Iklan Animasi Petronas Sempena Kemerdekaan : Getah Pemadam Tiada Cabaran Yang Tidak Dapat Diatasi Jika Bersama

Ogos 27, 2020 3 Comments
Iklan Animasi Petronas Sempena Kemerdekaan : Getah Pemadam Tiada Cabaran Yang Tidak Dapat Diatasi Jika Bersama

Kreatif betullah Petronas ni. Tiap-tiap kali buat iklan tak pernah lagi tak menarik.. tertarik biar debong ni. Mesti ada je idea kreatifnya tu. Tapi kalau tak kreatif mana nak jadinya animasi menarik camtu kan. 


Teringat masa sekolah dulu berebut-rebut dengan member lain nak beli pemadam a.k.a roba. Nak beli banyak terus memang tak termampulah..beli satu-satu. Tak pun main lawan pemadam tu. Untung nasib dapat pemadam free 🤣🤣


Iklan Animasi Petronas Sempena Kemerdekaan : Getah Pemadam Tiada Cabaran Yang Tidak Dapat Diatasi Jika Bersama

Haa sempena sambutan hari merdeka 31 Ogos ni, Petronas telah mengeluarkan iklan animasi berkonseptkan perpaduan dan kerjasama sekumpulan pemadam yang melambangkan bendera setiap negeri dalam Malaysia. Siap guna loghat bahasa negeri yang ada padanya tu. Biasa duk tengok Upin Ipin dan Pada Zaman Dahulu je kali ni kita dengar pelbagai loghat bahasa dalam Malaysia dalam animasi khas yang dibawakan oleh Petronas.



Banyak mesej tersirat dan tersurat yang cuba disampaikan dalam animasi ni. Yang jelas ia memupuk semangat kerjasama dan saling membantu. Mengetepikan kepentingan sendiri untuk terus bersama.



Kisah bermula apabila sekumpulan mereka sedang bermain di atas meja. Satu daripadanya tu nyaris-nyaris nak jatuh tetapi sempat diselamatkan. Dalam duk beringat tah macamana 3 pemadam ni terjatuh kebawah. Kebetulan bawah itu ada si kucing. 



Dalam keadaan kalut untuk menyelamatkan diri, mereka telah melompat keluar melalui ruang kipas. Haa dari situlah semuanya bermula, macamana nak tolong 3 pemadam tu.


Nak dibiarkan camtu aje ataupun sama-sama turun ke bawah. Nak tahu korang tengoklah iklan yang dah mencecah 31k tontonan ni.



Pendek kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Sempena ulang tahun kemerdekaan negara kita tahun ini sama-samalah kita bersatu hati. Kita belum menang tapi kita harus menang. Kita jaga kita.








Sinopsis Jalan Sesat Ke Syurga Karya Siti Jasmina Ibrahim Lakonan Hebat Elizad Syarifuddin, Dato’ Aaron Aziz, Aleza Shadan, Dato’ Jalaluddin Hassan Menghiasi Slot Tiara Astro Prima

Ogos 17, 2020 4 Comments
Sinopsis Jalan Sesat Ke Syurga Karya Siti Jasmina Ibrahim Lakonan Hebat Elizad Syarifuddin, Dato’ Aaron Aziz, Aleza Shadan, Dato’ Jalaluddin Hassan Menghiasi Slot Tiara Astro Prima
Oo.oo.. tak sempat lagi nak layan drama ni walaupun ianya telahpun ditayangkan di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 03 Ogos hari tu. Tapi hari tu sempat jugalah tengok preview ke apa ke namanya tu.. haa belakang tadbir cerita ni. Nampak  best cuma itulah tak sempat nak curi masa nak tengok drama bersiri 35 episode arahan Shuhaimi Zulkefli ni lagi.

Siapa yang dah layan tu mesti ternanti-nanti episode seterusnya tu kan?? i know that .. Pastinya drama yang menampilkan nama-nama besar seperti Elizad Syarifuddin, Dato’ Aaron Aziz, Aleza Shadan dan Dato’ Jalaluddin Hassan ini telah berjaya mencuri perhatian korang ye. Bukan korang ajelah kita inipun sama je. Takut pula nengok cover makmum yang diimani oleh seorang perempuan tu. Bercampur jantina dah 1 hal ..cara pemakaiannya itupun 1 hal. 


