THE WOLF ‘AWAKENS’ | THE BIG BAD WOLF BOOK SALE RETURNS WITH A HYBRID BOOK SALE!

Mac 31, 2021 5 Comments
THE WOLF ‘AWAKENS’ | THE BIG BAD WOLF BOOK SALE RETURNS WITH A HYBRID BOOK SALE!

THE WOLF ‘AWAKENS’… 
THE BIG BAD WOLF BOOK SALE RETURNS WITH A HYBRID BOOK SALE!


Get ready as the World’s Biggest Book Sale, with up to 99% off the recommended retail price, is making a comeback with a Hybrid Sale combining the much-awaited Big Bad Wolf Book Sale’ on-ground Book Sale event together with the Online Book Sale. The first- ever Hybrid Big Bad Wolf Book Sale Malaysia 2021, will kick-off from the 1 st to 12 th of April 2021, offering book lovers and bibliophiles alike, the chance to browse and shop from more than 60,000 book titles.


After a long hiatus, due to the global COVID-19 pandemic, the Big Bad Wolf Book Sale is set to make a come-back with a bang, by hosting not one but two on-ground Sales in the Southern region of Malaysia. The Toppen Shopping Centre and AEON Mall Dato’ Onn, Johor Bahru, will be Big Bad Wolf Book Sale’ ‘wolf dens’ for 12 consecutive days [10 am to 10 pm], where shoppers can peruse at their own leisure, through a vast collection of books that are sold at amazingly low prices!


For those who want to shop from the comfort of their own homes, the Big Bad Wolf Online Book Sale’ e-commerce website will be available live 24 hours a day at https://online.shopbigbadwolfbooks.com/ Shoppers will be spoilt for choice at the Hybrid Big Bad Wolf Book Sale Malaysia 2021 as both Sales will be offering bestseller titles ranging from popular novels to science fiction, romance, literature, graphic art and business books to architecture, cookbooks, and many more, all under one website and at two on-ground locations in the heart of Johor Bahru.


“We are extremely excited and thrilled to be kicking-off our maiden comeback Big Bad Wolf Book Sale for 2021 by launching our first-ever Hybrid Book Sale that will run for 12 consecutive days. We have partnered with Toppen and AEON to hold our on-ground Sales in Johor Bahru that will be open daily from 10 am to 10 pm. Simultaneously, our Online Book Sale’ e-commerce website will be going live 24 hours daily to cater to our customers nationwide. We could not hold our World’s Biggest Book Sale for more than a year now due to the pandemic. Hence, we decided to host a Hybrid Book Sale to ‘quench the thirst’ of our loyal customers who have been patiently waiting for the Big Bad Wolf Book Sale to return,” said Andrew Yap, Co-Founder of Big Bad Wolf Books.


“There are amazing deals such the ‘1SEN Deal’ on offer for the Hybrid Book Sale as well free shipping within Peninsular Malaysia with a net purchase of RM180 and 50% off shipping with no minimum spend for orders and delivery within East Malaysia,” added Yap.


For our customers and staff's safety and hygiene, preventive safety SOPs measures, and precautions enforced by the Government of Malaysia will be adhered to at all times. Customers entering the Sale will be constantly monitored to ensure that they wear a mask and maintain a safe distance from one another while shopping.


PLEASE CLICK ON THE LINK: THE HYBRID BIG BAD WOLF PROMOTIONS FOR THE FULL LIST OF PROMOTIONS



Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

Mac 30, 2021 12 Comments
Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

Lamanya tak join mana-mana segmen ni. Hari ni alhamdulillah nampaknya berkesempatan ciktie nak join segmen. Segmen 24 Jam Bloglist Kak Mia Liana. Siapa nak join tu deras-deras la yer


Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....

SPEND RM10 AT BAKE WITH YEN, GET RM4 BACK WITH SHOPEEPAY

Mac 26, 2021 1 Comment
SPEND RM10 AT BAKE WITH YEN, GET RM4 BACK WITH SHOPEEPAY

SPEND RM10 AT BAKE WITH YEN, GET RM4 BACK WITH SHOPEEPAY


KUALA LUMPUR, 26 MARCH 2021 – Ask a professional baker, a bakery owner or even baking enthusiasts on where do they get their baking supplies and ingredients from, and chances are that they will say Bake with Yen. 


