Haaa terjawab dah! Mika (Isaac Iman) itu juga sebenarnya bukan anak Ean dan Ruhaila. Azlan itu hanya pak sanggup atau hanya dijadikan kambing hitam untuk menutup aib Ruhila sekeluarga je. Terdesak dan merasa dipermainkan menyebabkan Ruhila sanggup meminta Azlan mengawininya. Kebetulan pula si Azlan itu masih lagi menyimpan perasaan dan hati terhadapnya. Bertambah- tambah pula dengan desakan tak habis-habis dari maknya, Cik Salmah tu.
>> Takdir Yang Tertulis >>
Terbuta dengan cinta sendiri, Si Azlan sanggup melakukan apa sahaja supaya dia tidak kehilangan Ruhila sehingga sanggup bersekongkol dan berkomplot dengan rancangan jahat Cik Salmah dan Hakim, peguam syarikatnya untuk membolot harta dan menyingkirkan Juweta, isteri pertamanya itu dalam diam.
Peluang hadir saat dia merasa sangat dimalukan ketika membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta sebagai Ketua Pegawai Operasi. Satu pertengkaran besar berlaku menyebabkan dia bernekad untuk bercerai ditambah pula dengan tindak tanduk Juweta selama ini yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami dan mereka seringkali tidak sefahaman, saling bertelingkah.
Selepas itu sedikit demi sedikit rahsia yang tersimpan sekian lama mula terbongkar. Bermula dengan mengesyaki Azlan curang dan mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Diam-diam Juweta mengikut langkah Azlan keluar dari rumah. Terasa dikhianati, Juweta nekad untuk memecat Azlan tetapi setibanya dia di pejabat, dia dikejutkan dengan kehadiran peguam syarikat yang terlebih dahulu menyampaikan khabar buruk.
Kesian Juweta. Tapi mungkin ini juga kifarah terhadap tindak tanduknya sebelum ini. Sombong, bongkak, angguh dan berlagak tu. Nasib baik Ean itu betul-betul move on dan sanggup membantu bukan seperti Hakim, mulut aje move on. Dalam hati 1001 rancangan jahat telah dirancangnya. Memang penangan dimalukan dikhalayak ramai.
Cik Salmah lakonan hebat Didie Alias ini pun tak kurang hebatnya juga. Sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa melukakan hati anak menantunya asalkan impian dia untuk hidup mewah dan kaya terlaksana. Aishhh memang seorang pendendam yang berjaya la dia ni. Zaman silam menjadkan dia begitu tamat !
Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis Karya Shahrulezad Mohameddin
Mengisahkan perkenalan dari zaman kolej. Ruhila (Datin Elvina Mohamad) dan Juweta (Nad Zainal) merupakan sahabat baik. Begitu juga Azlan (Nazim Othman) dan Ean (Alvin Chong). Juweta menaruh hati kepada Azlan manakala Azlan, kawan baik Ean menaruh hati kepada Ruhila tanpa mengetahui Ruhila itu sebenarnya pasangan Ean.
Perselisihan mereka mula tercetus apabila Azlan menghantar rombongan melamar Ruhila walaupun ketika itu dia telah mengetahui status Ruhila. Dia cuba mengambil kesempatan disebabkan Cik Salmah, mak Ruhila tidak menyukai Ean tetapi atas nasihat dan kerana Ruhila juga, Azlan menerima Juweta sebagai pasangan hidupnya.
Walaupun telah berkahwin, perasaan Azlan terhadap Ruhila tetap juga tidak berubah. Suatu hari Ruhila meminta Azlan mengawininya dan menyembunyikan status perkahwinan mereka. Sepanjang perkahwinan mereka itu jugalah, Azlan asyik diasak oleh mak mertuanya.
Nak tahu apakah kesudahannya? Haa lagi berbaki 6 episode rasanya drama ini. Jangan lupa sama-sama kita saksikan adakah berjaya Ean membantu Juweta mendapatkan semula haknya? Apakah respon Azlan bila mengetahui Mika itu sebenarnya bukan anak kandungnya dan Ruhila sendiri tidak pernah mencintainya.
tgh tggu cita ni habis baru nak marathon
BalasPadamdrama nni hot betul sekarang...
BalasPadamjemput join giveaway su ya
https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/the-first-giveaway-by-thesuraya.html
didie alias kalau berlakon jadi antagonis mmg menjadi la
BalasPadambest drama ni
BalasPadam