Sertai PGMall | Jual Produk Malaysia Ke China

September 27, 2021 7 Comments
Sertai PGMall | Jual Produk Malaysia Ke China

Suka sebenar duk usha-usha emas dekat PGMall ni. Cumanya nak beli macam tak berkenan gan harganya tu lagi hikhik biasalah kita ni, macam-macam sikit kan.


Rangkaian E-dagang PGMall

Sepertimana yang kita semua tahu, PGMall merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan no.1 di Malaysia yang paling dikunjungi ramai, dipercayai serta diyakini sejak ditubuhkan tahun 2017 lagi. Buktinya setelah hampir menjangkau 4 tahun penubuhannya, ia telah tersenarai dalam top 3 raking IPrice Insights sebagai laman web e-dagang paling dikunjungi ramai.


Apa yang bestnya PGMall ini ia mengumpulkan banyak kategori produk termasuklah barangan kemas, fesyen, sukan, Automotif dan banyak lagi dalam satu platform. Platform yang dikendalikan oleh PGMall Sdn.Bhd dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn Bhd ini beroperasi di bawah model perniagaan Sharing Economy yang unik, dimana ia menghubungkan penjual tempatan dan pembeli di platform, yang menyediakan perkhidmatan bersambung ke banyak logistik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran.


Sertai PGMall | Jual Produk Malaysia Ke China

Jual Produk Tempatan Malaysia Ke China PGMall x JD Worldwide

Ooh ya, korang yang teringin nak menjual dalam PGMall pun boleh tau ! Sama seperti platform lain juga cumanya sekarang ni lagi untung. Ciktie dapat info, produk kita tu boleh dijual terus ke negara China. Biasa kita yang beli barang diorang sekarang diorang pun boleh direct beli barang kita dah.


Kalau nak tahu, sekarang ini PGMall telah melancarkan program Sell To China, ushasamanya dengan JD Worldwide, e-dagang terbesar China! Program ini adalah sebagai satu usaha membantu perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19 yang berterusan. Gabungan ini juga semestinya membolehkan ramai orang terutamanya pengguna dari negara China menikmati lebih banyak produk tempatan Malaysia.


Bagi menyokong ekonomi tempatan, PGMall sebelum ini telah aktif bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk mendorong aktiviti yang menyokong penjual tempatan dan produk melalui kempen PENJANA seperti Kempen E-Dagang Mikro dan PKS,Belanja Malaysia Online (SMO) dan Kementerian Pembelian Barang Malaysia (KBBM).


Sepertimana tagline nya 'Bridging Local to the World', PGMall kini telah dapat menembusi perniagaan tempatan ke pasaran terbesar di dunia - China, melalui kerjasamanya dengan JD Woridwide.


Selain membantu perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik Covid-19 untuk terus bertahan dan pulih dalam krisis kewangan dengan menawarkan saluran alternatif ke luar negeri, program ini juga melindungi perniagaan mereka daripada ancaman lebih jauh terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) nak-nak pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan bulan Mac tahun lalu dikuatkuasa.

Secara rasminya bertempat di Le Meridien Kuala Lumpur Hotel, pada 27 Januari 2021 yang lalu kedua-dua platform ini telah mengadakan satu upacara maya menandatangani usahasama kedua-dua platform nya.

JD Worldwide 

JD.com adalah platform peruncit dalam talian terbesar di China dengan standard tinggi untuk membeli-belah dalam talian melalui komitmennya terhadap kualiti, keaslian, dan penutup produk yang luas semuanya dari makanan dan pakaian hingga elektronik dan kosmetik.


Sell To China

Tidak seperti pasaran online lain yang memasarkan produk dari China, PGMall adalah sebaliknya memasarkan produk tempatan Malaysia ke sana bagi membantu perusahaan kecil (peruncit talian) memperluaskan pasaran mereka. Ia adalah sebagai satu objektif utama untuk membantu perniagaan tempatan berkembang sepenuhnya dan juga membolehkan penjual tempatan mempamerkan dengan bangganya produk buatan Malaysia kepada dunia semasa mereka berkembang dan membina empayar perniagaan yang kukuh. 