Aside from its value-for-money prices, Bake with Yen houses a wide assortment of 10,000 products on its shelves, making it a haven for all of one’s baking needs. 


Whether you are in the mood for pastries, cakes or bread, the No.1 baking ingredients retail store has a sheer variety of baking supplies from premixes, flour, dairy products, and cooking chocolate to baking appliances, cupcake moulds and more. 


Good news is that Bake with Yen is now accepting mobile wallet ShopeePay at all their 61 outlets across the country as a payment option. 


What does this mean? Users can enjoy savings when they pay with ShopeePay by receiving a RM4 cashback when they spend a minimum of RM10 at Bake With Yen. This cashback is limited to one redemption per user from 1 April 2020 till 30 June 2020. 


Subsequently, ShopeePay users will receive daily RM3 cashback with a minimum spend of RM15.


To find out where else you can utilise your ShopeePay to receive cashbacks, check out https://shopee.com.my/m/shopeepay-daily-rm-3-cashback.

Design Collection IDW | 200 Design Dalaman & Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

Mac 26, 2021 2 Comments
Design Collection IDW | 200 Design Dalaman & Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

Aishhh lawa betullah hiasan dan deko dalaman rumah akak sorang ini. Walaupun rumahnya tu cuma rumah flat. Tapii serius lah memang cantik! Pandai dia gabungkan warna dengan perabot dan hiasan lain dalamnya tu. Tak ketara sangat  ruang sempit kat dalamnya tu. Nampak lebih santai dan tersusun je. Kemas dan kreatif betul hasil seni tangan tuannya tu. Memang tabik la kalau ciktie yang buat tu. Hmmm entah tahun ke berapa nak jadi lawa pun taktaulah.


Ciktie sebenarnya suka tengok rumah orang ni..nak-nak yang dekonya cantik, kemas camtu. Jadi ilham dan inspirasi untuk turut cantikkan juga rumah kita. Apa orang kata dengan sedikit kesabaran sedikit ke dan kreativiti mampu memenuhi citarasa dan kepuasan. Nak-nak pula kita masih lagi berada dalam situasi pkp lagi ni. Haaa siapa sangka rumah sewa yang kita pernah diami dulu pun mampu bertukar menjadi rumah yang cukup bergaya, modern dan elegan macam tu. 


Aishhh kalau upah pereka dalaman pun entah berapalah yang dia caj tu kan?? Dan inilah antara dilema kita bila nak melakukan pengubahsuaian  rumah dan ruang dalaman. Nak cantik bukan mudah-mudah camtu je macam mana pun kena fikir bajetlah kan.

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan


Design Collection IDW | 200 Design Dalaman & Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik

Bercerita pasal ilham dan inspirasi ni, ciktie ada terima senaskah buku Design Collection IDW yang dihasilkan sendiri oleh pengasas IDW Design & Build Sdn Bhd iaitu pasangan pereka tersohor, IDr Lokman Hakim & IDr Rabiatul Adawiyah. Buku ini memaparkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya dari pelbagai ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi (3D) berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi dan panduan kepada kita untuk melakukan hiasan dalaman sendiri. Haaa dengan adanya buku ini ia memudahkan lagi kerja kita berinspirasi. Takdelah nak asyik nak menjengah rumah orang aje kan.


Kalau nak tahu, empayar dekorasi pasangan duo ini kini semakin kukuh setelah berjaya menyiapkan projek-projek kediaman dengan sentuhan magis mereka. Percaya kepada proses reka bentuk bukannya terhad kepada kos atau gaya reka bentuk tertentu sahaja tetapi juga berdasarkan pengalaman kreatif di mana keaslian dalam mencipta interaksi emosi antara manusia dan juga ruang. Dalam masa yang sama memenuhi keperluan praktis pemilik kediaman itu sendiri. Jom kenali latarbelakang pemilik IDW Design & Build (IDW) 

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan

Latar Belakang IDW Design & Build (IDW) 

Cabaran Membina IDW

IDW Design & Build (IDW) ditubuhkan pada tahun 2007. Ketika itu pasangan ini belum lagi berkahwin, berusia 21 tahun dan baru je menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.  


