Best jugalah layan drama karya Emma Fatima ni walaupun memang dah nyata geram sangat dengan Manisah isteri Sulaiman tu. Memang batu api betullah dia ni.. yang dia nak sangat rumah peninggalan mentuanya tu apasal. Nasib baiklah kakak iparnya tu bukan jenis macam dia tu juga. Kalau tak adoiii tapi kesianlah last-last anak abang iparnya, Ira meninggal juga. Sedih sangat...kesian family dia
Sinopsis pesan dari tuhan
Mengisahkan persengketaan 2 saudara iaitu Sulaiman (Remy Ishak) dan abang iparnya, Jamil (Azhan Rani) yang berebut jawatan ketua kampung setelah kematian ayah mereka. Abang iparnya hanya ingin menunaikan amanat yang ditinggalkan tetapi tidak pada Sulaiman. Sulaiman berhasrat merebut jawatan Ketua Kampung yang telah ditinggalkan bapanya sekaligus mengenepikan abang iparnya.
Sulaiman turut dipengaruhi oleh isterinya Manisah (Izreen Azminda) yang bercita-cita tinggi. Pengundian telah dilakukan dan Jamil telah memenanginya tetapi Sulaiman tidak dapat menerima keputusan tersebut. Rentetan itu kekecohan mula berlaku. Penyokong-penyokong Sulaiman dan Jamil saling bergaduh sehinggakan Ira, anak Jamil diserang sawan dan dikejarkan ke hospital. Wakil Rakyat terpaksa masuk campur dan telah memilih Sulaiman sebagai Ketua Kampung yang baru mengenepikan pengundian yang telah dilakukan.
Setelah dilantik menjadi Ketua Kampung, Manisah mendesak Sulaiman menuntut rumah peninggalan mentuanya yang didiami Jamil sekeluarga sehingga tergamak menuduh Jamil sengaja melengah-lengahkan waktu walaupun ketika itu Jamil sekeluarga berada di hospital menjaga anak mereka. Manisah juga melarang anaknya Nilam daripada berkawan dengan Ira dan abangnya Marzuki iaitu anak Jamil. Tetapi larangan itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Diam-diam dia meneruskan persahabatannya tu. Tidak berapa lama kemudian, banjir besar melanda kampung mereka sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan yang tinggi.
Ketika air mula naik, Nilam berkejar ke rumah bapa saudaranya untuk bersama kedua sepupunya tanpa disedari kedua ibubapanya. Dalam perjalanan menyelamatkan diri, bot yang mereka naiki tidak seimbang menyebabkan mereka semua terjatuh ke dalam air dan terpisah antara satu sama lain. Bagaimanapun, Ira tidak dapat diselamatkan. Dia hanyut dibawa arus walaupun ketika itu dia dan Nilam telah berjaya memaut pada sebatang kayu. Banjir itu juga telah meranapkan rumah tinggalan yang menjadi rebutan Sulaiman itu. Haaa kan tak pepasal semua orang tak dapat!
Pengajaran
Kesimpulannya nak jadi ketua kampung tu. Bukan sekadar pada nama aje. Kena tahu apa yang terbaik untuk semua orang. Saling membantu.. berkerjasama. Jangan berat sebelah. Mentang-mentanglah masa pemilihan tu ada yang tak memilih kita, kita abaikan kebajikan dia. Kita buang dia dari jawatan yang disandangnya gara-gara ego dan merasa megah dengan jawatan besar yang kita ada. Haaa kan tak pepasal korang pula yang terpaksa baca bebelan ciktie kat sini hikhik
taktahu kenapa tapi Izreen Azminda sesuai dengan watak ceni
BalasPadambagusnya cerita ni...cerita macam ni lah yg patutnya menghiasi tv...bukan asyik asyik megah holding dan papa
BalasPadamBila baca review nie, tak pasal-pasal rasa geram pada Manisah tue, tapi sememangnya watak Manisah nie wujud pada dunia realiti..
BalasPadamsmlm kan ni ? ada tgk dekat next movie tu, tapi tak tggu terus tdo huhuh
BalasPadamkalau cite melayu yang ada banyak pengajaran memang best!
BalasPadamjgn gila kuasa. tanggungjawab tu berat di setiap title yg dpt
BalasPadam