Solitaire.org | Website Game Mengimbau Kenangan Dulu-Dulu ?? Betul ke

September 20, 2021

Akhirnya berjaya juga clear kan separuh daripada fail yang menimbung bawah meja tempohari ni. Kalau tak alahai dari sehari bawa ke sehari umpama langsung tak tersentuh tapi sekarang dah lenang dah sikit. Dah boleh tarik nafas panjang dah sikit. Dah boleh hora horey semula dah sementara nak clear kan baki fail selebihnya ni. Orang kata kenalah cepat bertindak sebelum benda lain pula yang tiba ni. Kan tak pepasal menimbung lagi la jawabnya.


Bila dah macam ni terasa macam teringin nak main game Zuma yang selalu main dekat HQ dulu la. Itupun curi-curi main dekat komputer member. Komputer kita tak sempat nak install nak-nak pula kedudukan workstation kita tak berapa strategik untuk layan game hikhik. So, layan dekat komputer dia ajelah sementara dia tinggalkan workstation dia sekejap. Kiranya santai-santai taknak stress sangat.


Pernah jugalah simpan game tu dalam pendrive tapi pendrive tu dah tak boleh buka dah. Terkubur camtu ajelah dalam tu tapi baru-baru ni kita tengok ramai yang share tentang game dalam website https://www.solitaire.org/ Macam bestlah pula.

 


Solitaire.org | Website Game Mengimbau Kenangan Dulu-Dulu ?? Betul ke 

Orang kata kalau tak dicuba macamana nak tahu kedudukan sesuatu perkara itu kan. Bila dah cuba haa barulah tahu. Tapi memang betullah. Banyak game mengimbau kenangan dekat Solitaire.org ni. Pelbagai dan macam-macam jenis ada. 

 

Game percuma, tak payah install, tak payah download, tak payah register

Yang bestnya buka je dah boleh main. Tak payah susah-susah nak kena install, nak kena download ataupun register bagai. Iklan pun takda. PERCUMA a.k.a free pula tu. Komputer pun tak adalah berat terutamanya kalau layan candy house tu. Nak main bila-bila pun boleh, tiada batasan masa mahupun medium perkakasnya. Dengan phone pun boleh buka selain tablet ataupun komputer. 


Selain mempunyai puluhan jenis permainan berasaskan Solitaire yang berasaskan kad, website ini juga ada permainan lain tau. Antaranya :- 


3 Pilihan Game Untuk Tenangkan Fikiran 

Jenis permainan Solitaire 

#1 : Solitaire

Kalau nak tahu Solitaire ini sebenarnya sebuah permainan menyusun kad mengikut turutan K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A. 

Tak dinafikan permainan ini memang memerlukan kemahiran berfikir dan kepantasan. Jenuh juga kita nak menyusun ni nak-nak tak berapa nak tahu cara mainnya itu macamana sangat. Dua tiga kali asyik ulang benda yang sama 🙈🙈 walaupun dah pilih jenis Spider Solitaire dan yang paling mudah dalam 3 kategori tu (Easy, Medium, Hard) 


Aishh, kalau tengah stress main permainan yang ni agak-agak makin stress ke macamana ye?? 😄😄 

Mula diperkenalkan pada abad ke-17 di utara Eropah dan ianya cukup popular pada awal kemunculan komputer desktop kerana, ianya sedia dipasang secara percuma pada aplikasi Microsoft Windows

 

#2 : Candy House 

Permainan yang ini memang dah selalu sangat main sebenarnya selain yang Zuma tu. Antara permainan paling santai kot yang ini. Santai-santai pun ada kalanya k.o juga la hikhik.

Cara nak main pun mudah je, kita cuma perlu pecahkan kepingan berkunci dengan mengabungkan 3 atau lebih kepingan warna candy yang sama samada secara menegak ataupun melintang. Anak buah kita pun suka permainan yang ni tau

 


Kalau tak silap ada 50 level semuanya tapi kita baru je mula ni. Nanti kita tengok macamana boleh lepas semua level ataupun tak yer

 

#3 : Garden Secrets Hidden Objects

Cari objek yang tersembunyi ! Ok jugalah permainan yang ini. Sebenarnya kita memang menyukai permainan camni. Gambarnya pun lawa. Apap yang perlu kita buat, kita hanya perlu mencari 12 objek yang dikehendaki dalam masa yang ditetapkan. Tapi kalau tidak berjaya ia akan ulang semula level tersebut dengan pencarian objek yang berlainan pula. 

 

 

Untuk bantuan pencarian, kita cuma perlu klik butang [?] je. Sebagai balasanya 100 mata akan di tolak dan sekiranya kita tersilap meneka kedudukan objek tersebut, setiap kali tekaan salah 5 saat akan dipotong. Jadi untuk mengelakkannya kena tekan objek tu betul-betul. 


Ok, inilah antara permainan game yang berjaya membuatkan kita rilex tak berapa nak stress. Sebenarnya ada lagi cumanya sekarang tak sempat nak share. Dah nak kena sambung kerja semula dah. Kalau korang permainan mana yang korang suka dan rasa-rasa boleh membantu hilangkan stress sekarang ni. Kalau diikutkan banyak dalam Solitaire.org ni. Kongsilah satu taknak banyak pun. Tapi yang nyata orang kata sekali masuk memang akan ralit a.k.a leka terus la jawabnya. Tak gitu ..

 


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com