Penubuhan syarikat mereka ketika itu didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta. 3 tahun kemudian, mereka menerima tawaran projek untuk reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek yang memakan masa selama setahun untuk disiapkan tetapi disebabkan kurang pengalaman dan juga faktor umur yang masih muda, mereka seringkali tertipu dengan kontraktor yang mengambil kesempatan dan mereka berhadapan dengan bebanan hutang. Berkat keazaman dan semangat yang yang tinggi, mereka akhirnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan seterusnya ke peringkat sarjana. Dalam masa yang sama mereka turut menguruskan perniagaan IDW. 

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan


Sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh untuk menguruskan perniagaannya ini termasuklah pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di sarjana akibat kurang memberikan komitmen dalam pembelajaran.  


Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri kebakaran  IDW New Zealand  yang berlaku pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa mereka sekeluarga ketika percutian keluarga dimana rumah penginapan mereka hangus dijilat api telah membuka minda pasangan ini untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. 


Bertitik tolak dari kejadian itu, mereka telah mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.


Fenomena COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara kita dan juga seluruh dunia. Seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua orang hanya mampu berada di rumah berikutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan. Untuk mengatasi kebosanan sepanjang berada di rumah dan juga untuk mendapatkan ruang kediaman yang lebih selesa, permintaan untuk mencantik dan mereka bentuk ruang dalaman kediaman semakin meningkat dan IDW secara tidak langsung telah menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa baik untuk ruang bekerja, belajar ataupun ruang untuk menghabiskan masa bersama keluarga. 


Cantik kan?? 

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan


Tapi ciktie lagi sukakan yang ini 



Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang untuk tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanannya dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan membuktikan setiap pelaburan yang dilakukan oleh pelanggan adalah cukup berbaloi dengan hasil yang diperolehi. 

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan

Design Dalaman & Dekorasi Pilihan

Malah IDW sendiri sedaya upaya berusaha memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Perkhidmatan  reka bentuknya yang bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.


Tapi dengan adanya buku Design Collection ini, IDW berusaha membantu merealisasikan impian kita dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi jangan lupa ⏬⏬


DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897) 


Website : https://idw.design/idw-collection-design/ 

Instagram : @idw.design 


best interior design in malaysia 

house interior design in malaysia 

interior design in malaysia

interior design in selangor

interior design in shah alam

idw design & build

interior design kuala lumpur

interior design firm in malaysia

top interior design in malaysia

top interior design in selangor

top interior design in shah alam

home interior design

minimalist house design

modern house interior

boho room decor

bohemian decor

contemporary interior design

house interior design in selangor

aesthetic bedroom

living room design

bedroom interior design

free interior design

Interior design bumiputra

outdoor decor

famous interior designers

famous interior designers in malaysia

art deco interior design

3d room design

decoration design

interior design company in malaysia

interior design company in selangor

interior design company in shah alam

interior design near me




Sinopsis My Future Husband Lakonan Mira Filzah, Amy Mastura, Sean Lee, Malek Mccrone

Mac 20, 2021 4 Comments
Sinopsis My Future Husband Lakonan Mira Filzah, Amy Mastura, Sean Lee, Malek Mccrone

Hiii terlayan tayangan perdana My Future Husband la pula kita malam ni. Sebelum ini ada juga terbaca sinopsis cerita ni. Tapi lupalah dekat blog mana satu. Ni bila dah tengok kat sini, teringinlah pula nak tengok full cerita ni. Sukalah pula tengok si Mira Filzah dalam cerita ni. Nampak sweet je dia dalam cerita ni, dalam tak sedar kita pun tumpang tersengih sekali dah 🤭🤭 


Sinopsis My Future Husband Lakonan Mira Filzah, Amy Mastura, Sean Lee, Malek Mccrone

Mengisahkan Emily (Mira Filzah) yang bekerja di sebuah firma marketing di ibu kota. Dia teringin sangat nak tahu siapakah jodohnya yang sebenar apabila hubungan dengan teman lelakinya, Noh (Malek Mccrone) anak Tan Sri tidak direstui maknya (Amy Mastura) walaupun hubungan mereka telah terjalin selama 7 tahun. Bermacam cara dilakukan maknya agar hubungan mereka itu putus. 



