Subhanallah ... Suka tengok perubahan Lofa ni. Daripada awal penglibatannya dalam industri seni sampailah sekarang. Sedikit demi sedikit dia punya improve diri dia tu. Daripada freehair ke bertudung dan sekarang dia dah pun berniqab. Alhamdulillah ! Orang kata ini juga menandakan dia dah bersedia untuk melangkah ke fasa yang seterusnya. Tak pastilah apa maksudnya tu sebenarnya samada akan melangkah ke alam berumahtangga ataupun akan mengundurkan diri dari dunia seni.
Neelofa Selamat Dirisik PU Riz
Haaa terjawab sudah ! tanggal 01 November 2020 (Ahad), dia dah selamat dirisik oleh pelakon dan pendakwah yang juga seorang guru, PU Riz ataupun nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana.
Alhamdulillah, tahniah buat kedua-duanya. Dengar-dengar majlis mereka bakal berlangsung Mac 2021. Tahun depan tapi tak pastilah tu..empunya diri belum bersuara lagi kan
Neelofa dah berniqab !
Suka tengok perubahan yang dibuat oleh duta jenama kosmetik antarabangsa Lancôme ini. Cukup manis dan tak jemu dipandang. Sejuk je mata memandang pun. Para peminatnya pun turut berbangga dengan imej dan penampilan terbarunya ni.
Tidak dinafikan bukan sesuatu yang mudah untuk berubah apatah lagi untuk mengekalkannya kecuali dengan izin Allah Taala dan keinginan yang tinggi untuk melakukannya. In Shaa Allah, semoga dia terus istiqomah dalam memperbaiki diri dan semoga langkah baiknya ini mampu diteladani dan diikuti kita semua dalam memperbaiki diri. In Shaa Allah, aamiin.
Bertuahnya rasa pemilik nama Noor Neelofa binti Mohd Noor ini. Dia bukan sekadar wanita muslimah pertama yang dilantik sebagai duta produk jenama kosmetik mewah, Lancôme tetapi dia juga merupakan sumber inspirasi wanita Islam bertudung untuk terus berjaya.
Semoga kita juga diberikan keizinan untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi dan semoga semua pemakai purdah, niqab ataupun burqa dapat terus istiqomah dalam berhijrah. Aamiin.
Perbezaan Purdah, Niqab dan Burqa
PURDAH
Tutup separuh muka dari hidung sampai ke bawah kecuali mata dan dahi. Pemakaiannya lebih cepat dan senang. Biasanya dipakai belah dalam tudung.
NIQAB
Tutup dahi, hidung sampai ke bawah. Hanya nampak mata je. Diikat di bahagian luar tudung. mungkin nampak lebih kemas dan senang kot.
BURQA’
Semua bahagian tertutup termasuklah mata tetapi lapisan pada bahagian mata itu agak jarang sikit berbanding bahagian lain. Penglihatan pun mungkin terbatas sikit sebab tak berapa jelas sangat (kabur tak clear).
sama2 kita doakan dia istiqamah :)
BalasPadamAlhamdulillah, sejuk mata memandang, cantik sgt Neelofa :)
BalasPadamberniqab pun nmpk cantik..sbb mata dia cantik
BalasPadamalhamdulillah, suka tengok perubahan dia, jadi inspirasi kepada semua wanita muslim
BalasPadamFarhana Jafri
alhamdulillah
BalasPadam