Isnin, 23 November 2020

Sinopsis Drama Beri Sedikit Masa Slot Samarinda TV3

Dah 4 episode dah drama slot Samarinda TV3 ini bersiaran. Oklah walaupun terasa macam slow sikit jalan ceritanya ni tapiii. Bila dah masuk episode ke-4 ini, ia membuatkan kita tertunggu-tunggu apakah yang akan terjadi seterusnya. Dengan Imran yang berpenyakit camtu, Farhan yang tak habis-habis menfitnah Niya dan Niya sendiri yang telah menjadi pembantu rumah Imran tu. 


Tapi kesianlah dekat Niya tu! Terpaksa curi-curi berteduh dalam stor rumah tempatnya berkerja tu. Nasib baiklah juga Si Imran tak menerjah ke stor tu. Tapi lepas ini taktaulah kan dibuatnya tuan rumah tu tiba-tiba menerjah ke stor. Apapun tak sabar nak tunggu episode seterusnya ni.


Beri sedikit masa


Sinopsis Drama Beri Sedikit Masa Slot Samarinda TV3

Mengisahkan kehidupan Hananiah aka Niya (Zara Zya) yang kacau bilau tiada tempat bergantung apabila diceraikan suaminya (Shaz Jazle) tanpa sebab yang munasabah setelah suaminya itu berkahwin lain. Walaupun Niya menyedari dia bukan menantu pilihan, dia berusaha menjadi yang terbaik untuk suaminya. Dikala suaminya dihimpit menghadapi masalah kewangan, dia sanggup berhabis untuk membantu tetapi sebenarnya dia tertipu ! 


Kesetiaannya dikhianati. Dia bukan sahaja dimadukan dalam diam tapi turut diceraikan pada hari ulangtahunnya. Dia juga turut dipisahkan dengan satu-satunya zuriat yang dimilikinya. Nyaris-nyaris dia kehilangan Luqman tetapi ketika mertua dan adik iparnya leka memilih baju, dia berjaya melarikan anaknya itu. Setelah menyedari hal itu, Puan Faridah yang sememangnya tidak berpuas hati berusaha memujuk anaknya, Farhan supaya mendapatkan hak penjagaan keatas cucunya itu. Bagai jatuh ditimpa tangga, Niya turut dikejar oleh orang-orang Along setelah mereka gagal mengesan Farhan yang gemar berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya untuk melangsaikan hutang-hutangnya.


Setelah penat berusaha untuk mendapatkan pekerjaan bagi menampung kehidupannya dua beranak, Niya diterima bekerja sebagai pembantu pejabat di syarikat suami Sofea (Farisha Irwayu)! Kebetulan ketika itu, sofea sekeluarga perlu ke luar negara untuk mengembangkan perniagaan mereka. Berpuashati dengan hasil kerja yang ditunjukkan menyebabkan Sofea menawarkannya kerja sebagai pembantu rumah adiknya, Imran dengan gaji yang cukup lumayan dan kontrak selama 3 bulan. Imran (Aqasha) merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder), yang lebih cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupannya. Dia akan bertindak akresif sekiranya sesuatu yang dirancangnya tidak menjadi. Menjadi cepat marah, panik dan sensitif. Ditambah pula dengan trauma pengalaman pahit sewaktu zaman kanak-kanaknya setelah melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya. Ini menyebabkan dia terlalu bergantung kepada kakaknya untuk mengawal dan menghilangkan perasaan takutnya itu.



Tersentuh dengan sifat Niya yang tidak mudah mengalah, cekal dan tabah melayani kerenah cerewetnya menyebabkan Niya mendapat tempat dihatinya. Dia mula menyayangi Niya dan luqman. Menyedari penyakitnya menjadi penghalang utama cintanya menyebabkan dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan. 


Saat bahagia datang menghampiri, Farhan kembali merayu agar dia diberi peluang demi kebaikan anak mereka. Berbagai cara telah ditunjukkan demi membuktikan kesungguhannya itu. Nak tahu siapakah diantara Imran mahupun Farhan yang menjadi pilihan Niya? Kenalah sama-sama tengok drama 15 episode yang menghiasi slot samarinda ni. Lagipun mesti nak tahu juga apa akan jadi dengan rumah tangga Farhan dengan Haryani tu. 




 

3 ulasan

  1. Jarang tengok drama tapi aritue tertengok jugak satu episod.. Nampak macam best jea tengok..

    BalasPadam
  2. wah! semakin menarik nampaknya perkembangan plot drama ini kan?

    BalasPadam
  3. ada tengok minggu lepas citer ni..padan kan muka si suami niya tu..sekali dpt bini muda, pandang harta. semlm tengok bini muda nak minta cerai pulak.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.