Program PGMall Sell to China ini turut menyediakan penyelesaian sehenti untuk memenuhi kesemua keperluan penjual termasuklah :

  • Perkhidmatan pendaftaran jenama di JD,
  • Terjemahan perincian produk ke bahasa Cina, 
  • Bahan pemasaran dan kempen, serta
  • Perkhidmatan pelanggan tempatan. 


Dengan sokongan rasmi JD Worldwide, program jualan ini meningkat lebih besar berbanding kaedah konvensional menjual ke China. Dalam beberapa tahun je PGMall telah mengalami pertumbuhan pesat dari hanya RM300,000 GMV pada tahun 2017, ia berkembang 200 kali ganda kepada RM60 juta pada tahun 2020. Dengan pertumbuhan luar biasa yang dilihat sehingga kini, PGMall akan mencapai sasaran GMV sebanyak RM 600 juta menjelang hujung tahun. 


Dan sehingga kini, PGMall telah berjaya menarik lebih daripada 1 juta pembeli dari lebih 25,000 penjual disertakan dengan sekitar 2 juta produk mulai dari bahan makanan, kecantikan, elektronik, untuk produk gaya hidup. Selain China, PGMall juga sedang memperluaskan lagi platformnya ke Indonesia, pusat e-dagang terbesar di Asia Tenggara.


Untuk maklumat lanjut mengenai PGMall dan produk atau perkhidmatan lainnya, korang boleh layari

Website : www.pgmall.my

Facebook : www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram : www.instagram.com/pgmall.my

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJW1T1yG/

Atau sekiranya korang berminat untuk menyertai program jual-ke-China, boleh mendaftar melalui

>>> https://pgmall.my/JD-Worldwide


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #shopnew #shoponline #Selltochina #PGMallxJDWorldwide

Jalinkan hubungan erat dengan secawan teh sempena Hari Teh Tarik bersama Lipton!

September 26, 2021 1 Comment
Jalinkan hubungan erat dengan secawan teh sempena Hari Teh Tarik bersama Lipton!

Teh Tarik cukup sinonim sebagai sebahagian daripada budaya negara kita. Tidak kira dimana-mana sahaja, samada semasa perjumpaan keluarga mahupun ketika berjumpa kawan-kawan di kedai mamak untuk bersimbang ataupun bersama kenalan baharu. Setiap perhubungan mampu dieratkan sambil menikmati secawan Teh Tarik.


Hari Teh Tarik bersama Lipton | Jalinkan hubungan erat dengan secawan teh

Namun, penguatkuasaan kawalan pergerakan yang berlanjutan di seluruh negara telah mengganggu sesi mengeteh yang menjadi budaya rakyat Malaysia. Memisahkan kita bukan sahaja daripada menikmati keenakan teh susu berkrim yang enak tetapi juga masa yang diluangkan bersama yang tersayang.


Di bawah kempen ‘Sekuat Rasa Teh, Seerat Ikatan Kasih’ yang bermula 15 September lalu, Lipton telah menjemput semua rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Teh Tarik untuk kembali mengeratkan hubungan yang telah terjalin dengan perkongsian mesej-mesej unik di laman www.liptontehtarikday.com


Diinspirasikan dari rakyat Malaysia yang gemarkan teh tarik sejak tahun 2017, jenama teh terkemuka dunia ini telah meraikan Hari Teh Tarik dengan tujuan untuk membina jalinan erat sambil menikmati secawan teh enak. Seperti temanya, ‘Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih’, Lipton amat menyedari kepentingan untuk berhubung dan mengembalikan ikatan mesra khususnya pada saat yang mencabar ini. 


Cara unik galakan menjalinkan kembali perhubungan erat bersama insan tersayang 

Sempena sambutan Hari Teh Tarik tahun ini, Lipton telah memperkenalkan sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia meluahkan isi hati mereka kepada keluarga dan rakan-rakan dengan cara yang unik, iaitu hanya perlu menyatakan mesej yang ingin diluahkan dan Lipton akan menganimasikan mesej tersebut kepada mereka yang tersayang dan teristimewa.


