Hotel menarik di Malaysia

Jun 29, 2021 7 Comments
Hotel menarik di Malaysia

Seharian mengadap PC nak dapatkan idea siapkan teguran last-last blank jugak. Entah kenapa tiba-tiba jadi camni pun tak tau la. Blur tiba-tiba tak tahu nak mula dari mana. Aishhh boleh stress juga camni satu kerja pun tak jalan. 


Bestnyaa kalau dapat jalan-jalan makan angin tempat orang. Nak-nak kalau boleh pergi Kuala Lumpur ataupun Penang. Dapatlah juga lepaskan gian dah lama tak keluar. Nak shopping, nak cuci mata, nak lepaskan tension. Ahh, bestnya dapat pula pergi ramai-ramai. Tapi sekarang ini PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Nak rentas negeri memang tak boleh lagilah. Kena tunggu kawasan tu dengan kawasan kita PKPP dulu. Barulah boleh rentas negeri. Itu pun kena naik bas persiaran yang berdaftar dengan kementerian dan jadual lawatannya diurus agensi berlesen kementerian. Tak boleh nak memandai guna kenderaan persendirian macam sebelum ini.


Hotel menarik di Malaysia 


Tak dapat pergi lagi kita usha-usha ajelah dulu. In Shaa Allah, apabila pkp dah habis. Sekatan pun dah takde. Mudah la kita menjalankan misi. Lagipun harga hotel sekarang ni dah tak sama macam sebelum ni. Hotel pun banyak yang dah tutup pengoperasiannya walaupun masih ada yang tutup sementara setakat ini. Masa inilah kita kena rebut peluang untuk menikmati hotel mahal dengan harga murah. 


Selain kena naik bas persiaran untuk melancong, kita juga hanya boleh tinggal di tempat penginapan seperti hotel yang memang telah berdaftar dengan kementerian sahaja untuk memudahkan pemantauan pergerakan. Disebabkan ini jugalah kita kena bijak memilih. Kalau boleh carilah lokasi hotel yang strategik, berdekatan dengan tempat yang ingin dikunjungi, tempat-tempat menarik seperti taman rekreasi. Boleh relak, tenangkan fikiran ataupun boleh cari yang berdekatan dengan mall. Banyak hotel dengan reka bentuk moden serta mewah yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan harga yang murah sekarang ni. Sambil menyelam minum air. Boleh shopping, cuci-cuci mata. Sesetengah dari kita tak dapat shopping pun tak apa janji dapat window shopping nak-nak pula perempuan memang tak boleh dipisahkan dengan mall la. Daripada tak sihat dapat masuk mall terus segar hikhik


Untung-untung ada yang dapat diskaun separuh harga dengan pelbagai kemudahan yang pihak hotel sediakan.


5 Hotel Menarik Dikunjungi Di Malaysia

Seri Pacific Kuala Lumpur Hotel 

Terletak di tengah-tengah bandar ibu kota bersebelahan pusat membeli belah Sunway serta berdekatan dengan KLCC, Menara KL, Taman Botani dan banyak lagi tempat menarik sekitar kawasannya.


Pemandangan menarik terutamanya sebelah malam boleh nampak KLCC. Bilik pun cantik ! Ceria, luas dan kemas. Susunan dalaman pun ok. Kolam renang dan gym turut disediakan.



Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre 

Walaupun inya hotel lama tapi ia terjaga (hotel bersih). Menjadi pilihan ramai untuk percutian keluarga. Terletak di lokasi strategik di bukit bintang. Mudah untuk mendapatkan pengangkutan bas serta berdekatan stesen monorel. 15 minit ke Menara KL dan 20 minit ke KLCC. 


Pemandangan pun menarik ! Bilik pun cantik, ceria dan kemas. Bilik air juga besar. Juga mempunyai gym dan kolam renang untuk bersantai. Mempunyai pilihan makanan yang banyak dan yang paling penting layanan staffnya yang mesra.


Jadi jika kita ke Kuala Lumpur ataupun korang yang warga Kuala Lumpur itu sendiri bolehlah try staycation KL di hotel berdekatan Pavilion, KLCC, Bukit Bintang, KL Tower dan mana-mana tempat yang dirasakan menarik sekitar KL. Kebanyakan biliknya pun besar, kemas, luas dengan rekabentuk dan harga yang ditawarkan pun cukup-cukup berbaloi. Ada yang semalaman cuma rm1++ aje dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.


