Sinopsis Ryan Aralyn Drama Pukul 7 di TV3

Oktober 14, 2020

Tak miss lagi drama yang ditayangkan pukul 7 ni. Walaupun selalu je tengok dekat YouTube gara-gara waktu yang ditayangkannya lewat petang. Tak daya nak kejar la. Lagipun nasib baik ianya ada disiarkan melalui YouTube. Takde lah tersangkut sangat nak tengok pakwe office mate kita berlakon ni.


Sekarang ini dah masuk episode ke-13 rasanya. Panjang lagi dramanya. Panjang lagi kita boleh tengok gelagat Zarul dan isterinya tu. Macamana la gelagat Zarul buat-buat gila tu nanti kan hahaha tapi memang kena sangatlah dengan Si Zarul yang nakkan kesempurnaan sangat tu. Haaa kan tak pasal-pasal dapat isteri camtu..


Maknya pun hahaha dah takde idea dah nak tolong anaknya tu. Buat-buat gila pun boleh la. Kita tengok camne gaya..menjadi ataupun tidak.


Sinopsis Ryan Aralyn Drama Pukul 7 di TV3

Drama Ryan Aralyn mengisahkan Ryan (Zul Ariffin) yang diperangkap oleh Hanis (Fify Azmi) anak bekas majikan neneknya sehingga terpaksa menjadi pak sanggup kepada anak dalam kandungan hanis. Tanpa unsur periksa dan percayakan kata-kata anaknya, dia memaksa Ryan mengawini anaknya. Dan walaupun telah berkahwin anaknya itu masih lagi berhubungan dengan teman lelakinya itu, Alif (Kodi Rasheed)  dibelakang Ryan.

Kesusahan Ryan dalam menjaga  neneknya yang lumpuh dan Amir yang selalu tidak sihat ditambah pula dengan perangai Hanis yang keras kepala, tidak menghormati dirinya dan selalu mengambil dan menghabiskan duit gajinya diterima dengan sabar. Walaupun hidup dalam kesusahan, Ryan mempunyai pendirian dan tahu membezakan antara yang halal dan sebaliknya. Ini juga menyebabkan dia tidak dapat menghantar Amir ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.


Suatu hari, Amir (Ummar Dzariff) pengsan dan tidak sedarkan diri. Dalam keadaan tergesa-gesa untuk mendapatkan rawatan, mereka  telah terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan yang dipandu oleh Aralyn (Raysh Rizrose). Dalam serba salah, Ryan terpaksa meninggalkan Aralyn yang cedera parah tanpa menghulur apa-apa bantuan demi mengutamakan Amir yang telah dianggap sebagai anaknya sendiri. Bagaimanapun Amir tidak dapat diselamatkan. Kecewa dan sedih dengan kematian Amir, Hanis bertindak memberitahu siapa sebenarnya bapa Amir dan bapa kepada kandungannya itu sebelum melarikan diri bersama kekasihnya.


Rasa bersalah yang menguasai diri menyebabkan Ryan berusaha mencari Aralyn sehingga ke Kuala Lumpur untuk meminta maaf. Dan dengan bantuan kak ruby (Raja Azura) iaitu kakak angkatnya itu juga dia diterima kerja sebagai pengawal peribadi Aralyn aka Ara. Peluang ini telah diguna sebaiknya oleh Ryan untuk membantu memulihkan semangat Ara seterusnya membantu Ara supaya kembali pulih seperti sebelum kemalangan.


Semakin hari hubungannya dengan Ara semakin baik dan semakin mesra sehingga menimbulkan bibit-bibit percintaan. Mereka akhirnya berkahwin walaupun pada awalnya hubungan mereka itu tidak diperkenankan oleh Puan Nora tetapi akhirnya puan Nora terpaksa mengalah demi menjamin keselamatan dan kebahagiaan anak tunggalnya itu setelah rumahnya cuba dipecah masuk.

Walaupun Ryan cuba untuk berterus terang mengenai kemalangan itu tetapi dia tidak sanggup. Walaubagaimanapun, dia cuba juga untuk menyampaikannya melalui nota-nota kecil yang sering dilakukannya. Selepas satu..satu di renjukkannya  dalam tak sedar notanya itu telah dibaca oleh Ara. Zarul pula kembali untuk mendapatkan Ara walaupun dia telah mengetahui Ara telahpun berkahwin. 


Ryan masih lagi berusaha menyembunyikan perkara sebenar walaupun nyaris-nyaris rahsianya itu terbongkar.  Kesempatan ini telah diambil oleh Hanis dan Aliff untuk memeras ugut Ryan bagi mendapatkan wang setelah mereka berjaya mendekatkan diri dengan Aralyn sebagai tukang urut profesional. Hmmm..tak pasal-pasal timbul masalah lain dah pula yer Ryan..

Tak berjaya juga Ara memahami disebalik nota kecil 'maafkan saya itu kan. Tapi agak-agaknya bila dia dah tahu tu, tegarkah dia jika tidak memaafkan suaminya itu?? orang yang telah banyak membantu dan sentiasa ada bersamanya di saat-saat dia memerlukan. Tapi orang itu juga sebenarnya yang telah menyebabkan dia lumpuh? Dia kemalangan, dikecewakan dan putus tunang?? Adakah dia akan termakan hasutan dan pujukan Si Zarul ?? Lelaki yang hanya mengharapkan kesempurnaan. Yang telah meninggalkan dirinya disaat dia memerlukan? 

 

Ryan pula..Bersedialah dia untuk kehilangan Ara setelah rahsianya ini terbongkar ?? Agak-agak siapakah yang sebenarnya yang akan membongkarkan rahsia sebenar disebalik semuanya itu ?? Hanis dan Aliff ataupun melalui Ryan sendiri?? Nak tahu kenalah tengok drama 28 episode ini.

 





 

Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. Best juga cerita..hari2 tgk..cuma slow sikit jalan ceritanya..gandingan pun x berapa nak mantap hero & heroin tu. ... #mypendapat

    BalasPadam
  2. tggu drama ni habis baru nak tgk hehe

    BalasPadam
  3. tnya my mom hari tu, best ka ma cita ni? my mom jwb
    " mama tgk sbb zul ariffin jer "
    my fangirling style comes from her rupanya ..hmmm

    BalasPadam
  4. serius tak boleh layan citer ni. jalan citer dia okey dah tapi heroin tak ada ekspresi muka utk gambarkan perasaan. muka dia se 'pattern' je. ada la tertengok sikit masa awal2 episod ritu tapi sebab tgk heroin dia kaku je rupa, x selera nak layan..hero dah hensem, okey. pelakon2 lain pun okey. sekali spoilt sbb heroin dia..my honest opinion. mgkn pada orang lain okey kot.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com