Suatu hari, untuk memulihkan hubungan mak dan teman lelakinya itu, Emily telah mengatur satu temujanji antara mereka sempena ulang tahun kelahiran maknya dan juga ulang tahun perhubungannya tanpa pengetahuan kedua-duanya tapi lain pula jadinya. Kedua-duanya berkeras dengan pendapat masing-masing. Maknya kemudian memberi dia pilihan antara mak ataupun teman lelakinya. Kecewa dengan apa yang berlaku, dia secara tak sengaja bertemu dengan seorang makcik ni (Rozita Che Wan). Makcik itu menasihatinya supaya menerima kenyataan dengan apa yang berlaku untuk masa depan sambil menyerahkan sebuah jam pasir. 


Keesokan harinya setelah tersedar dari tidur, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki, suaminya dari masa depan! Atta (Sean Lee). Mereka akan bersama selama sebulan. 


Jadi kalau nak tahu apakah yang akan berlaku seterusnya kenalah sama-sama tengok cerita ni yer.. 





 





Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??

Mac 18, 2021 5 Comments
Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??

Habis dah drama cinta berhantu ni kalau tak mau hari-hari duk melayan. Tapi dengar kata ramai yang tak puas hati dengan ending drama ini yer? Ciktie sendiri pun baru je berkesempatan nak melayan episode last ni. 


Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??

Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri 

Mengisahkan tentang Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai Ezlan (Adi Putra) sepenuh hati sehingga sanggup melakukan apa sahaja tetapi Ezlan hanya menyintai Raihani (Nadia Brian) walaupun dia tahu maknya (Aznah Hamid) tidak menyukai pilihan hatinya itu.


Apasal Ending Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Camtu Je ??


Keputusan Ezlan mengawini Raihani menyebabkan Laila bertambah kecewa dan terluka ditambah pula dengan kematian maknya pada hari Ezlan dan Raihani berkahwin. Untuk mengubati kekecewaannya itu dia bertemu dengan mak saudaranya, Cik Embun (Lana Nordin) di bandar. Seorang pengamal dan pemakai untuk kelihatan lebih cantik, muda dan berkuasa. 


Kebahagiaan keluarga Ezlan dan Raihana yang dikurniakan 2 orang anak mula goyah sejak kemunculan semula dia ke kampung. Dia membawa seribu mistik dan menyimpan dendam yang telah lama terpendam akibat cintanya yang tidak terbalas. Termakan pujukan sepupunya, Ezlan ke bandar untuk mengubah nasib keluarganya dan sepeninggalannya dia mengamanahkan adik sepupunya, Pian (Atiq Azman) untuk membantu isteri dan maknya. Dan disebabkan rasa bertanggungjawab itu jugalah, Pian berusaha untuk membantu memulihkan kembali hubungan abang sepupu dan kakak sepupunya itu setelah bila menyedari perubahan pada abang sepupunya itu. Tapi lain pula jadinya. Hmmm tapi pelik juga yer..sesenang je main masuk keluar rumah dan bilik orang camtu. Mestilah orang fikir yang bukan-bukan kan. Dah jadi salah faham mata yang memandang. 


Ok, setelah berjaya mendapatkan Ezlan sekaligus meruntuhkan rumahtangga Raihani. Ezlan yang kecewa kerana beranggapan Raihani telah curang dibelakangnya bersama adik sepupunya telah membawa anak-anaknya tinggal bersamanya di bandar selepas berjaya mengarahkan Raihani untuk menyerahkan hak penjagaan anak kepadanya.


Disebabkan salahfaham dan untuk menutup aib keluarga dari tersebar, Raihani dan Pian terpaksa disatukan tanpa kerelaan masing-masing. Walaupun pada awalnya Pian tidak bersetuju dan berkeras tapi lama kelamaan dia mula menyintai isterinya itu. Berlainan pula dengan Raihani yang berterusan tidak dapat menerima Pian yang telah dianggap adik kepadanya. 



Tapi last ending tu, apasal matikan watak Pian tu. Ending ia macam tak bestlah. Macam tu je.. ni betul-betul tergantung. Laila mati kemudian dihidupkan semula untuk balas dendam oleh cik embun. Ezlan dan Raihani pula dapat bersatu semula. Kira happy ending ke camtu 🤔🤔 Kalau watak Ezlan yang dimatikan, ok juga. Kira semua tak dapat. Lagipun Ezlan tu bukannya baik sangat pun.. 