The Datai Langkawi

Bagi korang yang dekat Langkawi bolehlah check out The Datai Langkawi! Boleh rehat-rehat dalam bilik. Bilik dia pun luas dilengkapi ruang tamu dan balkoni selain kemudahan standard lain seperti WIFI PERCUMA, penyaman udara.




Ia juga tersenarai antara 10 kawasan pantai terbaik dunia oleh National Geographic. Memang cantik dan mewah resort The Datai Langkawi ni. Dikelilingi alam semulajadi yang hijau mendamaikan berlatar belakang pantai persendirian dan hutan hujan. Terletak di dalam hutan teluk datai. Sungguh mengurjakan. Mengambil masa lebih kurang 30 minit aje dari airport langkawi.


Hard Rock Hotel Penang

Dan bagi korang yang dekat Penang pula bolehlah check out Hard Rock Hotel Penang. Nikmati penginapan resort mewah bertemakan muzik yang menyeronokkan di Pantai Batu Feringgi dengan setiap aktiviti dan hiburan setiap hari. Ada kolam mandi terbesar seluas 26,000 kaki persegi dilengkapi dengan gelongsor, pancuran air, mini bar, cabara mewah serta aktiviti air seperti banana boat, paragliding, jet ski yang pastinya membuatkan kita teruja.




Sambil-sambil bersantai menyusuri pantai boleh juga melihat matahari terbenam bersama insan tersayang.


Tempat menarik untuk bercuti yang murah, Percutian bajet rm500 di malaysia, Pantai menarik di malaysia, Aktiviti menarik di malaysia, Pulau menarik di malaysia, tempat honeymoon di malaysia, tempat menarik untuk short getaway selangor, aktiviti menarik di malaysia, percutian keluarga di Malaysia, pantai cantik di Malaysia, tempat menarik di Malaysia, Karangan tempat menarik di malaysia, Tempat menarik untuk bercuti di luar negara,




Wedding Neelofa dan PU Riz

Jun 20, 2021 3 Comments
Wedding Neelofa dan PU Riz

Macam-macam kontroversi mengenai pasangan berdua ini selepas diijabkabulkan penghujung Mac hari tu. Dari satu ke satu, jenuh juga nak melayan. Apapun bukan kontroversi yang nak di coret dekat sini. Tapi sebenarnya mengenai wedding mereka hari tu.  


Wedding Neelofa dan PU Riz

Sebelum itu, tahniah diucapkan buat kedua-dua pasangan ini. Selamat diijabkabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota penghujung Mac lalu. Pasangan yang mengenakan persalinan putih hari itu kelihatan cukup sepadan. Sama cantik sama lawa. Bagai cincin dengan permata. Suka tau tengok pasangan mereka berdua ni. Semoga bahagia berkekalan hingga ke jannah, aamiin.


Busana Cantik Wedding Neelofa Rekaan Alia Bastamam

Dengan mengenakan persalinan putih rekaan Alia Bastamam yang tak meleret-leret dan simple je busananya tu ditambah pula dengan para hadirin yang turut mengenakan sepersalinan berwarna putih. Cukup sempurna ! Nampak memang sesuai sangat dengan konsert majlisnya tu. Kelihatan simple tapi cukup mewah. 


Busana Cantik Wedding Neelofa Rekaan Alia Bastamam

Busana Cantik Wedding Neelofa Rekaan Alia Bastamam

Busana berkonsepkan Greek Goddess yang menggunakan 8 meter french lace hasil gabungan 3 jenis corak berbeza ini turut menggunakan 5,000 batu kecil kristal Swarovski yang dipadankan dengan tassels daripada bulu burung unta. Cantik kan??

Busana Cantik Wedding Neelofa Rekaan Alia Bastamam

Busana Cantik Wedding Neelofa Rekaan Alia Bastamam

Untuk melengkapkan lagi busananya itu, ia turut dipadankan dengan veil inspirasi dari gaya arabian hooded selain hijab daripada kain jenis chiffon sutera! Hood selendangnya itu pula sebenarnya bertujuan untuk menutupi bahagian dada. 


