Finally habis juga drama penuh misteri ni. Walaupun cuma 8 episode! Episode yang cukup pendek bagi ciktie tapi dia punya jalan cerita tu. Memang terbaiklah. Puas hati sangat!! Tahniah buat semua pengarah, penerbit, pelakon, krew atau siapa-siapa yang terlibat dengan drama MISTERI MONA ni.
Tak sangka Dr Nedeem tu fahmi rupanya pandai korang teka yer yang bercita-cita nak jadi doktor tu. Rupanya jadi doktor dekat klinik khayalan bilik bawah tanah rumahnya sendiri. Patutlah masa mula-mula Farah kerja tu dia tak bagi masuk ke situ. Misteri rupanya bilik tu.
Trauma dan tekanan penyebab penyakit mental
Drama arahan Amir Rizan ini mengetengahkan dua pesakit mental, kesan daripada trauma zaman kanak-kanak mereka. Seorang mengidap Skizofernia (skizo) akibat daripada trauma kakak dan ibunya bunuh diri. Manakala seorang lagi mengidap Dissociative Identity Disorder atau Split Personality (did), trauma kakaknya mati dibunuh dihadapannya.
Kalau kita sendiri pun tak dapat nak bayangkan macamana nak hadapinya, nak teruskan hidup. Selalu kemana-mana berdua tiba-tiba seorang mati ditikam didepan-depan kita pula. Memang trauma yang amat la. Nak-nak pula bila kita memang bergantung harap padanya pula.
Bila sokongan dan rawatan yang sepatutnya tidak diperolehi, akibatnya bertambah kroniklah jadinya. Kasihan kedua-duanya tapi sedihlah drama ni. Ia memaparkan macamana kasih dan sayangnya seorang suami yang berusaha melindungi isterinya tu.
Sinopsis Drama Misteri Mona Arahan Amor Rizan
Mengisahkan seorang wanita, Anom (Janna Nick) yang mengidap penyakit mental yang kronik akibat daripada kisah silamnya. Dia sering berhalusinasi tentang seorang wanita yang menghantuinya. Untuk membantu mengawal kondisi halusinasinya itu, suaminya Dr Nadeem (Redza Rosli), telah memberinya ubat tetapi kerana pekerjaannya sebagai doktor yang terlalu sibuk menyebabkan dia terpaksa mencari 'caregiver' untuk menjaga dan memastikan isterinya sentiasa mengambil ubat mengikut masa yang ditetapkan.
Farah (Elisha Sandha) pula merupakan bekas lepasan graduan. Terdesak untuk mendapatkan perkerjaan setelah sekian lama menganggur dan nyaris-nyaris nak dihalau keluar dari rumah sewanya. Merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin.
Layanan baik serta sifat Anom yang lembut lembut menyebabkan dia jatuh kasihan dan berusaha menjaga Anom sebaik mungkin meskipun pernah dimarahi teruk oleh Dr Nadim kerana kesilapannya tidak memerhati betul-betul Anom mengambil ubat. Anom yang menyenangi Farah dari hari pertama Farah berkerja mula bercerita tentang kisah silamnya.
Walaupun Anom tidak lagi meninggalkan ubatnya, dia tetap diburu oleh bayangan misteri seorang wanita. Dia juga seringkali lupa tentang wanita itu setiap kali tersedar dari tidur.
Suatu hari, dia menjumpai gambar ultrasound di dalam kotak yang disembunyikan oleh Dr Nadeem. Dia mula merasakan bahawa dia sebenarnya pernah mengandung. Dia cuba memberitahu Farah, tetapi Farah menjadi ragu-ragu dengan kata-kata Anom apatah lagi Dr Nadeem sentiasa berpesan agar tidak mempercayai kata-kata dan cerita isterinya itu.
Selain dibayangi wanita misteri, Anom juga sering terdengar bunyi-bunyi aneh di atas loteng rumahnya seperti bunyi rantai besi dan juga suara seorang wanita. Kerana sering terganggu dia berusaha sendiri untuk memastikan apa yang berada di situ. Farah yang ketika itu sedang memasak berlari ke atas apabila terdengar suara Anom menjerit memanggil seseorang. Dia kehairanan apabila mendapati Anom memberitahu yang dia baru sahaja 'melepaskan' seorang perempuan yang bernama Mona yang terikat disitu.
Ikmal, kawan Farah yang bekerja di hospital swasta seringkali skeptikal apabila mendengar cerita Farah mengenai kisah Anom dan Dr Nadeem. Suatu hari dia cuba membantu Farah untuk memeriksa kandungan ubat yang dibekalkan untuk Anom. Setelah mengetahui kandungan ubat itu, dia merasakan nyawa Farah dalam bahaya.
Ketika itu Mona mula memunculkan diri dihadapan Farah. Dia mula berbual dan bercerita mengenai kisah silamnya dengan Anom. Namun Farah cuma diam memerhati seolah ada sesuatu yang sentiasa bermain dalam fikiran. Sebelum dia pulang, Mona sempat mengugutnya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai dirinya itu.
Farah menjadi semakin tidak selesa apatah lagi bila mengetahui kandungan ubat Anom yang mempunyai dos yang tinggi itu. Untuk mengurangkan kegusarannya dia akhirnya memberitahu Ikmal bahawa Mona yang dijumpainya itu sebenarnya adalah diri Anom sendiri.
Tindakan Ikmal seterusnya pergi berjumpa dengan Dr Uwais akhirnya telah membongkarkan semuanya. Dua-duanya pesakit Dr Uwais.
Mula-mula tu berbelit-belit jalan ceritanya akhirnya terjawab juga siapa Mona sebenarnya? Dia adalah aku tapi aku bukan dia! Kisah masa lalunya menjadikan siapa dia masa kini. Dalam tak sedar semua dah terjadi..
jenuh nak faham kan.....sakit jiwa tengok cerita ini..pandai dia buat cerita
BalasPadamterlepas drama ni
BalasPadamterpaksa skip review ciktie ni jap, then bookmark sbb nak tgk dulu.. nanti i dtg balik to share my opinion heheh
BalasPadamtgh tggu mood nak marathon cita ni.. ada dlm youtube
BalasPadam