Tapi kira bolehlah.. cerita 15 episode inipun dah habis.



Layan McDonald’s Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira

Mac 14, 2021 6 Comments
Layan McDonald’s Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira

McDonald's Malaysia! namanya sudah gah sejak sekian lama. Seronoknya dapat nikmati McDonald’s ini, terdapat pelbagai menu yang sedap-sedap. Tak hanya itu, boleh juga berkumpul beramai-ramai. Hilangkan sekejap hari yang penat dengan kerja. Makan makanan segera ini dengan rakan dan famili, mahupun orang tersayang, secara tak langsung boleh bikin hati gembira.


Layan McDonald’s Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira 

Jika tak nak bersusah payah, boleh guna servis online food delivery dari FoodPanda. Penat kerja boleh terus balik ke rumah. Sudah sampai order McDonald’s melalui aplikasi Foodpanda. Tak perlu lagi susah payah masak dan perut yang lapar akan kenyang.


Menu McDonald’s Yang Menjadi Pilihan Ramai

Antara menu yang harus order untuk makan dari senarai list menu makanan yang ditawarkan oleh pihak McDonald’s ini adalah :- 

#1 - Nasi Lemak McD


Nasi lemak McD memang salah satu kegemaran sebabnya rasa nasi lemak ini memang best. Lebih puas bila dapat makan bersama dengan Ayam Goreng McD yang rangup dan besar. 100% dijamin HALAL dengan nasi yang wangi bersama sambal memang terbaik sekali. Nasi Lemak dengan sambal Malaysian's favourite yang tak boleh disangkal lagi. 


#2 - Ayam Goreng McD 

Walaupun ada banyak restoran menjual ayam goreng namun bagi Mai, ayam goreng McD ini tetap ada keistimewaannya yang tersendiri. Rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam dengan rasa rempah ratus memang sangat memuaskan. Lebih seronok bila ada dua pilihan iaitu original dan juga spicy. Order yang spicy, boleh makan sampai berpeluh.


#3 - Double Cheese Burger 

Cheese bila dimakan dengan apa jua menu memang sangat mengasyikkan. Lagi-lagi jika dimakan dengan kepingan daging burger yang tebal dan lembut. Untuk Mai, Double Cheese Burger McDonald’s memang sangat layak untuk menjadi menu kegemaran ramai orang disebabkan oleh rasanya yang sangat awesome dan berbaloi. 


#4 - Chicken McNugget 

Jika makan burger McDonald’s mesti nak ada makanan tambahan lain. Entahlah, rasa macam tak lengkap kalau tak ada. Dan dalam banyak-banyak makanan tambahan yang ada di McDonald’s ni, paling teruja dengan Chicken McNuggets.


Rasa Nuggets kat McDonald’s ni memang berbaloi sangat dengan rasanya yang sedap ditambah dengan isi ayamnya yang memang fresh dan 100% tanpa tulang sama sekali. Bila makan tu asyik mengunyah aje sampaikan tak sedar dah habis 🤭


#5 - Prosperity Burger : Hadirnya Setahun Sekali Saja Di Tahun Baru Cina 

Sekarang ni, McDonald's dah mula keluarkan Prosperity Burger miliknya yang hanya akan muncul setahun sekali, sempena tahun baru cina. Bila ada menu special begini ia akan menampakkan satu kelainan yang agak best cuma harap-harap menu itu sendiri kenalah sedap. Tak mau lah nanti setahun sekali tunggu  nak makan tapii tup-tup alamak kurang umph. Tak mau lah begitu kan.


Makin happy setiap kali ada perayaan di Malaysia, akan muncul juga menu khas yang jarang-jarang sekali ada tiap tahun. 


Boleh dikatakan McDonald's ada di mana-mana kat Malaysia ni. Tapi tak dinafikan juga yang McDonald's kadangkala agak sesak hingga makan masa yang lama untuk beratur. Apa nak buat, dah namanya pun antara restoran paling ramai orang kunjungi. Kena bawak bersabarlah yer untuk nikmatinya tu ✌️




Betul Ke Sedap Keropok Tokma ni ??

Mac 12, 2021 7 Comments
Betul Ke Sedap Keropok Tokma ni ??

