Macam-macam kontroversi mengenai pasangan berdua ini selepas diijabkabulkan penghujung Mac hari tu. Dari satu ke satu, jenuh juga nak melayan. Apapun bukan kontroversi yang nak di coret dekat sini. Tapi sebenarnya mengenai wedding mereka hari tu.
Wedding Neelofa dan PU Riz
Sebelum itu, tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini. Selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota penghujung Mac lalu. Pasangan yang mengenakan persalinan putih hari itu kelihatan cukup sepadan. Sama cantik sama lawa. Bagai cincin dengan permata. Suka tau tengok pasangan mereka berdua ni. Semoga bahagia berkekalan hingga ke jannah, aamiin.
Busana Cantik Wedding Neelofa Rekaan Alia Bastamam
Dengan mengenakan persalinan putih rekaan Alia Bastamam yang tak meleret-leret dan simple je busananya tu ditambah pula dengan para hadirin yang turut mengenakan sepersalinan berwarna putih. Cukup sempurna ! Nampak memang sesuai sangat dengan konsert majlisnya tu. Kelihatan simple tapi cukup mewah.
Busana berkonsepkan Greek Goddess yang menggunakan 8 meter french lace hasil gabungan 3 jenis corak berbeza ini turut menggunakan 5,000 batu kecil kristal Swarovski yang dipadankan dengan tassels daripada bulu burung unta. Cantik kan??
Untuk melengkapkan lagi busananya itu, ia turut dipadankan dengan veil inspirasi dari gaya arabian hooded selain hijab daripada kain jenis chiffon sutera! Hood selendangnya itu pula sebenarnya bertujuan untuk menutupi bahagian dada.
Pelamin Berinspirasikan Jabal Rahmah daripada Reka Teemor
Seriously lawa sangat pelamin dia tu ! Cantik.. memang pandai Reka Teemor mengaplikasikan suasana di Jabal Rahmah dalam perkahwinan Lofa ni. Untuk mengaplikasikannya ini dengarnya mereka memerlukan hampir 4 tan bunga segar sebagai simbolik kepada jemaah haji. Hmmm mesti semerbak bau segar bunga ros tu. Bunga ros dekat tepi rumah yang dah beberapa kuntum mekar pun dah harum dah baunya pun inikan pula bertan-tan.
Haaa kek kahwin mereka pun design bunga ros juga.
Memang serba serbi putih!
Turut menjadi perhatian adalah doorgift ataupun cenderahati buat tetamu. Tapi maaflah gambar doorgift tu takde dalam ni yer. Ialah bukan calang-calang doorgift yang diberikan tu, serum jenama antarabangsa Lancome dan barangan kemas Swarovski yang pernah melantik si manis cantik yang menerima mas kahwinnya berupa sebentuk cincin dengan hantaran yang dirahsiakan ini sebagai dutanya.
Neelofa & Haris pic.twitter.com/TCrMUbTlEu
— ANAS® (@AnasZahrin) March 27, 2021
Neelofa & Haris pic.twitter.com/TCrMUbTlEu
— ANAS® (@AnasZahrin) March 27, 2021
The way aqief love her sister neelofa π₯Ίπ€π» pic.twitter.com/QlbzoLiTJ0
— Ayieee (@RiezAzri) March 27, 2021
Alhamdulillah, bertuahnya badan.
Oklah jom cuci mata dengan sentuhan tangkapan jari mereka-mereka yang berkenaan sepanjang wedding Neelofa dan PU Riz hari tu. Mungkin boleh memberikan inspirasi buat korang-korang yang akan melangsungkan perkahwinan kot ✌️
Sama cantik sama padan. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Aamiin
BalasPadamSuper Glamer ni...
BalasPadamCantikk sangat pelamin tu . sukaaaaa ker nengok... hubu.. Moga merrka bahagia till jannah Nya .. Amin
BalasPadam