Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Januari 24, 2021 8 Comments
Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Alamatt! Negeri Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis pun mengikut langkah Negeri Kelantan juga yer? Dalam Negeri Kelantan sendiri pun dah hampir keseluruhan zon merah kecuali Jeli yang masih zon kuning. Semoga terus kebal la satu zon tu. In Shaa Allah, aamiin


Tetapi kalau difikirkan balik daripada kes terus meningkat setiap hari, adalah lebih baik Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa. Sekurang-kurangnya boleh juga mengawal pergerakan kita yang semakin bebas dua tiga menjak tu. Adalah juga sekatannya daripada berterusan. Tak gitu tapi kali ni entah la..memang tak sama dengan PKP 1.0 yang dulu. 


Dulu orang takut nak keluar. Kita yang terpaksa pergi kerja pun takut nak keluar. Tengok jalanraya macam kita sorang-sorang je yang pelik sebab kita je yang ada kat situ. Tapi sekarang takdenya. Tengok gaya macam masing-masing berlumba-lumba nak keluar pun ada 🤭


20 IDEA ATAU AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DIRUMAH BERSAMA ANAK-ANAK SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Seperti yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa Negeri di Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19 yang jangkitannya semakin meningkat. Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka terhad kepada perkhidmatan asasi atau essential services sahaja bagi menyekat penyebarannya. Mana-mana bidang yang tak berkaitan tu haaa usah khuatir dan jangan panik. Sama-sama kita jaga kita dan stay at home !


Dalam tak sedar dah beberapa hari dah kita melepasi fasa ini. Untuk meneruskannya pasti ada dikalangan kita yang tak keruan. Nak-nak pula terpaksa mengadap anak-anak tu pula. Hampir buntu memikirkan aktiviti apa lagi nak dibuat bersama mereka tu kan?? Ok dekat sini, ciktie ada 20 idea ataupun aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak bagi mengisi masa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni.


Idea / Aktiviti Untuk Anak-anak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  • Keluarkan permainan papan.
  • Buat suatu diari untuk mencatat aktiviti seharian kita sekeluarga.
  • Buat kek ataupun biskut! Mana tahu sedap boleh buat jana pendapatan baharu. 
  • Belajar membuat penyediaan makanan awal. Haa yang ini memang sangat berguna terutamanya pada mereka yang harus bekerja dari rumah kerana boleh menjimatkan masa ketika perlu meyediakan makan tengah hari.
  • Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap orang boleh memilih filem untuk ditontoni setiap malam. 
  • Bersenam! Dekat rumah pun boleh aje tau..
  • Buat countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang. 
  • Bantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah. Bantu je yer bukan tolong siapkan 🤭
  • Main teka-teki ataupun bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
  • Buat senarai destinasi pelancongan yang ingin dilawati di Selangor.
  • Mengemas rumah.
  • Selongkar dan ketepikan barangan tidak terpakai untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
  • Tolong buatkan  kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga. Hiasi ataupun deko rumah.
  • Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
  • Buat panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara! Jarak bersosial tidak bermakna kita tidak bersosial.
  • Rancang percutian keluarga di Selangor.
  • Mulakan aktiviti berkebun dirumah.
  • Cipta filem keluarga di rumah.
  • Reka peta tempat-tempat yang ingin di lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
  • Karaoke di rumah!


Dengan melakukan aktiviti-aktiviti seumpama ini sepanjang tempoh pkp ini secara tidak langsung dapat membantu kita mengisi masa lapang yang terluang bersama anak-anak. Ini juga dapat membantu kita meluangkan masa secara berkualiti bersama disamping dapat menghindari diri dari keinginan keluar bersiar

Walaubagaimanapun, jika kita merasa tidak sihat dan memerlukan perhatian perubatan, kita boleh aje terus ke pusat perubatan atau hospital terdekat bagi melakukan saringan.


Senarai pusat perubatan di Selangor 

Berikut adalah senarai pusat perubatan di Selangor yang boleh kita kunjungi :-
  • KPJ Damansara Specialist 
  • Hospital Sunway
  • Specialist Centre Damansara 
  • The Tun Hussein Onn National Eye 
  • Hospital Avisena Specialist 
  • Hospital Columbia Asia 
  • Hospital Bukit Rimau Ara Damansara
  • Medical Centre Sunway Medical Centre
  • KPJ KLang Specialist Centre
  • Subang Jaya Medical Centre Assunta Hospital.