“Semasa Pandemik tentunya telah menjejaskan kualiti dan kuantiti masa yang dihabiskan bersama orang tersayang. Walaupun kita perlu mengambil langkah berjauhan secara fizikal semasa era pandemik ini tetapi kami di Lipton juga percaya meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berhubung dan eratkan ikatan bersama yang tersayang adalah penting walaupun hanya secara atas talian. Ada kalanya kita memerlukan lebih daripada sekadar ayat untuk menggambarkan isi hati kita tambahan pula rakyat Malaysia lebih dikenali melalui tingkah laku berbanding bicara untuk menggambarkan perasaan mereka. 

Oleh demikian, Lipton telah mewujudkan kempen ini bukan sahaja untuk menggalakkan perkongsian mesej khas kepada mereka yang teristimewa dalam kehidupan kita, tetapi juga peluang menebus hadiah untuk dinikmati ketika meluangkan masa bersama,”

kata Callista Fernandez, Ketua Pemasaran Teh di Asia Tenggara, ekaterra (Sebahagian syarikat Unilever).    


'Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih'

Hari Teh Tarik pastinya tidak akan  sempurna tanpa secawan teh dan Lipton telah menambahkan keistimewaan saat-saat kita menikmatinya dengan set hadiah Hari Teh Tarik Lipton. Pasangan yang berhubungan melalui laman www.liptontehtarikday.com akan dipilih untuk menerima dua set hadiah - satu untuk pengirim dan satu lagi untuk penerima mesej, bagi menggalakkan kesinambungan hubungan kedua-duanya! 


Set hadiah berkenaan juga direka dengan kerjasama Stickerrific, yang telah menganyam uncang teh Lipton dan daun teh kepada ilustrasi batik pada kotak set hadiah Hari Teh Tarik. Ia dilengkapi lagi dengan cawan edisi khas oleh Lipton bersama pelbagai pilihan teh Lipton termasuk Teh Tarik Milk Tea Latte 3 in 1 yang pastinya akan memberikan keenakan berkrim dalam setiap hirupan.



Jom daftar dan karyakan sebuah mesej peribadi kita dengan Lipton untuk dikongsi bersama insan tersayang dengan 4 langkah mudah

  • Langkah 1 : Hantarkan butiran dan mesej peribadi anda ke www.liptontehtarikday.com 
  • Langkah 2: Tunggu sebentar. Benarkan pasukan Lipton untuk memberikan sentuhan magis pada mesej kita itu!
  • Langkah 3: Satu pautan unik akan dihantar kepada orang tersayang menerusi SM 
  • Langkah 4: Klik pada pautan yang diberikan dan mesej yang tercipta akan dipaparkan. Penerima mesej istimewa itu diberi pilihan untuk memuat turun mesej berkenaan atau berkongsinya di media sosial.

Mudah aje kan untuk berhubung!

Untuk maklumat mengenai kempen ini, boleh layari laman sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram


Uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton dan Teh Tarik 3-1 Lipton boleh juga didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara selain secara online di Shopee dan Lazada.





Uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton

92g (40 uncang teko)

RM5.30




Teh Tarik 3-in-1 Lipton

252g (12 uncang)

RM14.25

Solitaire.org | Website Game Mengimbau Kenangan Dulu-Dulu ?? Betul ke

September 20, 2021 2 Comments
Solitaire.org | Website Game Mengimbau Kenangan Dulu-Dulu ?? Betul ke

Akhirnya berjaya juga clear kan separuh daripada fail yang menimbung bawah meja tempohari ni. Kalau tak alahai dari sehari bawa ke sehari umpama langsung tak tersentuh tapi sekarang dah lenang dah sikit. Dah boleh tarik nafas panjang dah sikit. Dah boleh hora horey semula dah sementara nak clear kan baki fail selebihnya ni. Orang kata kenalah cepat bertindak sebelum benda lain pula yang tiba ni. Kan tak pepasal menimbung lagi la jawabnya.