Pelamin Berinspirasikan Jabal Rahmah daripada Reka Teemor

Seriously lawa sangat pelamin dia tu ! Cantik.. memang pandai Reka Teemor mengaplikasikan suasana di Jabal Rahmah dalam perkahwinan Lofa ni. Untuk mengaplikasikannya ini dengarnya mereka memerlukan hampir 4 tan bunga segar sebagai simbolik kepada jemaah haji. Hmmm mesti semerbak bau segar bunga ros tu. Bunga ros dekat tepi rumah yang dah beberapa kuntum mekar pun dah harum dah baunya pun inikan pula bertan-tan. 

Pelamin Berinspirasikan Jabal Rahmah daripada Reka Teemor

Pelamin Berinspirasikan Jabal Rahmah daripada Reka Teemor


Haaa kek kahwin mereka pun design bunga ros juga.

Memang serba serbi putih! 


Kek Kahwin Neelofa


Turut menjadi perhatian adalah doorgift ataupun cenderahati buat tetamu. Tapi maaflah gambar doorgift tu takde dalam ni yer. Ialah bukan calang-calang doorgift yang diberikan tu, serum jenama antarabangsa Lancome dan barangan kemas Swarovski yang pernah melantik si manis cantik yang menerima mas kahwinnya berupa sebentuk cincin dengan hantaran yang dirahsiakan  ini sebagai dutanya.





Alhamdulillah, bertuahnya badan. 


Oklah jom cuci mata dengan sentuhan tangkapan jari mereka-mereka yang berkenaan sepanjang wedding Neelofa dan PU Riz hari tu. Mungkin boleh memberikan inspirasi buat korang-korang yang akan melangsungkan perkahwinan kot ✌️



Ruang makan 








Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays.Org

Jun 14, 2021 6 Comments
Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays.Org

Bosan pkp bersambung lagi? Dah buntu taktau nak buat apa. Macam ciktie sendiri, alhamdulillah, sepanjang lockdown ni bergilir-gilir masuk pejabat dan bekerja dari rumah. Sesekali masuk pejabat haaa ambik ko. Pulunlah bagi siap mana-mana kerja yang perlu diselesaikan dengan segera. Balik rumah ataupun BDR pula haaa dengan kerenah anak-anak buah berdua tu yang entahlah biasalah budak-budak kan. Nampak aje achiknya mulalah macam-macam. Itulah inilah.. layankan ajelah walaupun sesekali tak terdaya juga dibuatnya. 


Tapi seronok aje sebenarnya layan kerenah diorang ni. Dengan muka cute miut, cakap sesekali pelat, ada tu sampai kita pun tak faham. Kesian dia jenuh terangkan sampai merajuk lah nak bagi kita faham 😬😬




Oklah, baru-baru ni ajak diorang main games online dekat laptop maknya. Kesian juga tak dapat nak penuhi permintaan untuk belikan plastesin yang dimintanya tempohari. Kebetulan kedai buku tutup dan stok dekat kedai runcit tu dah habis. So, nak buat macamana kan?? Mula-mula ajak tu saje aje nak cuba. Lepas tu hahaha tertarik terus. Terus melekat dekat laptop ! Nasib baiklah kebanyakan games dalam laman web tu boleh akses guna phone dan juga tablet. Bolehlah biarkan diorang main sendirian sementara kita buat benda lain.  


Mengamik kenangan sebenarnya kebanyakan games dalam website plays.org ni. Banyak yang ciktie pernah main terutamanya masa belajar dekat Politeknik dulu. Teringat kenangan di Kafeteria bermain games shake dengan bff sementara menunggu order makanan kami siap dulu. Walaupun masa tu takdelah pandai pun tapi bolehlah untuk lepaskan kebosanan dan stress belajar. 


Tapi seronok juga sesekali dapat main games camni. Bolehlah juga kurangkan tekanan dan hilangkan stress dengan keadaan kita sekarang ini. Nak keluar bersantai dengan anak buah seperti sebelum ini pun dah tak boleh. Asyik repeat aktiviti yang sama ajelah setiap hari ni. 


