Khamis, 3 September 2020

Selamat Hari Kebangsaan Ke-63

Berlalu sudah Ogos dan sekarang September telah mengambilalih. Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat hari kemerdekaan ke-63. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, tahun ini sambutan kemerdekaan disambut dalam suasana yang cukup berbeza. Dalam suasana dan normal baru, tiada perarakan.. tiada perhimpunan besaran. Tetapi ia sedikit pun tidak memudarkan semangat kita untuk turut sama meraikan sambutannya tahun ini. Siapa kata tak semangat?? Awal-awal lagi dah berada di depan televisyen untuk menyaksikan Siaran Langsung MHI - Sambutan Hari Kebangsaan.


Selamat Hari Kebangsaan Ke-63 

Jika sebelum ini, 31 Ogos lebih dikenali sebagai Hari Kemerdekaan tetapi mulai tahun ini ianya akan lebih dikenali dengan Hari Kebangsaan. Sepertimana yang kita sedia tahu, negara kita masih lagi sedang memerangi pandemik covid-19. Berkuatkuasa 18 Mac lalu sehinggalah sekarang kita masih lagi berdepan dengan cabaran memeranginya. Dan selari dengan keadaan semasa negara kita, Malaysia Prihatin telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. 


Malasia Prihatin




Kehadiran wabak covid-19 sebenarnya telah banyak mengubah landskap kehidupan kita. Saban hari kita diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, pemakaian mask dan penggunaan hand sanitizer. Berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Elakkan kunjungan tempat-tempat yang sesat dan mempunyai ramai orang nak-nak pula yang mempunyai anak-anak kecil ataupun warga emas sekiranya kita bergejala. Samada kita suka ataupun tidak, kita terpaksa juga menerimanya untuk keselamatan dan kebaikan kita semua. 


Semoga kita semua tabah dan dikurniakan rahmat serta kecekalan untuk tempuhi cabaran dalam apa jua keadaan walaupun berbeza pendapat, bangsa dan warna kulit. 


Teruskan berkibar jalur gemilang. Semoga ianya terus megah dan menjadi kebanggaan kita semua dipersada dunia. Dan semoga kita semua juga terus maju dan bersatu hati dibawah satu bumbung. Ketepikan segala anasir-anasir luar dan negatif yang tidak menguntungkan dan boleh meracuni pemikiran kita. Sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya selepas ini. 


Salam Kemerdekaan ke-63 buat kita semua.



3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.