Sampai dah sampel Libresse kita ! Sebenarnya dah banyak hari dah sampai cuma baru sekarang baru nak up kat sini. Inipun kebetulan hari ini rasa macam free sikit. Borang manual LNPT ada dalam 2/3 orang aje lagi yang belum settle. Tapi maklumat mengenainya dah siap key in dalam Sistem Hrmis siap-siap dah. Kalau yang manual ini tiada masalah, kira sudah boleh tekan butang hantar ajelah. Lepas tu tindakan PPP dan PPK ajelah untuk tindakan seterusnya.
Biasalah bila dah masuk hujung tahun. Mana-mana jabatan rasanya sama ajelah kot. Tak boleh lari dari nilaian prestasi aka LNPT cuma mungkin bezanya dah tak buat manual. Kira terus isi online dalam Sistem HRMIS. Lain tempat lain caranya tapi objektifnya tetap sama..nilaian prestasi kerja kita untuk tahun semasa. Agak-agak tahun ni markah mantain sama ke naik sikit?? Janganlah dibuatnya kurang dari tahun lepas..
Ok ketepikan dulu bab LNPT ni. Kurang ataupun tak, kita terima ajelah..kalau kurang maknanya kena perbaiki lagi tapi kalau mantain tu hehe jangan selesa sangat. Bila-bila pun boleh jatuh, tak gituu
Sampel Libresse Percuma
Oklah, Ciktie nak share tentang sampel Libresse percuma ni. Siapa yang nak dapatkan sampel Libresse percuma camni boleh mohon dekat SINI
Ia mempunyai 2 jenis dan kita boleh memilih mana satu yang kita nak.
- Wings
- Non Wings
Selain sampel pads dan panties ni. Kita juga dapat voucher bernilai Rm 1.50. Haaa dah boleh jimat rm1.50 jika berbelanja dekat mana-mana pasaraya yang tersenarai tu. Nak guna beli secara online pun boleh..
So, tunggu apa lagi ?? Kalau nak cepat la mohon sekarang. Free je kot klik je SINI
dengan pantas ammi gi tekan link tu..mmg guna brand ni pun sejak 6 tahun lepas
BalasPadamsaya pon tengah tunggu sample ni..heheh
BalasPadamsuka pakai yg wing lagi sbb rasa ada safety dekat situ hehehe
BalasPadamwahh bestlah dpt percuma jee
BalasPadamsuka pakai yg wing.... selesa
BalasPadamdulu rajin jugak claim sampel percuma nie..
BalasPadam