Alamatt! Negeri Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis pun mengikut langkah Negeri Kelantan juga yer? Dalam Negeri Kelantan sendiri pun dah hampir keseluruhan zon merah kecuali Jeli yang masih zon kuning. Semoga terus kebal la satu zon tu. In Shaa Allah, aamiin
Tetapi kalau difikirkan balik daripada kes terus meningkat setiap hari, adalah lebih baik Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa. Sekurang-kurangnya boleh juga mengawal pergerakan kita yang semakin bebas dua tiga menjak tu. Adalah juga sekatannya daripada berterusan. Tak gitu tapi kali ni entah la..memang tak sama dengan PKP 1.0 yang dulu.
Dulu orang takut nak keluar. Kita yang terpaksa pergi kerja pun takut nak keluar. Tengok jalanraya macam kita sorang-sorang je yang pelik sebab kita je yang ada kat situ. Tapi sekarang takdenya. Tengok gaya macam masing-masing berlumba-lumba nak keluar pun ada 🤭
20 IDEA ATAU AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DIRUMAH BERSAMA ANAK-ANAK SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Seperti yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa Negeri di Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19 yang jangkitannya semakin meningkat. Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka terhad kepada perkhidmatan asasi atau essential services sahaja bagi menyekat penyebarannya. Mana-mana bidang yang tak berkaitan tu haaa usah khuatir dan jangan panik. Sama-sama kita jaga kita dan stay at home !
Dalam tak sedar dah beberapa hari dah kita melepasi fasa ini. Untuk meneruskannya pasti ada dikalangan kita yang tak keruan. Nak-nak pula terpaksa mengadap anak-anak tu pula. Hampir buntu memikirkan aktiviti apa lagi nak dibuat bersama mereka tu kan?? Ok dekat sini, ciktie ada 20 idea ataupun aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak bagi mengisi masa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni.
Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- Keluarkan permainan papan.
- Buat suatu diari untuk mencatat aktiviti seharian kita sekeluarga.
- Buat kek ataupun biskut! Mana tahu sedap boleh buat jana pendapatan baharu.
- Belajar membuat penyediaan makanan awal. Haa yang ini memang sangat berguna terutamanya pada mereka yang harus bekerja dari rumah kerana boleh menjimatkan masa ketika perlu meyediakan makan tengah hari.
- Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap orang boleh memilih filem untuk ditontoni setiap malam.
- Bersenam! Dekat rumah pun boleh aje tau..
- Buat countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.
- Bantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Bantu je yer bukan tolong siapkan 🤭
- Main teka-teki ataupun bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
- Buat senarai destinasi pelancongan yang ingin dilawati di Selangor.
- Mengemas rumah.
- Selongkar dan ketepikan barangan tidak terpakai untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
- Tolong buatkan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga. Hiasi ataupun deko rumah.
- Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
- Buat panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara! Jarak bersosial tidak bermakna kita tidak bersosial.
- Rancang percutian keluarga di Selangor.
- Mulakan aktiviti berkebun dirumah.
- Cipta filem keluarga di rumah.
- Reka peta tempat-tempat yang ingin di lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
- Karaoke di rumah!
Senarai pusat perubatan di Selangor
- KPJ Damansara Specialist
- Hospital Sunway
- Specialist Centre Damansara
- The Tun Hussein Onn National Eye
- Hospital Avisena Specialist
- Hospital Columbia Asia
- Hospital Bukit Rimau Ara Damansara
- Medical Centre Sunway Medical Centre
- KPJ KLang Specialist Centre
- Subang Jaya Medical Centre Assunta Hospital.
Simtom Covid-19
- selsema,
- batuk
- kesukaran untuk bernafas dan
- mengalami demam lebih dari suhu 37.5°
pastikan kita mengambil inisiatif untuk kuarantinkan diri dirumah dan buat panggilan ke Kementrian Kesihatan Malaysia di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapatkan nasihat dan maklum balas langkah yang seterusnya.
Bagus aktiviti kapal tu . stay at home kita jaga kita
BalasPadamIdea yang menarik untuk kita bagi pada anak-anak, selain dapat mengeratkan lagi hubungan antara anak dengan kita...
BalasPadamidea yang menarik. boleh cuba.
BalasPadambest buat bot kertas pastu layarkan kat longkang atau besen
BalasPadamBagus.. aktiviti yang bermanfaat gitu..
BalasPadamterima kasih
BalasPadamvitamin c terbaik
manfaat vitamin c
kebaikan durian belanda
terima kasih kerana share..
BalasPadamsakit kepala
sakit belakang
cara menghilangkan sakit kepala
hehe nice!!!
BalasPadam