Sinopsis Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga Karya Siti Jasmina Ibrahim Lakonan Hebat Elizad Syarifuddin, Dato’ Aaron Aziz, Aleza Shadan, Dato’ Jalaluddin Hassan Menghiasi Slot Tiara Astro Prima 

Drama Jalan ‘Sesat’ Ke Syurga mengisahkan Inara (Elizad Sharifuddin) seorang gadis periang yang gemar berpeleseran yang diberi peluang ke-2 untuk kembali bernafas setelah diisytiharkan mati. Dia diduga dengan pengalaman mati hidup semula sehingga membuatkannya insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan, menjadi seorang muslimah yang baik. Perubahan Inara mengembirakan ibu dan bapanya tetapi apa yang diajarkan oleh kedua-dua ibubapa mengenai agama telah mengelirukannya. Bapanya, Zaqwan (Dato’ Jalaluddin Hassan) merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’ manakala ibunya, Asyirah (Aleza Shadan) pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang cukup berbeza dengan golongan ekstremis ‘Gerakan Elit’. 



Dalam mencari kebenaran, Inara kemudiannya bertemu Hamzah (Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar. Setelah bertemu Inara, Hamzah sedar bahawa Inara adalah wanita yang terbaik untuk dirinya. Walaupun pada mulanya Inara menolak cinta Hamzah, dia sebenarnya berasa selesa dan selamat di samping Hamzah. Mereka akhirnya bersetuju untuk berkahwin. 

Bagi menyelamatkan ibubapa Inara dari terus bersama ajaran sesat yang dipraktikkan oleh kedua-duanya, mereka berdua akhirnya membuat keputusan untuk menyertai kumpulan ajaran sesat tersebut setelah mendapat sokongan gurunya dari kampung. 

Setelah menyertai kumpulan tersebut, barulah mereka ketahui bahawa ahli ajaran sesat dalam kumpulan tersebut sebenarnya sangat licik, pengkhianat dan berkelakuan ganas. Pelbagai cabaran yang dihadapi mereka sepanjang mengikuti kumpulan tersebut. Akhirnya dengan rahmat Tuhan, mereka berjaya menyelamatkan ibubapa Inara dari kumpulan tersebut. 

Nak tahu apakah cabaran yang mereka hadapi itu.. nak tak nak kena tengok jugalah cerita ni ye. 


Ajaran sesat !

Gerakan Elit 
membenarkan lelaki berkahwin sesuka hati 

Hawa Islam 
membolehkan imam wanita mengimani







Glow Gelanggang Membantu Menghilangkan Masalah Gatal-gatal Kulit Tanpa Steroid

Ogos 15, 2020 4 Comments
Glow Gelanggang Membantu Menghilangkan Masalah Gatal-gatal Kulit Tanpa Steroid

Alhamdulillah ! senang hati kita mendengar dan melihat kesan positif perubahan kulit my mom kali ini. Kalau tak asyik bertukar sabun dan shower je. Ini tak sesuai itu pun tak sesuai. Ini  kalau tak  silap dah hampir dua minggu kot my mom cuba produk handmade keluaran tempatan ni. Dari hari pertama cuba sampailah hari ni, tiada komen lagi tau. Cuma baru je kejap tadi..tanya mana nak cari sabun ni. Memang terasa berbaloi sangat tunggu sampai berminggu macam ini untuk dapatkan keputusannya.


Glow Gelanggang Membantu Menghilangkan Masalah Gatal-gatal Kulit Tanpa Steroid 

Sebelum ini ciktie dah pernah cuba dah produk ini. Korang boleh rujuk dekat sini >> Merawat Masalah Gatal dan Penyakit Kulit Dengan Glow Gelenggang  <<


Ketara sangat perubahan kulit my mom ni. Tiada lagi ruam gatal seperti sebelum ini. Kesan gatal-gatal pun dah hampir 90% hilang. Kulit pun kelihatan lebih bersih dari kesan gatal-gatal tu. Halus dan sekata aje warnanya pun. 


Glow Gelanggang Membantu Melegakan  Kegatalan Kulit ?? 

Kalau korang nak tahu, produk glow gelanggang ini merupakan produk organik yang dihasilkan dari daun gelenggang (Cassia Alata) yang cukup terkenal untuk membantu melegakan gatal-gatal penyakit kulit yang disebabkan oleh ekzema, psoriasis, badang, resdung, kurap, panau, kutu air,  kutu rambut, bisul, gatal-gatal, ruam susu, kudis buta dan lain-lain lagi penyakit kulit.

