dari tahun lepas. Ialah yang pertama sebab BDR kan. Lebih banyak habiskan masa berada dekat rumah berbanding office hehe walaupun terpaksa hadap macam-macam, ku sanggup je janji dapat Bdr kan 😚😚 tapi rasanya bukan ciktie sorang aje yang sanggup ni..korang pun sama kan 🤭🤭 Kadang-kadang tu masa kerja pun tak menentu, ada tu dah masuk tengahari ataupun lewat petang baru nak mula. Tak kurang juga yang mula malam. Alhamdulillah, walaupun kerja mampu disiapkan tapi selalu jugalah nak cecah dateline! Macam dah nyawa-nyawa ikan dah pula bila mengingatkan tu. Minta nyawa..minta nyawa 😰😰 ialah bukan semua maklumat kita ada. Macam korang jugalah..kena minta dengan orang lain juga. So, sama-samalah kita memahami dan bawa bersabar.
Lnpt hrmis .. markah lnpt !
Kategori pemarkahan Nilaian Prestasi Tahunan (SKT & LNPT)
Istilah Tolak kerja
Sebenarnya tak pernah wujud pun istilah tolak kerja dalam kamus diri ni kecualilah kerja-kerja kat rumah ni ajelah ! Ialah kita buat apa yang kita suka kot. Macam korang juga prinsip kita mudah je. Orang bagi kita ambil..orang tak bagi kita cari. Orang tanya kita jawab..orang minta tolong kita tolong. So, takde isu pun cuma itulah ada sedikit risiko yang kena terima apabila bekerja secara bergilir camni. Terpaksa sentiasa bekerja kejar masa alahhh sebenarnya bukan tak biasa pun kan terasa macam tak cukup tangan camni cuma bezanya tahun ni ada bdr aje. Jadi ketara sangat kot orang nampak 🙈🙈
Tapi sekarang alhamdulillah semua dah ok dah. Yang mana ter-sub kepada orang lain tu dah boleh patah balik dah! Kesian juga member sorang tu terpaksa take over kerja kita sekejap ni..kerja dia pun bertimbung atas meja tu. Apapun sebenarnya kita kena selalu fikir positif. Kalau terasa kita penat..kita stress ada lagi yang lagi stress lagi penat dari kita. Macam suka pula dengan prinsip askar hari tu. Jangan stress..rilek je.. tapi kalau dah silap, k.o jugalah kita jadinya nak rilek..nak cool camne kan 😂😂 dah sah-sah gelabah habis dah. Apapun macam yang selalu my mom dan officemate bagitau la orang bagi sebab dia yakin dan percaya dekat kita. So, cuba yang terbaik, jangan fikir negatif. Tengok, sekarang semua dah back to normal dah.
Rentas Negeri Berkumpul Bersama Tersayang
Lagi 2 bulan dah habis dah tahun ni. Cepatnya kan..dalam kita tak sedar, masing-masing seronok dapat BDR. Tapi lagi seronok kalau dapat sampai hujung tahun ni 😘😘. Benda yang kita tak pernah rasa sebelum ni..samalah juga macam terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Sejak dah boleh rentas negeri hari tu, peluang kembali berkumpul bersama tersayang di kampung halaman telahpun berjaya direalisasikan. Haa inipun dengar kata masih ada yang dalam perjalanan balik kampung. Hati-hati korang, selamat kembali dan selamat bercuti. Jangan lupa jaga jarak, sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan demi orang-orang yang kita sayang!
Buat sesiapa yang sedang kuarantin samada menjadi kontak rapat ataupun disahkan positif covid-19, sabar dan kuatkan semangat. Fikirkan yang baik-baik je. In Shaa Allah, semoga semua dapat melepasi tahap kritikal masing-masing dan semoga semuanya akan ok seperti sediakala semula. Aamiin
Selamat Pengantin Baru
Dan buat satu-satunya my bro, congrats ! Telah selamat melangsungkan perkahwinan dalam musim PKP hari tu. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin
Oklah sampai sini dulu. Nanti kita update lagi yer 😚😚
bru je hntar prestasi tahunan.. arapnya mrkah naik skit dr tahun lepas.. haha..
BalasPadamDah nak byebye Oct dah ni..
BalasPadamhelloe oktober, hi november
BalasPadamKak Feni pun berjaya rentas negeri hujung bulan Oktober sebab cuti baru lulus. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
BalasPadamistilah delegate kerja tu adalah.. kalau dh banyak sgt keje baik delegate sket kat member2 lain kan
BalasPadam