Tersalah langkah punya pasal. Bercampur terus dua acuan ni. Sepatutnya selang seli warna coklat milo dan susu ni. Tak sabar punya pasal terus jadi satu je. Nasib baiklah jugak budak berdua ni suka kalau tak adoiii pening kepala la dibuatnya.
Kononnya hari tu nak buat puding sekali bahannya tak cukup. Biskut Oreo lupa nak beli. Tapi takpa...tak dapat buat puding, buat agar-agar pun boleh la. Ini pun secara tak langsung dah jadi kegemaran budak kecil berdua ni dah.
Berulang alik ke dapur aje meminta nak-nak si kakak tu. Maklumlah kita main masak-masak dengan dia. Nak-nak pula dia memang penggemar milo pula kan.
Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma
Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma
Bahan-Bahan untuk Agar-agar Milo
25ml agar-agar kering
2 tin susu cair
1 senduk gula pasir *jangan membukit ! boleh kurangkan jika taknak manis.
1/2 cawan Milo
5 cawan air
Cara Membuat Agar-agar Milo
- Masak agar-agar bersama 5 cawan air dan gula sehingga sebati.
- Seterusnya masukkan susu cair. Biarkan mendidih seketika.
- Bahagian kepada 2 acuan/periuk. Satu biarkan macam itu sahaja dan bahagian yang 1 lagi dicampur dengan milo.
- Selang seli masukkan ke dalam acuan. Sebelum masukkan acuan yang 1 lagi, pastikan lapisan yang telah dimasukkan keras terlebih dahulu.
- Biarkan ia sejuk seketika pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedapnya
BalasPadammemang mudah... tapi bukan untuk orang yg buta ke dapur macam uncle! heheheh
BalasPadamLamanya tak makan agar2 milo . Bila terjah entri ni terasa nak buat pulak . Semua bahan ada kat dapur
BalasPadamble try resipi ne nanti. :)
BalasPadamthanks share
sedapnya agar - agar milo. Makan pada waktu petang ni memang sedap la
BalasPadamsedapnya.. terasa kat tekak pula ni
BalasPadammudah..boleh cuba nnt :)
BalasPadamSedapnya kalau dapat panas² camni.. nyum..nyum
BalasPadamSedapnya...letak dalam fridge lepas tu makan..sejuk je masuk tekak kan?
BalasPadam