Astagfirullahaladzim, inilah orang kata. Seronok bercakap last-last tah apa-apa lah yang terkeluar. Bahaya betul mulut ini kan. Sesedap kita je, dah tak fikir dah perasaan orang sebelah 🥺🥺
Marhaban Ya Ramadhan
Dah masuk hari ke-3 dah kita berada di bulan penuh berkat, penuh rahmat ni. Syukur sangat-sangat kita masih lagi diberi peluang untuk sama-sama melaksanakan rukun ke-3 ni bersama-sama walaupun Kelantan kembali menguatkuasa perintah kawalan pergerakan di 7 daerah didalamnya mulai esok, jumaat - 16 April 2021 hingga 29 April 2021.
PKP | 7 Daerah Di Kelantan
Aishhh kembali berterawih di rumah la nampaknya kita selepas ini. Graf jangkitan pandemik covid-19 di Kelantan bulan ini pun nampaknya semakin meningkat. Sebulan yang lepas daripada 27 kes (01.04.2021) membawa kepada 226 kes (14/4/21) semalam dan hari ini, 221 kes. Kesian pula para perantau kita yang berada di luar sana tu. Nak balik kampung asyik tersangkut aje walaupun ada jugalah sesetengah daripada mereka tu yang terlepas sampai kampung. Sama-samalah kita jaga diri sendiri dan orang lain. Memang ada aje masanya kita dah beria dah berhati-hati patuhi SOP yang ditetapkan. Jaga jarak, pakai mask dan hand sanitizer bagai tapi tup-tup orang lain pula buat hal. Mai bertepek sebelah kita. Ingat ruang kosong diantara kita dengan orang sebelah kita tu saje-saje aje kot hahaha
Tips Cepat Kebas Demam
Sekarang ini memang musim ramai orang tak sihat. Ada yang demam, selsema, batuk, sesak nafas semua la. Ciktie sendiri pun baru je lepas demam. Penyambut puasa kot 🙈🙈hahaha mungkin penangan ratakan tanah dekat belakang rumah kot. Nak-nak pula tak cukup rehat. Nasib baiklah juga kena sebelum puasa kalau dibuatnya dah masuk bulan puasa macam sekarang ni. Lagilah sedih. Bolehlah juga pulun air suam banyak-banyak tapii kalau kita perasan sekarang ni kalau kita tak sihat, demam ke apa sebelum dapatkan rawatan tu kita diminta untuk buat swap test dahulu. Ialah kita pun risau dibuatnya kita ni pembawa ke apa ke kan? Takmaulah disebabkan kita, orang lain pula yang kena. Jadi jangan macam-macam bila kita diminta untuk buat swap test terlebih dahulu ke camner.
Usahakanlah kuarantin diri sendiri terlebih dahulu tanpa bergaul dan kemana-mana sekiranya kita dari ataupun memasuki kawasan zon merah. 10 hingga 14 hari je kalau tak mampu nak kawal diri tu faham-faham ajelah kan. Kalau bukan kita yang kawal diri sendiri, siapa lagi betul tak ??
Cukuplah setakat ini dulu bebelan ciktie kali ni. Dah lama tak membebel dekat sini, jenuhlah pula korang nak membacanya hikhik. Bye the way, tak terlambat kot ciktie nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadat sepanjang bulan penuh rahmat ni. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan mampu meningkatkan lagi amal kita. In Shaa Allah, Aamiin.