Suka sebenar duk usha-usha emas dekat PGMall ni. Cumanya nak beli macam tak berkenan gan harganya tu lagi hikhik biasalah kita ni, macam-macam sikit kan.
Rangkaian E-dagang PGMall
Sepertimana yang kita semua tahu, PGMall merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan no.1 di Malaysia yang paling dikunjungi ramai, dipercayai serta diyakini sejak ditubuhkan tahun 2017 lagi. Buktinya setelah hampir menjangkau 4 tahun penubuhannya, ia telah tersenarai dalam top 3 raking IPrice Insights sebagai laman web e-dagang paling dikunjungi ramai.
Apa yang bestnya PGMall ini ia mengumpulkan banyak kategori produk termasuklah barangan kemas, fesyen, sukan, Automotif dan banyak lagi dalam satu platform. Platform yang dikendalikan oleh PGMall Sdn.Bhd dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd ini beroperasi di bawah model perniagaan Sharing Economy yang unik, dimana ia menghubungkan penjual tempatan dan pembeli di platform, yang menyediakan perkhidmatan bersambung ke banyak logistik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran.
Sertai PGMall | Jual Produk Malaysia Ke China
Jual Produk Tempatan Malaysia Ke China PGMall x JD Worldwide
Ooh ya, korang yang teringin nak menjual dalam PGMall pun boleh tau ! Sama seperti platform lain juga cumanya sekarang ni lagi untung. Ciktie dapat info, produk kita tu boleh dijual terus ke negara China. Biasa kita yang beli barang diorang sekarang diorang pun boleh direct beli barang kita dah.
Kalau nak tahu, sekarang ini PGMall telah melancarkan program Sell To China, ushasamanya dengan JD Worldwide, e-dagang terbesar China! Program ini adalah sebagai satu usaha membantu perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19 yang berterusan. Gabungan ini juga semestinya membolehkan ramai orang terutamanya pengguna dari negara China menikmati lebih banyak produk tempatan Malaysia.
Bagi menyokong ekonomi tempatan, PGMall sebelum ini telah aktif bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk mendorong aktiviti yang menyokong penjual tempatan dan produk melalui kempen PENJANA seperti Kempen E-Dagang Mikro dan PKS,Belanja Malaysia Online (SMO) dan Kementerian Pembelian Barang Malaysia (KBBM).
Sepertimana tagline nya 'Bridging Local to the World', PGMall kini telah dapat menembusi perniagaan tempatan ke pasaran terbesar di dunia - China, melalui kerjasamanya dengan JD Woridwide.
Selain membantu perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19 untuk terus bertahan dan pulih dalam krisis kewangan dengan menawarkan saluran alternatif ke luar negeri, program ini juga melindungi perniagaan mereka daripada ancaman lebih jauh terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) nak-nak pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan bulan Mac tahun lalu dikuatkuasa.
Secara rasminya bertempat di Le Meridien Kuala Lumpur Hotel, pada 27 Januari 2021 yang lalu kedua-dua platform ini telah mengadakan satu upacara maya menandatangani usahasama kedua-dua platform nya.
JD Worldwide
JD.com adalah platform peruncit dalam talian terbesar di China dengan standard tinggi untuk membeli-belah dalam talian melalui komitmennya terhadap kualiti, keaslian, dan penutup produk yang luas semuanya dari makanan dan pakaian hingga elektronik dan kosmetik.
Sell To China
Tidak seperti pasaran online lain yang memasarkan produk dari China, PGMall adalah sebaliknya memasarkan produk tempatan Malaysia ke sana bagi membantu perusahaan kecil (peruncit talian) memperluaskan pasaran mereka. Ia adalah sebagai satu objektif utama untuk membantu perniagaan tempatan berkembang sepenuhnya dan juga membolehkan penjual tempatan mempamerkan dengan bangganya produk buatan Malaysia kepada dunia semasa mereka berkembang dan membina empayar perniagaan yang kukuh.
Program PGMall Sell to China ini turut menyediakan penyelesaian sehenti untuk memenuhi kesemua keperluan penjual termasuklah :
- Perkhidmatan pendaftaran jenama di JD,
- Terjemahan perincian produk ke bahasa Cina,
- Bahan pemasaran dan kempen, serta
- Perkhidmatan pelanggan tempatan.
Dan sehingga kini, PGMall telah berjaya menarik lebih daripada 1 juta pembeli dari lebih 25,000 penjual disertakan dengan sekitar 2 juta produk mulai dari bahan makanan, kecantikan, elektronik, untuk produk gaya hidup. Selain China, PGMall juga sedang memperluaskan lagi platformnya ke Indonesia, pusat e-dagang terbesar di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut mengenai PGMall dan produk atau perkhidmatan lainnya, korang boleh layari
Website : www.pgmall.my
Facebook : www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram : www.instagram.com/pgmall.my
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/
Atau sekiranya korang berminat untuk menyertai program jual-ke-China, boleh mendaftar melalui
>>> https://pgmall.my/JD-Worldwide
#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #shopnew #shoponline #Selltochina #PGMallxJDWorldwide
Selamat bershopping!
BalasPadamKalau dapat tembusi pasaran China memang menguntungkan
BalasPadamwow best ni boleh eksport produk kita ke china
BalasPadamWahhh.. memang terbaiklah. Tahniah pgmall
BalasPadamMenarik juga PGMall ni. Semakin banyak usahasama dan berkembang.
BalasPadamMenarik juga PGMall ni. Semakin banyak usahasama dan berkembang
BalasPadamsyok juga shooping kat pgmall
BalasPadam