Oo.oo.. tak sempat lagi nak layan drama ni walaupun ianya telahpun ditayangkan di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 03 Ogos hari tu. Tapi hari tu sempat jugalah tengok preview ke apa ke namanya tu.. haa belakang tadbir cerita ni. Nampak best cuma itulah tak sempat nak curi masa nak tengok drama bersiri 35 episode arahan Shuhaimi Zulkefli ni lagi.
Siapa yang dah layan tu mesti ternanti-nanti episode seterusnya tu kan?? i know that .. Pastinya drama yang menampilkan nama-nama besar seperti Elizad Syarifuddin, Dato’ Aaron Aziz, Aleza Shadan dan Dato’ Jalaluddin Hassan ini telah berjaya mencuri perhatian korang ye. Bukan korang ajelah kita inipun sama je. Takut pula nengok cover makmum yang diimani oleh seorang perempuan tu. Bercampur jantina dah 1 hal ..cara pemakaiannya itupun 1 hal.
Sinopsis Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga Karya Siti Jasmina Ibrahim Lakonan Hebat Elizad Syarifuddin, Dato’ Aaron Aziz, Aleza Shadan, Dato’ Jalaluddin Hassan Menghiasi Slot Tiara Astro Prima
Drama Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga mengisahkan Inara (Elizad Sharifuddin) seorang gadis periang yang gemar berpeleseran yang diberi peluang ke-2 untuk kembali bernafas setelah diisytiharkan mati. Dia diduga dengan pengalaman mati hidup semula sehingga membuatkannya insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan, menjadi seorang muslimah yang baik. Perubahan Inara mengembirakan ibu dan bapanya tetapi apa yang diajarkan oleh kedua-dua ibubapa mengenai agama telah mengelirukannya. Bapanya, Zaqwan (Dato’ Jalaluddin Hassan) merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’ manakala ibunya, Asyirah (Aleza Shadan) pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang cukup berbeza dengan golongan ekstremis ‘Gerakan Elit’.
Dalam mencari kebenaran, Inara kemudiannya bertemu Hamzah (Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar. Setelah bertemu Inara, Hamzah sedar bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun pada mulanya Inara menolak cinta Hamzah, dia sebenarnya berasa selesa dan selamat di samping Hamzah.
Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin.
Bagi menyelamatkan ibubapa Inara dari terus bersama ajaran sesat yang dipraktikkan oleh kedua-duanya, mereka berdua akhirnya membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat tersebut setelah mendapat sokongan gurunya dari kampung.
Setelah menyertai kumpulan tersebut, barulah mereka ketahui bahawa ahli ajaran sesat dalam kumpulan tersebut sebenarnya sangat licik, pengkhianat dan berkelakuan ganas. Pelbagai cabaran yang dihadapi mereka sepanjang mengikuti kumpulan tersebut.
Akhirnya dengan rahmat Tuhan, mereka berjaya menyelamatkan ibubapa Inara dari kumpulan tersebut.
Nak tahu apakah cabaran yang mereka hadapi itu.. nak tak nak kena tengok jugalah cerita ni ye.
Scary pulak aku tengok Trailer drama "Jalan Sesat Ke Syurga" ni 😂
— PaanIjam 🇲🇾 (@PaanYNWA) July 30, 2020
Tapi aku tetap akan tengok Disebabkan lain dari drama kebiasaan di Malaysia! Nampak padu! ✌️
Mulai 3 Ogos 2020, Setiap Isnin Hingga Jumaat, 6 Petang. Di Astro Prima. Lock! #Rekomendrama #Jalansesatkesyurga pic.twitter.com/LXbBJQYvNB
Ajaran sesat !
Gerakan Elit
membenarkan lelaki berkahwin sesuka hati
Hawa Islam
membolehkan imam wanita mengimani
ada tengok poster ni kat fb. seram pulak nengoknya. jalan citer menarik. tak cliche macam drama2 yg lain. mmg elok tgk untuk jadikan pengajaran.
BalasPadamboleh tahan jalan cerita dia ni ek
BalasPadamEh? Arron aziz tu ada datok? Laaa baru tau!
BalasPadamBelum sempat tengok lagi cerita ni. Jarang ada cerita macam ni kan.
BalasPadam