Sebelum ni memang tak pernah dengar pun tentang keropok tokma ni. Kalau macam kerepek tu adalah.. macam-macam jenis ada. Sira, kosong, masin, manis..ha bagitau aje nak yang macamana. Tapi yang keropok ni memang ciktie tak pernah tahu langsung. Keropok viral Tokma!


Betul Ke Sedap Keropok Tokma ni ??

Nak dijadikan cerita dalam bulan lepas camtulah. Keluar pos barang dengan sorang officemate ni. Kebetulan pula masa tu dia pun nak ambil stok keropok ni. Haaa dari situlah sebenarnya ni. Merasa jugalah orang kata keropok tokma ni. Lain orang lain citarasanya kalau korang nak cuba dan nak dapatkannya boleh hubungi Lina dekat >> SINi <<


Packaging ia memang nampak lawa sangat. Kemas dan cantik je. Tak macam keropok yang pernah ciktie cuba sebelum ni. Sekali imbas dah macam keropok segera dah. Tapiii jangan tertipu yer yang ni belum goreng lagi. Nak makan kena goreng dulu okay 


Keropok Tokma 

Keluaran tempatan dari Kampung Jambu, Kota Bharu menggunakan isi ikan parang dari ikan segar. 




Diperbuat daripada ikan segar yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.  Bagi ciktie ok, not bad jugalah. Nipis macam keropok udang camtulah.. sekali ngap je tapi ciktie sebenarnya lebih sukakan keropok biasa jenis yang tebal tu. Cicah pula dengan air kopi pekat perghhh mau makan tak berhenti tu. Tapi yang ini pun ok cuma cepat masuk angin sikit kot a.k.a lemau kalau dibiarkan camtu lama sikit tanpa disimpan dalam bekas tertutup. Ialah keropok kalau dibiarkan camtu mana tak masuk angin kan 😅






Apapun dari segi rasa, ok tak mengecewakan..ramai yang suka. Baik kanak-kanak ataupun orang dewasa. Haa bagi korang yang nak cuba boleh hubungi terus Lina okay




Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar

Mac 04, 2021 5 Comments
Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran  | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar

Memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik semestinya menjadi idaman setiap orang terutamanya mereka yang bergelar wanita. Jadi tidak mustahillah ramai yang sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan impian yang satu ini. Bagi memenuhi dan merealisasi impian ini juga, Cosmoderm telahpun melancarkan rangkaian produk terbarunya, Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced penghujung bulan Januari hari tu. Didatangi dalam packaging yang cukup menarik dengan warna yang begitu mempersonakan. Merah jambu! Siapa yang memandang semestinya begitu teruja, termasuklah ciktie sendiri.


Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran  | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar

Dihasilkan daripada rumusan terbaru kombinasi Prebiotic dan Calamine yang bertindak membantu melegakan dan menenangkan kemerahan pada kulit (membantu merangsang pertahanan semulajadi kulit), membantu mencerahkan kulit dan memastikan microbioma kulit seimbang agar kulit kita kelihatan lebih berseri, cantik dan sihat dari dalam.

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Apa itu Prebiotic dan Calamine yang terkandung dalam Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced??

PREBIOTIC

Lebih dikenali sebagai makanan untuk Bakteria Baik untuk sistem eko kulit mikro kita yang membantu : 

  • Merangsang pertahanan semulajadi kulit wajah
  • Meningkatkan sinaran kulit 
  • Mengekalkan mikrobiome keseimbangan kulit.


CALAMINE 

digunakan untuk : 

  • Meredakan kerengsaan & kegatalan kulit 
  • Mengurangkan kemerahan dan minyak pada kulit
  • Mengurangkan  kesan selaan/ kesan terbakar terhadap sinaran matahari.


Didatangi dengan pakej lengkap yang cukup mudah. Mempunyai 4 produk semuanya dan setiap satunya telah ditandakan ataupun dilabel dengan turutan langkah yang sepatutnya. Yang paling best, ianya selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah jenis kulit sensitif mahupun kulit kering. Berminyak, normal ataupun kombinasi lagilah boleh guna. Kiranya satu pakej untuk semua orang ! tak perlu susah-susah nak fikir dah nak guna yang mana.


4 langkah mudah Cosmoderm Perfect Balanced

#1 : Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser 

Ia bertindak membersihkan kulit wajah secara mendalam hingga ke liang pori dan juga membantu penyerapan nutrien pada kulit agar kulit kelihatan lebih sihat, segar dan berseri.