Simtom Covid-19

Jika kita terdedah kepada pesakit ataupun tempat menularan Covid-19, menghadapi simtom-simtom seperti 
  • selsema, 
  • batuk
  • kesukaran untuk bernafas dan
  • mengalami demam lebih dari suhu 37.5°

pastikan kita mengambil inisiatif untuk kuarantinkan diri dirumah dan buat panggilan ke Kementrian Kesihatan Malaysia di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapatkan nasihat dan maklum balas langkah yang seterusnya.


Jangan terus ke klinik berhampiran kerana kita boleh menyebarkannya kepada orang disekeliling. Berhati-hati dan stay at home. In Shaa Allah, kita boleh selamatkan diri kita dan juga orang lain. 


Sinopsis Pesan Dari Tuhan

Januari 11, 2021 6 Comments
Sinopsis Pesan Dari Tuhan

Best jugalah layan drama karya Emma Fatima ni walaupun memang dah nyata geram sangat dengan Manisah isteri Sulaiman tu. Memang batu api betullah dia ni.. yang dia nak sangat rumah peninggalan mentuanya tu apasal. Nasib baiklah kakak iparnya tu bukan jenis macam dia tu juga. Kalau tak adoiii tapi kesianlah last-last anak abang iparnya, Ira meninggal juga. Sedih sangat...kesian family dia


Sinopsis pesan dari tuhan

Mengisahkan persengketaan 2 saudara iaitu Sulaiman (Remy Ishak) dan abang iparnya, Jamil (Azhan Raniyang berebut jawatan ketua kampung setelah kematian ayah mereka. Abang iparnya hanya ingin menunaikan amanat yang ditinggalkan tetapi tidak pada Sulaiman. Sulaiman berhasrat merebut jawatan Ketua Kampung yang telah ditinggalkan bapanya sekaligus mengenepikan abang iparnya. 



Sulaiman turut dipengaruhi oleh isterinya Manisah (Izreen Azminda) yang bercita-cita tinggi. Pengundian telah dilakukan dan Jamil telah memenanginya tetapi Sulaiman tidak dapat menerima keputusan tersebut. Rentetan itu kekecohan mula berlaku. Penyokong-penyokong Sulaiman dan Jamil saling bergaduh sehinggakan Ira, anak Jamil diserang sawan dan dikejarkan ke hospital. Wakil Rakyat terpaksa masuk campur dan telah memilih Sulaiman sebagai Ketua Kampung yang baru mengenepikan pengundian yang telah dilakukan. 


Setelah dilantik menjadi Ketua Kampung, Manisah mendesak Sulaiman menuntut rumah peninggalan mentuanya yang didiami Jamil sekeluarga sehingga tergamak menuduh Jamil sengaja melengah-lengahkan waktu walaupun ketika itu Jamil sekeluarga berada di hospital menjaga anak mereka. Manisah juga melarang anaknya Nilam daripada berkawan dengan Ira dan abangnya Marzuki iaitu anak Jamil. Tetapi larangan itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Diam-diam dia meneruskan persahabatannya tu. Tidak berapa lama kemudian, banjir besar melanda kampung mereka sehingga mereka terpaksa menyelamatkan diri ke kawasan yang tinggi.


Ketika air mula naik, Nilam berkejar ke rumah bapa saudaranya untuk bersama kedua sepupunya tanpa disedari kedua ibubapanya. Dalam perjalanan menyelamatkan diri, bot yang mereka naiki tidak seimbang menyebabkan mereka semua terjatuh ke dalam air dan terpisah antara satu sama lain. Bagaimanapun, Ira tidak dapat diselamatkan. Dia hanyut dibawa arus walaupun ketika itu dia dan Nilam telah berjaya memaut pada sebatang kayu. Banjir itu juga telah meranapkan rumah tinggalan yang menjadi rebutan Sulaiman itu. Haaa kan tak pepasal semua orang tak dapat! 


