Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua.
Tahniah Mira Filzah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz
Alhamdulillah, tahniah Mira Filzah. Dengan sekali lafaz sahaja dirinya sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, anak sulong kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid malam semalam.
Perkahwinan yang cukup eksklusif yang dibawakan secara live melalui MBuzz siaran TV3 ni secara tidak langsung telah membolehkan peminatnya turut sama menyaksikan moment indah pujaan hati kanda ini.
Bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur Mira Filzah ataupun pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezman (27) ini selamat dinikahkan sendiri oleh bapanya Badioezaman dengan 9 hantaran perkahwinan berbalas 11 daripada pihak lelaki.
Baju Akad Nikah Mira Filzah | Baju Kurung Pahang
Lawa ajekan baju kurung Pahang yang dipakainya tu. Nampak simple tapi cukup sopan dengan warna putih bersih dan hoodie veil nya tu. Hasil rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Lihatlah perincian ianya tu. Agak-agak berapalah nilainya tu.
Pelaminnya yang bertemakan mihrab cinta ini pun tak kurang hebatnya juga. Tersergam indah untuk upacara akad nikah. Mesti selepas ini ianya menjadi pilihan bakal raja sehari ni.
Perkenalan Mira Filzah Dengan Wan Emir
Orang kata kalau dah jodoh tak ke mana. Perkenalan kedua-duanya bermula apabila Wan Emir Astar menghubunginya melalui instagram tetapi tidak dilayan. Tidak berputus asa, Emir menghubungi ibu Mira yang kebetulan ibu Mira mengenali arwah bapanya.
Bertitik tolak dari situlah mereka mula hubung melalui instagram seterusnya ke WhatsApp sebelum kedua-duanya bersetuju mengikat pertunangan Disember tahun lepas.
Perkahwinan yang sepatutnya berlangsung Oktober ini terpaksa diawalkan berikutan kerana kakaknya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat pulang dengan kerap berikutan pandemik covid-19. Apapun tahniah kepada kedua-duanya.
Selamat pengantin baru dan selamat melayari bahtera perkahwinan. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin.
Majlis Resepsi Mira Filzah
Majlis resepsi untuk sebelah Mira Filzah telah pun diadakan di Hotel de Le Meridian, Putrajaya malam tadi. Bertemakan warna gelap, Starry Night. Kelihatan cukup mewah sangat. Cantik sangat-sangat tau !! Pelaminnya yang diubahsuai daripada majlis akad nikah oleh perancang perkahwinan Rekateemor itu kelihatan cukup mengagumkan.
Untuk resepsi sebelah lelaki pula ianya bakal diadakan di Puchong. In Shaa Allah kalau tak silap Ahad ini.
Cantik sungguh baju dia...
BalasPadamTahniah mira filzah cantik sama padan keduanya ✨
BalasPadamselamat pengantin baru mira & pasangan
BalasPadamcantikkk
BalasPadamcongrats mira filzah :)
BalasPadamsama cantik sama padan tahniah mira filzah
BalasPadambaju gown dia cantikkk
BalasPadam