Bebas tanpa Paraben, Fragrance, Artifical Colorant, SLS/SLES dan telah diuji secara Dermatologi. Teksturnya memang kurang buih.



#2 : Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

Bertindak mengimbangi pH kulit, membaiki serta melembapkan kulit. Juga tidak mengandungi paraben dan telah diuji secara dermatologi. 


Diformulasikan dengan calamine dan 20,000ppm prebiotik yang berfungsi melegakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan juga pertahanan semulajadi untuk mengekalkan kesimbangan mikrobioma kulit. 


Apapun sebelum menggunakannya, pastikan korang goncangkannya terlebih dahulu sebelum meratakan pada kulit wajah. 


#3 : Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Yang ini pula cream wajah yang bertindak membantu mengurangkan kemerahan, mencerahkan kesan cela dan memberikan kelembapan pada kulit. Selamat digunakan dan telah diuji secara dermatologi. Bebas dari Praben, Fragrance dan artifical color. Diformulasikan dengan Calamine pekat 30,000ppm yang bertindak menenangkan dan melegakan kulit disamping membaiki struktur kulit.


Teksturnya agak tebal sedikit. 



#4 : Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++

Ok, yang terakhir ini pula adalah Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF25PA++. Ia bertindak melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sangat membahayakan kulit serta melembabkan kulit dalam masa yang sama. Teksturnya memang best ! Cepat meresap. 


Ok inilah 4 set lengkap yang terkandung dalam koleksi Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ini. Cukup lengkap cukup mudah. Nak kongsi guna dengan adik-adik pun boleh tau.




Dapatkan Koleksi Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

Jadi untuk korang yang ingin mencuba  koleksi terbaru Cosmoderm Perfect Balanced ini, korang boleh dapatkannya di semua rangkaian Watson, Guardian, Aeon Wellness seluruh Malaysia ataupun dapatkannya secara online di www.cosmoderm.com.my ataupun di Shopee Cosmoderm Offical Store.


Untuk info lanjut boleh layari

Website | Facebook | Instagram



 





FAMA DAN SHOPEE TINGKATKAN PENYERTAAN PETANI DAN USAHAWAN TEMPATAN SETELAH MENCAPAI PRESTASI MENGGALAKKAN UNTUK E-FAMAPLACE

Mac 02, 2021 1 Comment
FAMA DAN SHOPEE TINGKATKAN PENYERTAAN PETANI DAN USAHAWAN TEMPATAN SETELAH MENCAPAI PRESTASI MENGGALAKKAN UNTUK E-FAMAPLACE

Hai, selamat tengahari korang.. Lamanya rasa tak merepek merapu dekat sini. Rasa macam dah berhabuk pula blog kita ni kan..


FAMA DAN SHOPEE TINGKATKAN PENYERTAAN PETANI DAN USAHAWAN TEMPATAN SETELAH MENCAPAI PRESTASI MENGGALAKKAN UNTUK E-FAMAPLACE

  

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Shopee bakal menarik lebih ramai petani dan usahawan tempatan untuk menyertai kempen eFAMAPLACE setelah mencatatkan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak sembilan kali ganda dalam tempoh dua bulan sejak kempen tersebut bermula pada 17 Disember 2020.

FAMA telah menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa platform e-dagang termasuk Shopee bagi melaksana pemasaran secara digital untuk produk agro makanan Malaysia. eFAMAPLACE di Shopee merupakan antara usaha berterusan FAMA bagi membantu petani dan usahawan membangunkan kedai atas talian (online store) serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan pemasaran digital. Ini bagi mempersiapkan mereka mendepani cabaran pemasaran terutama semasa pandemik Covid-19. Selain itu, kedai Agrobazaar Malaysia FAMA di Shopee yang dibuka pada bulan Mei 2020 telah memasarkan lebih daripada 250 jenis produk keluaran petani dan usahawan tempatan.

