Ahad, 29 November 2020

WHITEKISH Magic Charcoal | Membantu Memutihkan Gigi Dengan Lebih Cepat dan Mudah

Memiliki gigi putih berseri merupakan idaman setiap orang baik lelaki mahupun perempuan. Selain mampu menonjolkan imej positif seseorang, ia juga turut meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang itu terhadap dirinya apabila berada di khalayak ramai. 


Bagi pengemar kopi ataupun mereka yang kerap menghirup minuman berkafein mahupun perokok, masalah gigi kuning disebabkan tanin iaitu sejenis bahan dari kulit kayu yang terkandung didalamnya merupakan masalah utama mereka. Ia akan menjadi lebih teruk seandainya tidak dijaga dan tiada sebarang usaha mengatasinya dilakukan.


Tetapi ini tidak bermakna mereka perlu meninggalkannya. Baru-baru ni ciktie telah mencuba satu produk penjagaan gigi keluaran tempatan ini. Memang sesuai untuk sesiapa yang ada masalah gigi kuning, karat gigi ataupun nafas berbau. Sekali cuba dah boleh nampak kesan perubahannya. Tapi untuk kesan yang lebih jelas penggunaan secara konsisten selama 7 hari adalah lebih baik *dengan penggunaan yang betul.

Whitekish



WHITEKISH Magic Charcoal | Membantu Memutihkan Gigi Dengan Lebih Cepat dan Mudah

WHITEKISH Magic Charcoal

Merupakan produk penjagaan gigi keluaran tempatan Malaysia yang menggunakan teknologi Jepun. Dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi iaitu arang dari tempurung kelapa (Cocuout Shell). Selamat digunakan dan telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia [NOT200700100K]


Kelulusan daripada KKM
Tidak mengandungi bahan kimia dan tidak juga mengandungi bahan penghakis (peroxide) yang boleh menyebabkan kerosakan gigi. Jadi tidaklah risau sangat. Selain mengembalikan gigi putih, ia bertindak menyerap segala 'Food Chemical' dan membunuh bakteria yang menyebabkan mulut berbau.


Hadir dalam bentuk serbuk halus dalam pack berbentuk crown bersama berus gigi bergigi halus. 

WHITEKISH Magic Charcoal




Kelebihan WHITEKISH Magic Charcoal

✓memutihkan gigi 

✓membunuh bakteria yang menjadi punca mulut berbau

✓Berkesan menghilangkan karang di tusuk gigi terutama perokok

✓membantu menghilangkan karang gigi

✓Meneutralkan tahap pH dalam mulut


Siapa tak suka..dengan sekali cuba dah boleh nampak perbezaannya. Lepas ini tak perlu lagi nak cover senyum ke apa dah. Cara penggunaannya pun mudah je cuma tak bolehlah main belasah aje guna. Kena ikut cara yang betul untuk mengelakkan rasa ngilu ke apa kan.


Testimoni selepas 7 hari menggunakan WHITEKISH tapi inipun penggunaannya tidak konsisten mana.



Cara Penggunaan WHITEKISH Magic Charcoal  yang betul

Langkah Pertama 

Guna 2 kali sehari selama seminggu.

Langkah Ke-2

Guna 2 kali seminggu. Selain daripada itu boleh guna ubat gigi berfluorida seperti biasa. 

Langkah Ke-3 

Gunakan berus yang diberikan atau mana-mana berus gigi yang lembut dan halus sahaja. Gosok dengan perlahan dan jangan gosok dengan kasar.



Video cara penggunaan WHITEKISH


Untuk info lanjut korang boleh layari sesawang sesawang https://www.whitekish.com/ ataupun boleh hubungi 017-8898878




 

6 ulasan

  1. wahh...di zaman moden ni...macam macam ada jual ye

    BalasPadam
  2. siap ada sijil notifikasi kkm.. bagus..

    BalasPadam
  3. Terbaiklah produk ni,dapat menyelesaikan masalah berkaitan gigi dan nafas berbau.

    BalasPadam
  4. wah.makin putih bersewi-sewi gigi cik tie lps ni..senyum selalu la nanti..hehe..

    BalasPadam
  5. singgah sini.. menarik produk ni betol2 boleh putihkan gigi dlm masa singkat!

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.