Bila dah macam ni terasa macam teringin nak main game Zuma yang selalu main dekat HQ dulu la. Itupun curi-curi main dekat komputer member. Komputer kita tak sempat nak install nak-nak pula kedudukan workstation kita tak berapa strategik untuk layan game hikhik. So, layan dekat komputer dia ajelah sementara dia tinggalkan workstation dia sekejap. Kiranya santai-santai taknak stress sangat.


Pernah jugalah simpan game tu dalam pendrive tapi pendrive tu dah tak boleh buka dah. Terkubur camtu ajelah dalam tu tapi baru-baru ni kita tengok ramai yang share tentang game dalam website https://www.solitaire.org/ Macam bestlah pula.

 


Solitaire.org | Website Game Mengimbau Kenangan Dulu-Dulu ?? Betul ke 

Orang kata kalau tak dicuba macamana nak tahu kedudukan sesuatu perkara itu kan. Bila dah cuba haa barulah tahu. Tapi memang betullah. Banyak game mengimbau kenangan dekat Solitaire.org ni. Pelbagai dan macam-macam jenis ada. 

 

Game percuma, tak payah install, tak payah download, tak payah register

Yang bestnya buka je dah boleh main. Tak payah susah-susah nak kena install, nak kena download ataupun register bagai. Iklan pun takda. PERCUMA a.k.a free pula tu. Komputer pun tak adalah berat terutamanya kalau layan candy house tu. Nak main bila-bila pun boleh, tiada batasan masa mahupun medium perkakasnya. Dengan phone pun boleh buka selain tablet ataupun komputer. 


Selain mempunyai puluhan jenis permainan berasaskan Solitaire yang berasaskan kad, website ini juga ada permainan lain tau. Antaranya :- 


3 Pilihan Game Untuk Tenangkan Fikiran 

Jenis permainan Solitaire 

#1 : Solitaire

Kalau nak tahu Solitaire ini sebenarnya sebuah permainan menyusun kad mengikut turutan K, Q, J, 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, A. 

Tak dinafikan permainan ini memang memerlukan kemahiran berfikir dan kepantasan. Jenuh juga kita nak menyusun ni nak-nak tak berapa nak tahu cara mainnya itu macamana sangat. Dua tiga kali asyik ulang benda yang sama 🙈🙈 walaupun dah pilih jenis Spider Solitaire dan yang paling mudah dalam 3 kategori tu (Easy, Medium, Hard) 


Aishh, kalau tengah stress main permainan yang ni agak-agak makin stress ke macamana ye?? 😄😄 

Mula diperkenalkan pada abad ke-17 di utara Eropah dan ianya cukup popular pada awal kemunculan komputer desktop kerana, ianya sedia dipasang secara percuma pada aplikasi Microsoft Windows

 

#2 : Candy House 

Permainan yang ini memang dah selalu sangat main sebenarnya selain yang Zuma tu. Antara permainan paling santai kot yang ini. Santai-santai pun ada kalanya k.o juga la hikhik.

Cara nak main pun mudah je, kita cuma perlu pecahkan kepingan berkunci dengan mengabungkan 3 atau lebih kepingan warna candy yang sama samada secara menegak ataupun melintang. Anak buah kita pun suka permainan yang ni tau

 


Kalau tak silap ada 50 level semuanya tapi kita baru je mula ni. Nanti kita tengok macamana boleh lepas semua level ataupun tak yer

 

#3 : Garden Secrets Hidden Objects

Cari objek yang tersembunyi ! Ok jugalah permainan yang ini. Sebenarnya kita memang menyukai permainan camni. Gambarnya pun lawa. Apap yang perlu kita buat, kita hanya perlu mencari 12 objek yang dikehendaki dalam masa yang ditetapkan. Tapi kalau tidak berjaya ia akan ulang semula level tersebut dengan pencarian objek yang berlainan pula. 

 

 

Untuk bantuan pencarian, kita cuma perlu klik butang [?] je. Sebagai balasanya 100 mata akan di tolak dan sekiranya kita tersilap meneka kedudukan objek tersebut, setiap kali tekaan salah 5 saat akan dipotong. Jadi untuk mengelakkannya kena tekan objek tu betul-betul. 


