Hai, selamat tengahari korang.. Lamanya rasa tak merepek merapu dekat sini. Rasa macam dah berhabuk pula blog kita ni kan..
FAMA DAN SHOPEE TINGKATKAN PENYERTAAN PETANI DAN USAHAWAN
TEMPATAN SETELAH MENCAPAI PRESTASI MENGGALAKKAN UNTUK E-FAMAPLACE
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Shopee bakal menarik lebih
ramai petani dan usahawan tempatan untuk menyertai kempen eFAMAPLACE setelah
mencatatkan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak sembilan kali ganda dalam tempoh
dua bulan sejak kempen tersebut bermula pada 17 Disember 2020.
FAMA telah
menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa platform e-dagang termasuk
Shopee bagi melaksana pemasaran secara digital untuk produk agro makanan
Malaysia. eFAMAPLACE di Shopee merupakan antara usaha berterusan FAMA bagi
membantu petani dan usahawan membangunkan kedai atas talian (online store) serta melengkapkan mereka
dengan pengetahuan pemasaran digital. Ini bagi mempersiapkan mereka mendepani
cabaran pemasaran terutama semasa pandemik Covid-19. Selain itu, kedai
Agrobazaar Malaysia FAMA di Shopee yang dibuka pada bulan Mei 2020 telah memasarkan
lebih daripada 250 jenis produk keluaran petani dan usahawan tempatan.
eFAMAPLACE
merupakan microsite yang
menyenaraikan lebih daripada 7,000 produk antaranya buah-buahan, sayur-sayuran,
makanan laut, daging serta bunga-bungaan. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan
durian, tomato, belimbing, buah naga, daging, ayam, keratan bunga segar, ikan bilis, pes masakan,
rempah-ratus dan banyak lagi. Ini
menjadikannya pusat sehenti kepada pengguna untuk mendapatkan produk agro
makanan Malaysia. Untuk mengakses e-marketplace
tersebut, pengguna Shopee hanya perlu menaip "FAMA" atau
"eFAMAPLACE" dalam bar carian.
Kempen ini
bertujuan membantu lebih ramai lagi petani dan usahawan tempatan untuk
membangunkan online store dan
memasarkan produk secara digital khususnya melalui microsite
eFAMAPLACE di Shopee. FAMA telah menyediakan 50,000 keping baucar bernilai RM5
hingga RM20 untuk pembelian oleh pengguna bagi menyokong produk keluaran
tempatan sepanjang tempoh kempen berlangsung yang akan berakhir pada bulan Ogos
2021. Sehingga kini, baucar yang ditebus dalam tempoh dua bulan lepas sejak 17
Disember 2020 telah mencatat nilai jualan berjumlah lebih daripada setengah
juta Ringgit.
Dato' Zainal Abidin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, "Prestasi jualan yang menggalakkan itu, membuktikan
kepentingan pemasaran secara digital. Oleh itu FAMA akan menggalakkan petani
dan usahawan tempatan menceburi pemasaran digital yang membolehkan mereka
memasarkan produk terus kepada pengguna untuk manfaat semua pihak. Kerjasama
dengan Shopee terbukti menjadi kaedah yang berkesan untuk membantu petani dan
usahawan tempatan memperluas jangkauan pasaran mereka. Shopee juga komited
dalam membantu petani dan usahawan tempatan mendirikan online store mereka menerusi Shopee University. Kami berharap usaha
ini dapat meningkatkan taraf hidup petani dan usahawan di seluruh negara."
Demi menyokong
usaha FAMA, Shopee akan memberi sokongan publisiti dan hebahan melalui aset
pemasarannya di Aplikasi, laman web dan juga media sosial. Antara usaha Shopee
untuk mempromosikan produk keluaran tempatan adalah menerusi sesi live streaming bersama Skuad Selebriti
Shopee iaitu Erma Fatima atau lebih dikenali sebagai Mak Cun melalui saluran
Shopee Live.
Mengulas mengenai
kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah
Urusan Serantau Shopee berkata, "Untuk manfaat rakyat Malaysia, kami
memberi pengguna akses langsung kepada produk pertanian daripada para petani
dan usahawan tempatan melalui kempen ini. Kerjasama kami bersama FAMA
memperkasakan komuniti pertanian dan merapatkan jurang antara para petani,
nelayan dan pengguna produk mereka menerusi platform e-dagang. Kami berbesar
hati kerana diberikan peluang ini bagi menyokong usaha pendigitalan sektor
ekonomi pertanian Malaysia dengan menyediakan ekosistem yang kukuh untuk mereka
terus berniaga."
Untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai eFAMAPLACE, para pengguna boleh menonton Shopee Live
pada jam 5 petang pada 1 dan 3 Mac 2021 untuk menyaksikan sesi live streaming Mak Cun edisi FAMA.
Dihoskan oleh Erma Fatima bersama Datin Rita Sosilawati pada 1 Mac dan Datin
Nur Shahida binti Mohd Rashid pada 3 Mac bersama dengan Pengarah Kanan Bahagian
Galakan Pasaran FAMA, Pn. Rosilawati Abu Hassan, mereka akan berkongsi resipi
lazat menggunakan bahan-bahan segar yang boleh didapati di eFAMAPLACE. Para
pengguna berpeluang untuk menikmati penjimatan yang lebih banyak di eFAMAPLACE
menerusi baucar eksklusif yang akan diberikan semasa sesi live streaming berlangsung.
Pengguna Shopee
yang melayari eFAMAPLACE semasa kempen 3.3 Jualan Pasar Raya dari sekarang
hingga 3 Mac 2021 juga akan menikmati potongan harga sebanyak RM20 dengan
pembelanjaan minimum RM80. Selain itu, kempen 3.3 Jualan Pasar Raya menawarkan
penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM10, tawaran potongan harga
50% setiap hari serta tawaran daripada serendah 33 sen apabila mereka
membeli-belah di Shopee.
Berbelanjalah dan
sokong petani serta usahawan tempatan kita di eFAMAPLACE melalui https://shopee.com.my/m/efama
good combination
BalasPadam