Ahad, 6 September 2020

Sinopsis Derai Cerekarama TV3 Lakonan Mimi Lana

Misteri sungguh awal-awal drama ni. Dari awal lagi duk tertanya-tanya siapa perempuan tu. Adik si Khalid ke siapa dan kenapa diorang kata Khalid dah mati. Apa sebenarnya yang terjadi 


Tunggu punya tunggu akhirnya terjawab juga persoalannya hahaha. Maklumlah kita layan drama tak baca sinopsisnya dulu.

Derai Lakonan Mimi Lana

Sinopsis Derai Cerekarama TV3 Lakonan Mimi Lana 

Mengisahkan Nurul (Mimi Lana), isteri Si Khalid (Syafiq Kyle) yang berusaha menuntut bela terhadap apa yang telah diperlakukan terhadapnya sekeluarga. Khalid merupakan seorang yang rajin bekerja. Dia mengusahakan perusahaan kecilan dan hidup bahagia disamping isteri dan anaknya, Syakila.   Suatu hari dia telah diajak untuk menjadi rakan kongsi perniagaan oleh kawan baiknya Bahar (Redza Rosli) bersama 2 orang lagi iaitu Man dan Lan.


Derai


Walaupun tidak mendapat persetujuan daripada isterinya, Khalid yang begitu berminat dengan tawaran kawannya itu telah melabur dalam perniagaan tersebut. Dan selaku pemegang saham syarikat, dia perlu selalu berada di Kuala Lumpur.


Kehilangan Khalid yang tiba-tiba telah meresahkan Nurul sehingga dia nekad ke Kuala Lumpur untuk mencari dan berjumpa suaminya. Tetapi sebaik sampai di pejabat Bahar, Nurul mendapati Khalid tiada disitu. Bahar menceritakan yang Khalid sebenarnya telah berubah setelah bertemu seseorang yang juga merupakan client mereka. 


Ketika dia menumpangkan Nurul di rumahnya, dia telah berpakat dengan 2 orang lagi kawannya untuk menghapuskannya walaupun Man tidak begitu setuju tapi dalam keadaan kalut dia telah membunuh Syakila. Nurul pula telah diperkosa dengan teruknya sebelum ditanam hidup-hidup. Walaubagaimanapun, dia sempat diselamatkan oleh seseorang. Dan orang itulah sebenarnya yang telah mendesak dan membakarkan semangat Nurul untuk terus kuat dan berani sehingga Nurul mampu menuntut bela terhadap apa yang telah diperlakukan terhadapnya.


Bersungguh-sungguh orang itu membakar semangat Si Nurul tu sehingga sanggup mengajarkan ilmu pertahankan diri supaya Nurul tidak lagi menjadi mangsa keadaan. Selepas itu, seorang demi seorang berjaya dibunuhnya. Bermula dengan Lan yang sememangnya kaki perempuan, seterusnya Man yang terdesak untuk mendapatkan wang bagi melunaskan hutang Along. Dan akhirnya Bahar ! Tapi Bahar bukan mati ditangannya. 



Apapun, moral of them story janganlah kita percayakan orang bulat-bulat. Kadang-kadang kena terima juga pendapat dan buah fikiran orang lain terutamanya pasangan kita tu. Lagi satu jangan biarkan  kedengkian menguasai diri. Dengki itu perlu untuk membangkitkan semangat kita tapi janganlah melampau-lampau. Setiap orang mempunyai kelebihannya tersendiri. Kurang di sini ada kelebihannya di mana-mana.








7 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.