Selasa, 8 Jun 2021

Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma

Tersalah langkah punya pasal. Bercampur terus dua acuan ni. Sepatutnya selang seli warna coklat milo dan susu ni. Tak sabar punya pasal terus jadi satu je. Nasib baiklah jugak budak berdua ni suka kalau tak adoiii pening kepala la dibuatnya. 


Kononnya hari tu nak buat puding sekali bahannya tak cukup. Biskut  Oreo lupa nak beli. Tapi takpa...tak dapat buat puding, buat agar-agar pun boleh la. Ini pun secara tak langsung dah jadi kegemaran budak kecil berdua ni dah. 


Berulang alik ke dapur aje meminta nak-nak si kakak tu. Maklumlah kita main masak-masak dengan dia. Nak-nak pula dia memang penggemar milo pula kan. 


Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma 

Cara mudah masak agar-agar Milo

Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma 

Bahan-Bahan untuk Agar-agar Milo

25ml agar-agar kering

2 tin susu cair

1 senduk gula pasir *jangan membukit ! boleh kurangkan jika taknak manis.

1/2 cawan Milo 

5 cawan air


Cara Membuat Agar-agar Milo 

  • Masak agar-agar bersama 5 cawan air dan gula sehingga sebati.
  • Seterusnya masukkan susu cair. Biarkan mendidih seketika.
  • Bahagian kepada 2 acuan/periuk. Satu biarkan macam itu sahaja dan bahagian yang 1 lagi dicampur dengan milo. 
  • Selang seli masukkan ke dalam acuan. Sebelum masukkan acuan yang 1 lagi, pastikan lapisan yang telah dimasukkan keras terlebih dahulu. 
  • Biarkan ia sejuk seketika pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 

Dah siap! Senang aje kan





9 ulasan

  1. memang mudah... tapi bukan untuk orang yg buta ke dapur macam uncle! heheheh

    BalasPadam
  2. Lamanya tak makan agar2 milo . Bila terjah entri ni terasa nak buat pulak . Semua bahan ada kat dapur

    BalasPadam
  3. ble try resipi ne nanti. :)
    thanks share

    BalasPadam
  4. sedapnya agar - agar milo. Makan pada waktu petang ni memang sedap la

    BalasPadam
  5. sedapnya.. terasa kat tekak pula ni

    BalasPadam
  6. Sedapnya kalau dapat panas² camni.. nyum..nyum

    BalasPadam
  7. Sedapnya...letak dalam fridge lepas tu makan..sejuk je masuk tekak kan?

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.