 


eFAMAPLACE merupakan microsite yang menyenaraikan lebih daripada 7,000 produk antaranya buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut, daging serta bunga-bungaan. Rakyat Malaysia boleh mendapatkan durian, tomato, belimbing, buah naga, daging, ayam,  keratan bunga segar, ikan bilis, pes masakan, rempah-ratus dan  banyak lagi. Ini menjadikannya pusat sehenti kepada pengguna untuk mendapatkan produk agro makanan Malaysia. Untuk mengakses e-marketplace tersebut, pengguna Shopee hanya perlu menaip "FAMA" atau "eFAMAPLACE" dalam bar carian.

 

Kempen ini bertujuan membantu lebih ramai lagi petani dan usahawan tempatan untuk membangunkan online store dan memasarkan produk secara digital khususnya melalui  microsite eFAMAPLACE di Shopee. FAMA telah menyediakan 50,000 keping baucar bernilai RM5 hingga RM20 untuk pembelian oleh pengguna bagi menyokong produk keluaran tempatan sepanjang tempoh kempen berlangsung yang akan berakhir pada bulan Ogos 2021. Sehingga kini, baucar yang ditebus dalam tempoh dua bulan lepas sejak 17 Disember 2020 telah mencatat nilai jualan berjumlah lebih daripada setengah juta Ringgit.

 

Dato' Zainal Abidin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA berkata, "Prestasi jualan yang menggalakkan itu, membuktikan kepentingan pemasaran secara digital. Oleh itu FAMA akan menggalakkan petani dan usahawan tempatan menceburi pemasaran digital yang membolehkan mereka memasarkan produk terus kepada pengguna untuk manfaat semua pihak. Kerjasama dengan Shopee terbukti menjadi kaedah yang berkesan untuk membantu petani dan usahawan tempatan memperluas jangkauan pasaran mereka. Shopee juga komited dalam membantu petani dan usahawan tempatan mendirikan online store mereka menerusi Shopee University. Kami berharap usaha ini dapat meningkatkan taraf hidup petani dan usahawan di seluruh negara."

 

Demi menyokong usaha FAMA, Shopee akan memberi sokongan publisiti dan hebahan melalui aset pemasarannya di Aplikasi, laman web dan juga media sosial. Antara usaha Shopee untuk mempromosikan produk keluaran tempatan adalah menerusi sesi live streaming bersama Skuad Selebriti Shopee iaitu Erma Fatima atau lebih dikenali sebagai Mak Cun melalui saluran Shopee Live.

 

Mengulas mengenai kolaborasi bersama FAMA, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, "Untuk manfaat rakyat Malaysia, kami memberi pengguna akses langsung kepada produk pertanian daripada para petani dan usahawan tempatan melalui kempen ini. Kerjasama kami bersama FAMA memperkasakan komuniti pertanian dan merapatkan jurang antara para petani, nelayan dan pengguna produk mereka menerusi platform e-dagang. Kami berbesar hati kerana diberikan peluang ini bagi menyokong usaha pendigitalan sektor ekonomi pertanian Malaysia dengan menyediakan ekosistem yang kukuh untuk mereka terus berniaga."

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai eFAMAPLACE, para pengguna boleh menonton Shopee Live pada jam 5 petang pada 1 dan 3 Mac 2021 untuk menyaksikan sesi live streaming Mak Cun edisi FAMA. Dihoskan oleh Erma Fatima bersama Datin Rita Sosilawati pada 1 Mac dan Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid pada 3 Mac bersama dengan Pengarah Kanan Bahagian Galakan Pasaran FAMA, Pn. Rosilawati Abu Hassan, mereka akan berkongsi resipi lazat menggunakan bahan-bahan segar yang boleh didapati di eFAMAPLACE. Para pengguna berpeluang untuk menikmati penjimatan yang lebih banyak di eFAMAPLACE menerusi baucar eksklusif yang akan diberikan semasa sesi live streaming berlangsung.

 

Pengguna Shopee yang melayari eFAMAPLACE semasa kempen 3.3 Jualan Pasar Raya dari sekarang hingga 3 Mac 2021 juga akan menikmati potongan harga sebanyak RM20 dengan pembelanjaan minimum RM80. Selain itu, kempen 3.3 Jualan Pasar Raya menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM10, tawaran potongan harga 50% setiap hari serta tawaran daripada serendah 33 sen apabila mereka membeli-belah di Shopee.

 

Berbelanjalah dan sokong petani serta usahawan tempatan kita di eFAMAPLACE melalui https://shopee.com.my/m/efama


My Ping in TotalPing.com