Hilangkan Stress Sepanjang Lockdown Dengan Plays.Org

Betul ke website Plays.Org boleh hilangkan tekanan kerja ataupun stress ??


Mempunyai lebih dari 150 jenis pilihan permainan atas talian (games) secara PERCUMA yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Cara nak main mudah aje..kita boleh direct main mana-mana game yang kita kehendaki dimana-mana sahaja dan bila-bila masa yang kita nak, tanpa perlu register ataupun daftar terlebih dahulu. Senang kata semua game dalam ni adalah free !  Nak terus main ataupun nak usha-usha dulu pun boleh. 


Untuk pilihan permainannya kita boleh tengok dekat katalog, bahagian bawah sekali website https://plays.org/games ianya tu. Haa senang aje kan cari 😘


Senang akses, Tiada Iklan, Tak Perlu Register & Tak Perlu Download ! 

Game Percuma tanpa iklan dan tak payah download janji ada akses guna internet boleh main sampai puas


Kita boleh direct akses menggunakan phone, tablet, laptop mahupun komputer. Televisyen pun rasanya boleh kot janji ada sambungan internet. Lepas tu bolehlah main sampai puas tanpa apa-apa gangguan. Loading pun cepat tapi lainlah kalau data internet kita dah berkurangan. Repeat berapa kali pun boleh tanpa perlu risau game over.


Iklan pun takde tau! Kebiasaannya kalau kita nak up level baru memang tak sah kalau takde iklan. Nak-nak pula benda free dekat 5-10 minit jugalah nak kena tunggu sesi iklannya ini sampai habis. Kalau dibuatnya kita skip ataupun klik button X, alamatnyaa boleh ter rugilah satu point kan.

 

Haaaa lagi best kita tak payah susah-susah nak kena download bagai ! Bab yang kena download ni sebenarnya kita tak berapa suka sangat. Ialah memori phone pun bukannya banyak mana sangat. Inipun dah penuh dengan gambar dan video dah, belum lagi masuk dokumen berkaitan hal-hal kerja lagi.. Nanti nak tak nak kena buang pula 😟😟



Kenapa Perlu Pilih Plays.Org ??

Lebih daripada 150 jenis permainan, Stail & Corak Permainan !

Ada macam-macam jenis games dekat dalam ni, ada yang stail biasa, classic, main tekan-tekan aje, yang stail menguji minda pun ada. Ada yang kita boleh main secara berkumpulan, 2 atau 3 ataupun 4 orang sekali main. Yang camni lagi best! Lagi seronok. Memang boleh riuh serumah. 


Plays.Org | Pac-Rat Permainan Paling Digemari 

Yang paling ciktie suka games Pac-Rat ni ! Tapi main dekat PC ajelah senang nak buat pergerakan guna anak panah kiri kanan, atas bawah dekat keyboard ajelah  kalau main dekat phone habislah. Menguji kemahiran / ketangkasan kita melihat dan bertindak! Hahaha 2/3 kali main asyik game over je. Geram aje sebab tak sempat nak bawa lari tikus dari dikejar 3 ekor kucing tu hikhik 


Plays.Org | Pac-Rat Permainan Paling Digemari


Plays.org permainan atas talian percuma tak perlu daftar, tak perlu download, mudah dan senang akses

Cara mainnya mudah aje untuk ke next level, kita kena habiskan kesemua keju dalam stage tu. Dan untuk mengelakkan kita dimakan oleh kucing, kita kena makan pelet kuasa tak boleh makan sekali gus untuk takutkan kucing dalam satu tempoh masa. Haaa pastu cepat-cepat habiskan keju tu untuk ke level seterusnya. 


Sebenarnya banyak lagi game dalam plays.org ini yang ciktie suka antaranya macam pinball, Zombie, Brick Out tapi yang ini biasanya ciktie main menggunakan phone ajelah sambil-sambil melihat anak-anak buah bermain. Dapatlah juga hilangkan stress dan tension sesekali musim-musim PKP camni. Yang si kakak Fatma pun dah pandai dah. Nampak aje laptop ataupun tablet mulalah nak main games zombie. Tak zombie nak mewarna, mengira pula. Mau berebut laptop dan tablet dengan maknya.