Kandungan Glow Gelanggang

Selain daun gelenggang, ia juga dihasilkan daripada :-

  • Habbatus Sauda (Black Seed Oil) yang bertindak mengurangkan radang dan sembuhkan luka luaran.
  • Minyak Argan (Argan Oil) - bertindak menghalus, melicin dan memudahkan penyerapan ke dalam kulit 
  • Minyak Zaitun (Olive Oil) - bertindak sebagai pelembab yang tahan lama pada kulit
  • Tanah liat putih (kaolin clay) - bertindak merawat masalah kulit seperti psoriasis, ekzema, panau, kurap dan lain-lain penyakit kulit.
  • Crystal Menthol - bertindak menyejukkan kulit dan tidak mengeringkan dan memanaskan kulit.

Amat sesuai untuk kegunaan semua lapisan masyarakat baik kanak-kanak, orang dewasa, warga emas, wanita hamil mahupun wanita yang sedang berpantang. Haa baby pun boleh tau.



Kemain happy Abam Ali bila dapat juga produk Glow Gelenggang ini. Sekejap letak sekejap ambil.


Cuma kalau untuk baby, ciktie cadangkan guna minyak herba ajelah. Tapi kalau nak juga guna sabun. Kena buihkan dululah sebelum digunakan kerana sabunnya itu jenis scrub. 



Hadir dengan 3 produk khas dengan packaging yang cukup menarik dan unik iaitu :-

Herba Soap

Herbal Oil + Herbautus Sauda

Herba Oil with Bidara Leaf (for baby)


Herba Soap

Memang best sangat sabun ni. Lain dari yang lain. Seronok rasanya dapat menyental kawasan yang bermasalah, gatal-gatal tu. Kena pula ianya tidak mengering dan memedihkan kulit tetapi sebaliknya bertindak menanggalkan sel kulit mati dan melembapkan kulit.


Mempunyai 2 tekstur.  Bahagian licin di atasnya dan scrub dibawahnya.  

Sekali pandang tak ubah macam anak batu dah sabunnya ni. Mengerti tapi cukup berbaloi ! Tahan lama..kalau sabun biasa rasanya dah lembik dah ni kot.


Herbal Oil (Minyak Herba + Habbatus Sauda)

Sedap bau minyak herba ini. Lembut je ala-ala vanilla camtu. Tapi yang ini Ciktie guna malam aje setiap kali selepas mandi. Sapu-sapu dan terus sapu sehingga ia meresap ke dalam kulit.



Herba Oil with Bidara Leaf

Ok yang ini kalau tak silap produk keluaran terbaru Glow Gelanggang tapi tak tahulah kot-kot ciktie tersilap ke apa. Dihasilkan khas untuk baby. Bertindak membantu  baby tidur lebih lena. Hanya perlu sapukan tipis pada kawasan yang masalah terutamanya pada celah lengan, leher ataupun paha. 



Tapi ingat ! Pastikan bersihkan dahulu kawasan yang bermasalah itu dahulu sebelum korang sapukan minyak herba itu dan elakkan dari menggaru. Haa kalau rasa gatal-gatal tu lekas-lekas sapu.


Tapi untuk lebih berkesan ciktie suggest korang guna sabun tu terlebih dahulu diikuti dengan minyak herba. Tapi kalau nak guna satu-satu produk glow gelenggang pun tiada masalah.


Untuk info lanjut ataupun nak dapatkan produk Glow Gelanggang ini korang boleh layari 


Facebook : @Glow Gelenggang

Website : www.glowgelenggang.com


Ataupun buat tempahan sekarang di 014-5445951  🤙🤙 ciktie pun nak repeat order ni.




Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Empat Negeri

Ogos 08, 2020 3 Comments
Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Empat Negeri

Kuala Lumpur, 07 Ogos 2020 – Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19. Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Johor, Pahang, Perak dan Selangor.


Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Empat Negeri

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Kangkar Senanga, Kampung Teluk Gunung, Kampung Orang Asli Tibang dan Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 167 keluarga Orang Asli.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini. 


“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo. 

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial. 


“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau. 


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti 

#AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. 

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling. 

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor, Kampung Kangkar Senanga di Johor, Kampung Teluk Gunung di Pahang, dan Kampung Orang Asli Tibang di Perak. 


“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang En Harun Bin Abdullah dari Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang. 


Seorang penduduk kampung dari Kampung Orang Asli Teluk Gunung, Pahang menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Teluk Gunung.


“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my




My Ping in TotalPing.com