Pengajaran

Kesimpulannya nak jadi ketua kampung tu. Bukan sekadar pada nama aje. Kena tahu apa yang terbaik untuk semua orang. Saling membantu.. berkerjasama. Jangan berat sebelah. Mentang-mentanglah masa pemilihan tu ada yang tak memilih kita, kita abaikan kebajikan dia. Kita buang dia dari jawatan yang disandangnya gara-gara ego dan merasa megah dengan jawatan besar yang kita ada. Haaa kan tak pepasal korang pula yang terpaksa baca bebelan ciktie kat sini hikhik





Sinopsis Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish Di Slot Samarinda TV3

Januari 04, 2021 10 Comments
Sinopsis Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish Di Slot Samarinda TV3

Aishhh banyak drama best-best la pula sekarang ni. Pukul 7 best..pukul 10 best, alamatnya lepak depan tv ajelah kita sehari-hari yer. Nasib baikla ciktie layan drama pukul 10 ni dekat aplikasi iQIYI ke apa namanya tu. Takdela nak kena tunggu sangat 😁 cuma yang drama angkara cinta dan bidadari salju tu je jenuh nak kena cari dekat Google je. Banyak sangat skip 


Oklah tolak drama bidadari salju dan angkara cinta tu. Kita certa pasal drama hero pujaan ramai ni. Drama ni terasa sekejap je satu-satu episode tu. Buat kita tak sabar nak tunggu episode seterusnya tu betulla. Tengok-tengok dah habis episode 4. Maknanya ada lagi 11 episode sebelum drama lain pula mengambil alih. 



Bougainvillea, drama arahan Ayie Mustafa yang dibintangi oleh Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish. Mula bersiaran 28 Disember 2020 yang lalu menggantikan Misteri Mona di Slot Samarinda TV3. 


Sinopsis Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Intan Ladyana dan Nora Danish Di Slot Samarinda TV3

Mengisahkan kehidupan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya sebagai seorang arkitek. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan suaminya itu walaupun adakalanya dia terasa hati dengan Adrian. Bibah (Ziema Din) dan Mimie (Nora Danish) tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie mempunyai seorang kawan baik, Ali ( ) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Mimie  selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya yang boleh memberinya keselesaan dan kesenangan. Ianya turut disokong oleh mak angkatnya, Bibah.


Mimie juga sangat mengagumi keluarga Adrian dan Aryanna. Baginya keluarga itu begitu sempurna dan sepadan sangat. Hazira (Hanna Aqeela) pula kawan Aryanna daripada zaman kolej. Dia sangat rapat dengan keluarga Adrian dan anak-anak Aryanna serta bebas untuk keluar masuk ke rumah pasangan itu. 


Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji apabila suatu hari Aryanna kemalangan dan tidak sedarkan diri ketika pulang daripada medical checkup. Atas nasihat ibu dan mertuanya, Adrian kemudiannya telah mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna demi keperluan dan kebajikan anak-anaknya.  Kebetulan pula Mimie baru sahaja berhenti kerja. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie itu amat menyenangkan Adrian tetapi segala-galanya berubah selepas itu. Sikap Adrian yang penyayang, baik, lembut dan setia terhadap isterinya telah menambat hatinya. Dia mula jatuh cinta dan berusaha menjadikan Adrian miliknya. Ditambah pula dengan hasutan dari Mak ngahnya.


Tidak mahu mengendahkan kata-kata ibu majikannya yang menginginkan dia meletak jawatan mereka akhirnya ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapii Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie yang tidak berpuas hati kemudiannya berusaha mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna tersedar daripada koma dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang begitu obsesif terhadap suaminya dan berbahaya.


Haaa kalau nak tahu full jalan ceritanya kenalah tengok drama ni yer. Ciktie pun tak sabar ni nak tahu macamana konflik seterusnya tu boleh berlaku 🤔🤔






Selamat tahun Baru

Januari 02, 2021 6 Comments
Selamat tahun Baru

Alhamdulillah sampai juga kita ke tahun baru 2021. In Shaa Allah semoga permulaan yang baik akan sentiasa menghiasi hari-hari kita yang akan mendatang. Aamiin 


Selamat Tahun Baru

Macam biasa cerita di awal tahun. Azam 2021 !! Tahun lepas tak tercapai dah..tahun ni tak tahulah kan 😁😁 carry forwad lagilah azam lama ke tahun baru cumanya In Shaa Allah tahun ini akan menjadi tahunnn kita #dirisendiri . Takmau peduli cakap² orang dan takmau fikir pasal orang. Sangat ! 



Dek fikir pasal orang hidup kita tak kemana-mana juga. So, kali ni jalan je straight. Kiri kanan kena main tepis je. Hidup je macam burung..bebas terbang tinggi rendah walau ada seribu bebanan yang perlu digalas. Tak gituuu ceewahh ✌️ 


Oklah hingga jumpa lagi korang. Jangan lupa jaga diri. Kita masih lagi belum menang ye #kitajagakita








My Ping in TotalPing.com