Walaupun dah pandai main permainan atas online, kita yang dewasa ini kenalah bijak mengatur masa dan strategik. Kena tengok dan pantau juga. Sampai masanya  tutuplah data tu. Tiadalah tumpuannya hanya ke situ aje. Betul tak??


Oklah cukup setakat ini dulu untuk kali ini. Kepada korang yang masih lagi tercari-cari game apa yang sesuai untuk menghilangkan stress sepanjang lockdown ini. Boleh layari laman web Plays.org ini yer ✌️ 


Pilih dan mainlah selagi nak ! Hingga jumpa lagi, bye 







Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma

Jun 08, 2021 9 Comments
Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma

Tersalah langkah punya pasal. Bercampur terus dua acuan ni. Sepatutnya selang seli warna coklat milo dan susu ni. Tak sabar punya pasal terus jadi satu je. Nasib baiklah jugak budak berdua ni suka kalau tak adoiii pening kepala la dibuatnya. 


Kononnya hari tu nak buat puding sekali bahannya tak cukup. Biskut  Oreo lupa nak beli. Tapi takpa...tak dapat buat puding, buat agar-agar pun boleh la. Ini pun secara tak langsung dah jadi kegemaran budak kecil berdua ni dah. 


Berulang alik ke dapur aje meminta nak-nak si kakak tu. Maklumlah kita main masak-masak dengan dia. Nak-nak pula dia memang penggemar milo pula kan. 


Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma 

Cara mudah masak agar-agar Milo

Resepi Mudah | Agar-agar Milo Versi Fatma 

Bahan-Bahan untuk Agar-agar Milo

25ml agar-agar kering

2 tin susu cair

1 senduk gula pasir *jangan membukit ! boleh kurangkan jika taknak manis.

1/2 cawan Milo 

5 cawan air


Cara Membuat Agar-agar Milo 

  • Masak agar-agar bersama 5 cawan air dan gula sehingga sebati.
  • Seterusnya masukkan susu cair. Biarkan mendidih seketika.
  • Bahagian kepada 2 acuan/periuk. Satu biarkan macam itu sahaja dan bahagian yang 1 lagi dicampur dengan milo. 
  • Selang seli masukkan ke dalam acuan. Sebelum masukkan acuan yang 1 lagi, pastikan lapisan yang telah dimasukkan keras terlebih dahulu. 
  • Biarkan ia sejuk seketika pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 

Dah siap! Senang aje kan





Negara Lockdown 14 hari mulai 01 Jun sehingga 14 Jun

Jun 07, 2021 6 Comments
Negara Lockdown 14 hari mulai 01 Jun sehingga 14 Jun

Tak buat lockdown salah, buat lockdown pun salah! Apalah kita ni kan..layan ajelah. Dengan kes saban hari semakin meningkat macam ni semoga ada sinar buat kita semua. In Shaa Allah, aamiin teruskan usaha kita untuk jaga diri sendiri dan orang lain.


Negara Lockdown 14 hari mulai 01 Jun sehingga 14 Jun 

Total Lockdown (PKP 3.0)

Sepertimana yang telah diketahui, sekarang ini penguatkuasaan total lockdown sepenuhnya telahpun dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 hari tu sehinggalah 14 Jun 2021 hari tu sebelum dilanjutkan lagi 2 minggu bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021 ni kecuali untuk sektor ekonomi dan perkhidmatan yang perlu (essential economic and service sector). Maknanya dah seminggulah 2 minggu lah pkp 3.0 ini dikuatkuasakan. Bilangan kes harian di Kelantan pun masih naik turun naik lagi. Harapnya bilangan kes hariannya terus menurunlah selepas ini. Risau weh nengok nombor banyak-banyak saban hari ni. 


Update 

Total Lockdown dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 28 Jun 2021 !

Bersambung lagi 2 minggu PKP 3.0 ! Bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan keputusan ini dibuat setelah mengambilkira jumlah kes harian yang masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari dengan  purata kes baru sehingga Jumaat,11Jun 2021 adalah  6,871. 


Ini juga berikutan penurunan penetapan purata kes harian daripada 8000 kepada 4000 kes dalam fasa pertama selain sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU serta peningkatan 10 peratus populasi penerimaan 2 dos lengkap suntikan vaksin.