Ok, inilah antara permainan game yang berjaya membuatkan kita rilex tak berapa nak stress. Sebenarnya ada lagi cumanya sekarang tak sempat nak share. Dah nak kena sambung kerja semula dah. Kalau korang permainan mana yang korang suka dan rasa-rasa boleh membantu hilangkan stress sekarang ni. Kalau diikutkan banyak dalam Solitaire.org ni. Kongsilah satu taknak banyak pun. Tapi yang nyata orang kata sekali masuk memang akan ralit a.k.a leka terus la jawabnya. Tak gitu ..

 


Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

September 16, 2021 1 Comment
Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Di waktu negara sedang bergelut dengan isu pandemik yang melanda dunia, Vit’s, pengeluar dan pengilang jenama mi kering, mi segera, mi segar Udon dan Ramen serta yang terbaru Mi Segera berperisa Itali, Bolognese, Aglio Olio dan Carbonara ini telah mengambil pelbagai inisiatif murni untuk bersama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik ini.



Jejak Wira Merdeka Bersama Vits

Wira Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan ini, Vit’s telah bersama-sama Sinar Harian untuk menjayakan satu program bagi membantu meringankan beban "Wira Negara" di waktu pandemik ini. Mereka telah berkhidmat kepada negara bagi mempertahankan tanah air dan sewajarnya kita menghargainya. Kolaborasi yang dijalankan bersama Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia ini turut mendermakan sejumlah bantuan makanan kepada wira negara yang terkesan pada waktu pandemik ini.


“Terima kasih kerana memberi peluang kepada Vit’s untuk berkerjasama dalam kempen ini. Kami amat berbangga dan terharu kerana dapat berjumpa dengan wira negara yang telah banyak berjasa kepada negara kita. 


“Tanpa jasa mereka (wira negara), kita tidak akan rasai segala kesenangan yang ada di Malaysia kini,”

Lai Yeah Tat


Aktiviti sempena kempen CSR kali ini adalah yang paling bermakna sekali buat Vit’s kerana dengan adanya program seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia akan lebih mengingati dan menghargai jasa para pejuang yang telah mempertahankan tanah air.


Wira Merdeka


Vit’s turut mengunjungi salah seorang bekas wira negara yang disantuni dalam program ini iaitu Bohari @ Abu Bakar Razali, 62, yang pernah berkhidmat sebagai salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Pelbagai kenangan pahit dan manis yang masih segar dalam ingatannya semasa masih bertugas dulu. Nyaris-nyaris beliau menjadi korban peluru semasa melakukan rondaan di kawasan terumbu.


Beliau yang disantuni dalam program Jejak Wira Merdeka  ini menerima bantuan berupa wang ringgit serta bantuan makanan sebagai penghargaan di atas jasa dan pengorbanannya sebagai salah seorang anggota tentera laut yang menjaga keamanan negara di kediamannya di Sabak Bernam, Selangor.  


“Dengan keadaan sekarang, saya memang selalu ulang alik ke Hospital Sabak. Sejak lepas pembedahan jantung tiga “bypass” saya selalu kena semput." 

“Nak kena pakai oksigen, bukannya murah. Jadi, terpaksalah ke hospital. Waktu Covid ni, tak berani nak keluar. Hampir setahun duduk di rumah,” ujarnya yang  kini semakin uzur dan menghidap penyakit kencing manis, asma, buah pinggang dan paru-paru kronik. Beliau juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang untuk mengurangkan pergerakan disebabkan faktor kesihatannya ini.


Lai Yaeh Tat turut menyifatkan program Jejak Wira ini amat bermakna bagi memperingati wira-wira yang telah berjuang demi keamanan negara. Vit’s turut mendermakan 400 pek Mi kering kepada Persatuan Veteran.my dan Persatuan Penyayang Warga Emas Malaysia sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong Vit’s dari dulu sehingga kini. Ujarnya lagi yang merupakan generasi ke-2 legasi Vit’s.


“Kami berharap bantuan ini dapat meringankan beban wira-wira negara di waktu pandemik ini,” ujarnya.


Untuk makluman lanjut anda boleh layari laman sesawang di www.vitsnoodles.com 

My Ping in TotalPing.com