Khamis, 16 September 2021

Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia, Vit’s, pengeluar dan pengilang jenama mi kering, mi segera, mi segar Udon dan Ramen serta yang terbaru Mi Segera berperisa Itali, Bolognese, Aglio Olio dan Carbonara ini telah mengambil pelbagai inisiatif murni untuk bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik ini.



Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Wira Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah bersama-sama Sinar Harian untuk menjayakan satu program bagi membantu meringankan beban "Wira Negara" di waktu pandemik ini. Mereka telah berkhidmat kepada negara bagi mempertahankan tanah air dan sewajarnya kita menghargainya. Kolaborasi yang dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia ini turut mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini.


“Terima kasih kerana memberi peluang kepada Vit’s untuk berkerjasama dalam kempen ini. Kami amat berbangga dan terharu kerana dapat berjumpa dengan wira negara yang telah banyak berjasa kepada negara kita. 


“Tanpa jasa mereka (wira negara), kita tidak akan rasai segala kesenangan yang ada di Malaysia kini,”

Lai Yeah Tat


Aktiviti sempena kempen CSR kali ini adalah yang paling bermakna sekali buat Vit’s kerana dengan adanya program seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih mengingati dan menghargai jasa para pejuang yang telah mempertahankan tanah air.


Wira Merdeka


Vit’s turut mengunjungi salah seorang bekas wira negara yang disantuni dalam program ini iaitu Bohari @ Abu Bakar Razali, 62, yang pernah berkhidmat sebagai salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pelbagai kenangan pahit dan manis yang masih segar dalam ingatannya semasa masih bertugas dulu. Nyaris-nyaris beliau menjadi korban peluru semasa melakukan rondaan di kawasan terumbu.


Beliau yang disantuni dalam program Jejak Wira Merdeka  ini menerima bantuan berupa wang ringgit serta bantuan makanan sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanannya sebagai salah seorang anggota tentera laut yang menjaga keamanan negara di kediamannya di Sabak Bernam, Selangor.  


“Dengan keadaan sekarang, saya memang selalu ulang alik ke Hospital Sabak. Sejak lepas pembedahan jantung tiga “bypass” saya selalu kena semput." 

“Nak kena pakai oksigen, bukannya murah. Jadi, terpaksalah ke hospital. Waktu Covid ni, tak berani nak keluar. Hampir setahun duduk di rumah,” ujarnya yang  kini semakin uzur dan menghidap penyakit kencing manis, asma, buah pinggang dan paru-paru kronik. Beliau juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang untuk mengurangkan pergerakan disebabkan faktor kesihatannya ini.


Lai Yaeh Tat turut menyifatkan program Jejak Wira ini amat bermakna bagi memperingati wira-wira yang telah berjuang demi keamanan negara. Vit’s turut mendermakan 400 pek Mi kering kepada Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong Vit’s dari dulu sehingga kini. Ujarnya lagi yang merupakan generasi ke-2 legasi Vit’s.


“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban wira-wira negara di waktu pandemik ini,” ujarnya.


Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman sesawang di www.vitsnoodles.com 

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.