Alhamdulillah, petang Rabu hari itu kita dikhabarkan berita gembira oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yaasin melalui Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) untuk golongan B40 dan M40. Bantuan ini merupakan bantuan tambahan bagi mengurangkan beban kita berikutan kesan pandemik Covid-19.
Kenapa kesan pandemik? Sebabnya pandemik itu sendiri membawa maksud wabak yang merebak secara besar-besaran ke seantero dunia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Salah satu ciri pandemik adalah melibatkan penyakit yang mempunyai kadar serangan yang tinggi sehingga menyebabkan bilangan kes meledak secara tiba-tiba dalam masa yang singkat.
Biasanya, penyakit yang menyebabkan pandemik adalah penyakit baru (novel) yang mana populasi manusia tidak mempunyai imuniti atau daya tahan melawan terhadap penyakit tersebut. Ciri tersebut ini memudahkan penyakit itu merebak dengan pantas dan boleh menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Jadi untuk mengelakkan ianya terus merebak kita terpaksa hentikan atau perlahankan seketika aktiviti seharian kita.
Kesan daripada tiada bantuan yang dihulurkan yang amat ketara boleh di lihat di negara-negara jiran kita sendiri. Ada yang sampai tidak menghiraukan sama sekali kerisauan mengenai tahap keselamatan kesihatan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan bekalan makanan. Ada sesetengah tempat itu sampai berlaku rusuhan dan kecurian. Tapi kita cukup beruntung. Alhamdulillah, perkara sedemikian tidak berlaku. Orang kata apa walaupun tak banyak tapi dapat sama-sama merasa.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 | Bantuan Tambahan Untuk Golongan B40 dan M40
Dan sepertimana juga yang kita semua maklum, pemberian moratorium pembayaran automatik bank selama 6 bulan pun akan berakhir bulan ini. Jadi jangan pula ada diantara kita yang buat-buat lupa ke apa. Kemudahan telahpun digunapakai jadi sekarang masanya untuk kita melunaskan kembali apa yang dijanjikan.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Bantuan ini disasarkan kepada golongan B40 dan M40 yang melibatkan RM 7 billion yang akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima yang layak berpandukan data penerima bantuan sebelum ini.
Bantuan Untuk Golongan M40 / B40
Merupakan mereka yang berpendapatan diantara rm4000 ke bawah bagi kategori isi rumah dan rm 2000 ke bawah bagi kategori bujang.
Untuk golongan M40 pula terdiri dari mereka yang berpendapatan tidak kurang daripada rm 8000 sebulan manakala bagi kategori isi rumah dan tidak melebihi rm 4000 bagi kategori bujang.
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Bayaran akan dibuat melalui 2 fasa iaitu :-
-> fasa pertama : penghujung Oktober
-> fasa ke-2 : Januari 2021
Bagi permohonan baru, bayaran akan dibuat sekaligus pada Januari 2021.
Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Semakan samada layak ataupun tidak kita boleh membuat semakan sendiri melalui portal bantuan prihatin mulai 15 Oktober ini. Klik sini untuk semak.
Tempoh Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Dan sekiranya kita layak tetapi tidak tersenarai sebagai penerima bantuan ini, permohonan baharu boleh dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh tersebut iaitu dari 15 Oktober hingga 15 November.
Cara memohon permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Tiada sebarang dokumen yang diperlukan semasa permohonan baharu dibuat. Dan permohonan boleh dibuat terus melalui https://bpn.hasil.gov.my ataupun muat turun borang dari situ dan menghantarnya sendiri ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM berhampiran.
Diingatkan sekali lagi, sekiranya permohonan baharu ini lulus, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.
Ehhh korang perasan tak, abah kita tu nampak cam tidak sihat aje semasa mengumumkan pakej Kita Prihatin ni?? Tak seperti sebelum-sebelum ini. Sama-samalah kita doakan semoga kesihatan abah kita ini kembali pulih. Aamiin
Kes covid pun sejak akhir-akhir ini pun semakin meningkat. Dah mencecah ke 3 angka. Jangan kita leka..terus amal normal hidup baru dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM. Semoga ianya terus terkawal, kita dilindungi dan semoga usaha kita berjaya. Aamiin ..
#kitajagakita
#kitamasihbelummenang
alhamdulillah, terima kasih pemimpin. boleh la simpan untuk beli kelengkapan sekolah tahun depan :-)
BalasPadamSeronok pada yang dapat :)
BalasPadamAlhamdulillah..moga bantuan2 sebegini dpt meringankan beban rakyat
BalasPadamAlhamdulillah syukur masih ada lagi bantuan dari kerajaan untuk rakyat.
BalasPadamalhamdulillah, thank you abah :)
BalasPadamAlhamdulillah, thank you abah !
BalasPadam