Hmm patutlah semacam aje apabila penguatkuasaan pkp 3.0 ni nak dilaksanakan. Banyak juga rupanya agensi pekerjaan yang tersenarai dalam sektor ekonomi dan perkhidmatan yang perlu tu. Tapi entahlah nak komen pun tak pandai apapun kita jaga kita. Bantuan Pemerkasa pun dah diumumkan. Sama-samalah kita memanfaatkan apa yang boleh. Sementara nak tunggu bantuan tu, sama-samalah juga kita membantu sesama sendiri. 




Agihan sumbangan ataupun bantuan 

Bercerita pasal bantuan ni, memang respect sangat pada korang yang turut serta menghulurkan bantuan samada secara perseorangan ataupun organisasi. Bukan mudah nak-nak dengan keadaan sekarang ni. Banyak benda nak kena jaga dan bagi korang yang dipertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan melalui ataupun mewakili organisasi tu pastikan bantuan itu benar-benar disalurkan pada mereka yang memerlukan tanpa mengira siapa yang kita kenal dan siapa yang telah biasa kita salurkan. Bimbang nanti yang dah biasa terima, bertambah banyak terima dan yang tak dapat, langsung tidak merasa. 


Tapi rasanya sekarang ni patutnya tiada kriteria pemilihan lah kot sebab semua orang memang memerlukan bantuan. Tiada salahnya kalau kita bahagi sama rata. Sama-sama dapat dan sama-sama rasa. Tiadalah terkilan sangat apabila orang patut dapat tak pernah dapat tapi yang dah dapat. Asyik dapat, dapat dan dapat kan. Lagipun bantuan Pemerkasa yang diumumkan itu pun bukannya semua yang dapat! Betul tak


Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP 3.0)

Tak dinafikan total lockdown kali ini tidak seperti total lockdown tahun lepas. Yang 100% lockdown. Sampai ada dikalangan kita yang hilang punca. Teringat awal-awal tu, nak keluar rumah pun takut-takut walaupun kita telah diarahkan untuk masuk kerja. Janggal aje bila tiba-tiba kita sorang je yang berada di jalan raya untuk ke tempat kerja. Jadi pada korang yang bukan bekerja dari rumah (BDR), terpaksa ke tempat kerja serta yang menggunakan perkhidmatan awam sila patuhi SOP yang ditetapkan. 


Semoga dilindungi daripada menjadi salah seorang mangsa jangkitan covid-19 selepas ini. Dan kepada semua pesakit covid-19 semoga terus kuat dan semoga cepat sembuh. Aamiin


Senarai perkhidmatan yang terkecuali dalam total lockdown 

Walaupun agak lambat perlaksanaan total lockdown kali ini, semoga ianya tidak menghalang usaha kita untuk membantu barisan hadapan mengurangkan peningkatan jangkitan covid-19 yang semakin drastik. In Shaa Allah, aamiin


Total lockdown ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Penuh kali ini akan merangkumi 3 fasa

Fasa pertama 

Bermula 01  Jun 2021  sehingga 14 Jun 2021 iaitu selama 14 hari dan bersambung lagi 14 hari, mulai 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021 ni bertujuan untuk mengurangkan  kes harian covid-19. Dalam tempoh ini kita hanya dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubatan sahaja dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan jarak tidak melebihi 10km daripada lokasi kediaman kita. Sekiranya dalam fasa ini, kes harian berjaya dikurangkan. Konsisten bawah 8000 4000 dalam tempoh 2 minggu penyambungan pelaksanaannya, lockdown fasa ke-2 akan dilakukan.


Fasa Ke-2 

Dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu selepas fasa pertama berakhir. Dalam fasa ini beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal dibenarkan beroperasi. Jika bilangan kes terus menurun, fasa ke-3 akan dikuatkuasakan. 

 

Fasa ke-3 

Untuk fasa ini, ia sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sebelum ini. Akan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, tetapi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan. Aktiviti sosial masih lagi tidak dibenarkan.


Walaubagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Oklah cukup setakat ini dulu. Nak pot pet pot pet panjang lagi. Dah blur dah ni hikhik. Hingga jumpa lagi korang 😃😃 teruskan berada di rumah dan keluar hanya perlu. 


#kitajagakita






My Ping in TotalPing.com