Selasa, 2 Mac 2021

FAMA DAN SHOPEE TINGKATKAN PENYERTAAN PETANI DAN USAHAWAN TEMPATAN SETELAH MENCAPAI PRESTASI MENGGALAKKAN UNTUK E-FAMAPLACE

Hai, selamat tengahari korang.. Lamanya rasa tak merepek merapu dekat sini. Rasa macam dah berhabuk pula blog kita ni kan..


FAMA DAN SHOPEE TINGKATKAN PENYERTAAN PETANI DAN USAHAWAN TEMPATAN SETELAH MENCAPAI PRESTASI MENGGALAKKAN UNTUK E-FAMAPLACE

  

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Shopee bakal menarik lebih ramai petani dan usahawan tempatan untuk menyertai kempen eFAMAPLACE setelah mencatatkan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak sembilan kali ganda dalam tempoh dua bulan sejak kempen tersebut bermula pada 17 Disember 2020.

FAMA telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa platform e-dagang termasuk Shopee bagi melaksana pemasaran secara digital untuk produk agro makanan Malaysia. eFAMAPLACE di Shopee merupakan antara usaha berterusan FAMA bagi membantu petani dan usahawan membangunkan kedai atas talian (online store) serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan pemasaran digital. Ini bagi mempersiapkan mereka mendepani cabaran pemasaran terutama semasa pandemik Covid-19. Selain itu, kedai Agrobazaar Malaysia FAMA di Shopee yang dibuka pada bulan Mei 2020 telah memasarkan lebih daripada 250 jenis produk keluaran petani dan usahawan tempatan.

 


eFAMAPLACE merupakan microsite yang menyenaraikan lebih daripada 7,000 produk antaranya buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut, daging serta bunga-bungaan. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan durian, tomato, belimbing, buah naga, daging, ayam,  keratan bunga segar, ikan bilis, pes masakan, rempah-ratus dan  banyak lagi. Ini menjadikannya pusat sehenti kepada pengguna untuk mendapatkan produk agro makanan Malaysia. Untuk mengakses e-marketplace tersebut, pengguna Shopee hanya perlu menaip "FAMA" atau "eFAMAPLACE" dalam bar carian.

 

Kempen ini bertujuan membantu lebih ramai lagi petani dan usahawan tempatan untuk membangunkan online store dan memasarkan produk secara digital khususnya melalui  microsite eFAMAPLACE di Shopee. FAMA telah menyediakan 50,000 keping baucar bernilai RM5 hingga RM20 untuk pembelian oleh pengguna bagi menyokong produk keluaran tempatan sepanjang tempoh kempen berlangsung yang akan berakhir pada bulan Ogos 2021. Sehingga kini, baucar yang ditebus dalam tempoh dua bulan lepas sejak 17 Disember 2020 telah mencatat nilai jualan berjumlah lebih daripada setengah juta Ringgit.

 

Dato' Zainal Abidin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, "Prestasi jualan yang menggalakkan itu, membuktikan kepentingan pemasaran secara digital. Oleh itu FAMA akan menggalakkan petani dan usahawan tempatan menceburi pemasaran digital yang membolehkan mereka memasarkan produk terus kepada pengguna untuk manfaat semua pihak. Kerjasama dengan Shopee terbukti menjadi kaedah yang berkesan untuk membantu petani dan usahawan tempatan memperluas jangkauan pasaran mereka. Shopee juga komited dalam membantu petani dan usahawan tempatan mendirikan online store mereka menerusi Shopee University. Kami berharap usaha ini dapat meningkatkan taraf hidup petani dan usahawan di seluruh negara."

 

Demi menyokong usaha FAMA, Shopee akan memberi sokongan publisiti dan hebahan melalui aset pemasarannya di Aplikasi, laman web dan juga media sosial. Antara usaha Shopee untuk mempromosikan produk keluaran tempatan adalah menerusi sesi live streaming bersama Skuad Selebriti Shopee iaitu Erma Fatima atau lebih dikenali sebagai Mak Cun melalui saluran Shopee Live.

 

Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, "Untuk manfaat rakyat Malaysia, kami memberi pengguna akses langsung kepada produk pertanian daripada para petani dan usahawan tempatan melalui kempen ini. Kerjasama kami bersama FAMA memperkasakan komuniti pertanian dan merapatkan jurang antara para petani, nelayan dan pengguna produk mereka menerusi platform e-dagang. Kami berbesar hati kerana diberikan peluang ini bagi menyokong usaha pendigitalan sektor ekonomi pertanian Malaysia dengan menyediakan ekosistem yang kukuh untuk mereka terus berniaga."

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai eFAMAPLACE, para pengguna boleh menonton Shopee Live pada jam 5 petang pada 1 dan 3 Mac 2021 untuk menyaksikan sesi live streaming Mak Cun edisi FAMA. Dihoskan oleh Erma Fatima bersama Datin Rita Sosilawati pada 1 Mac dan Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid pada 3 Mac bersama dengan Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran FAMA, Pn. Rosilawati Abu Hassan, mereka akan berkongsi resipi lazat menggunakan bahan-bahan segar yang boleh didapati di eFAMAPLACE. Para pengguna berpeluang untuk menikmati penjimatan yang lebih banyak di eFAMAPLACE menerusi baucar eksklusif yang akan diberikan semasa sesi live streaming berlangsung.

 

Pengguna Shopee yang melayari eFAMAPLACE semasa kempen 3.3 Jualan Pasar Raya dari sekarang hingga 3 Mac 2021 juga akan menikmati potongan harga sebanyak RM20 dengan pembelanjaan minimum RM80. Selain itu, kempen 3.3 Jualan Pasar Raya menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM10, tawaran potongan harga 50% setiap hari serta tawaran daripada serendah 33 sen apabila mereka membeli-belah di Shopee.

 

Berbelanjalah dan sokong petani serta usahawan tempatan kita di eFAMAPLACE melalui https://shopee.com.my/m/efama


1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.